Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 3 November 2011

Tak jujur

Assalamualaikum...(^ ^)

Itulah tak jujur lagi dah malu sendiri je. Nak tipu orang bernama Mas, silap besarlah.

Kisahnya tenghahari tadi Mas beli cekodok kat kafe RM2, pastu Mas beli roti sambal bilis. Masa beli tu memang Mas tak tengok pun berapa harga roti, bila nak bayar pakcik tu cakap semuanya RM3. Pastu dah bayar barulah Mas tengok harganya, tengok kat situ terang² tulis 90 sen.

Terus Mas cakap kat pakcik tu, "Pakcik roti ni 90 sen je, kenapa jual kat saya RM1?" Terus lain muka pakcik tu, dia macam dah serba salah. Masa tu jugak dia pulangkan baki lagi 10 sen. Tapi Mas tak ambil pun, Mas cuma cakap "Takpelah pakcik, simpan jelah dan saya ikhlas. Tapi kalau nak jual barang makanan, biar jujur. Jadi pembeli tak akan berkira pun dengan duit 10 sen tu!" Terdiam terus dia.


Bukanlah Mas nak berkira dengan duit 10 sen tu, Mas boleh bayar RM1 tanpa ambil bakinya. Tapi pakcik tu tak jujur, kalau dia jujur dan cakap betul² harga roti tu 90 sen pasti pembeli akan bayar RM1 dan halalkan baki lagi 10 sen. Betul tak kawan², yang penting dia jujur!

Bayangkan kalau dia buat camtu pada 100 orang, berapa dia dapat? Buat kira² sat, 10 sen x 100 orang = RM10.00. Sehari dia boleh dapat RM10, kalau seminggu berapa pulak? Kira sendirilah ye kawan². 

Buat pakcik kafe, jujurlah dalam perniagaan. Baru berkat!

20 ulasan:

  1. sangat betul kak mas. kadang2 kita tak hadap pun balance bpe sen tu cuma pelik lah kenapa peniaga suka2 hati je ubah harga tu. so kita yg pemurah ni pun jd kedekut. sy salu gak kena mcm tu. harga berubah2, sy pun jd kedekut.langung xnak makan kt kedai tu sbb kita niat nk tolong lah bila tgk kedai tu tkde org.

    BalasPadam
  2. ha, memang betul pun, mesti jujur kan..tak baik tipu..walaupun sepuluh sen jer..

    BalasPadam
  3. nak untung lebih sket ni kak Mas

    BalasPadam
  4. mmg la,mkn sikit2 dikumpul2 byk jgk tu..apa la..

    BalasPadam
  5. tak kaya mana pun dia nak makan duit tu..yang kesiannyer pakcik pulak tu..

    bukan pakcik lebih patut tau ke miahaha..duit tu nanti nak jadi darah daging oooo..

    BalasPadam
  6. Bukannya nak kasi diskaun..Lagi tambah 0.10sen pulak.. Macam macam hal nk tipu org =..="

    BalasPadam
  7. jujurlah dlm perniagaan,,,biar rase rugi kerana jujur dari untung yg tidak tenteram

    BalasPadam
  8. Macam boleh kaya cepat dgn cara menipu cam tu..huhu..ni soal sikap dan hati seseorang tu..

    BalasPadam
  9. alahai 10sen je pn nk tipu pakcik tu..kan da malu...mcm ne nak maju kalo dok tipu customer..sekali kena trus xpegi da kedai tu...rugi da pakcik tu...
    p/s:thanx follow..saya follow akak balik..

    BalasPadam
  10. Alamak.. Mcmanala boleh terbaca lak tu.. Kan dah ramai mendoakan tak berkat pakcik tu..

    BalasPadam
  11. yelah..zmn skg ni rmai pniaga yg xjujur..tp msih jgak yg ikhlas dlm brniaga..

    BalasPadam
  12. mas cafe kt bwh office tu ke?..time sy dulu xpernah plak tengok harga...bayar je...hehe

    BalasPadam
  13. peniaga zaman sekarang ni. haih =____=

    BalasPadam
  14. tak baekk la wat camtu. kalau orang tatau? ha.. menjawap la dia. tak halal tu..

    BalasPadam
  15. jarang bayar kat pakcik tu kalu g cafe. selalu bayar ngn makcik biar sepanjang manapun kena beratur.

    pakcik kira mahal...kadang2 harga x constant walhal amik menu yg sama. da lama boikot pakcik

    BalasPadam
  16. @Cik Ayu
    Mas pun jarang bayar kat dia, memang dah lama boikot dia! tapi lunch semalam makcik tu takde so nak tak nak kena bayar jugak kat dia...

    tadi pegi cafe pun meluat tengok muka dia!

    BalasPadam
  17. assalamualaikum mas...mcm tu pun ada kn....hati2lah kn semuanya nak untung byk yer...tapi untung x berkat nak wat apa kn...:)

    BalasPadam
  18. kalopon skit
    duit tu ttp haram

    BalasPadam
  19. betol kak masss!
    jujur tu penting.. kalo die nak jual mahal pon
    boh pelekat kate singgit
    ni dh buta2 menipu pelanggan
    aiyooo
    sgt la x sempurna perniagaannya..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com