terkini dan sensasi

Selasa, 8 November 2011

Tarikh cantik

Assalamualaikum...(^ ^)

11.11.11

Cantik kan nombor tu. Mas percaya ramai yang mahukan sesuatu yang terbaik berlaku dalam hidup mereka pada tarikh cantik ni. Ada yang memilih untuk bertunang dan menikah pada tarikh tersebut, ada jugak yang menyambut hari lahir pada tarikh itu dan ada jugak yang dijangka bakal melahirkan anak pada tarikh ini.


Apa pun yang terjadi dan yang kita rancang untuk berlaku pada tarikh itu semuanya atas izin Allah SWT. Jika baik niat kita maka baiklah yang akan terjadi, begitu jugak sebaliknya. Janganlah kita terlalu taksub nak yang indah je berlaku pada tarikh tersebut, tapi tak boleh terima kenyataan jika berlaku sesuatu yang buruk.

Ingat pemilihan tarikh itu hanyalah perancangan kita, tapi segala yang berlaku telah tertulis olehNya. Misalnya ibu yang dijangka bakal lahirkan anak pada tarikh tersebut, janganlah kecewa dan tak boleh terima hakikat jika anaknya lahir pada tarikh lain. Itu kan dah kehendak Allah SWT, terima je. Janji anak kita lahir dengan sihat dan selamat, itu yang patut disyukuri.

Yang terbaik dan indah itu datangnya dari Allah SWT, kita hanya mampu merancang. Segala kekurangan itu datangnya dari diri kita sendiri, bersyukurlah dengan apa yang terjadi!

14 ulasan:

  1. saya pun teringin nak abadikan sesuatu yang indah dlm hidup pada tarikh tu tp nampaknya impian x menjadi kenyataan...walau apa pun kita hanya mampu merancang tapi Allah yang lebih mengetahuinya..

    BalasPadam
  2. jgn lari akidah udah..=)


    tarikh paling cantik 7 eleven la..=)

    BalasPadam
  3. Tak tunggu 11-11 tapi tunggu 18-11...

    Salam perkenalan sambil folo blog ni..

    BalasPadam
  4. Mmg cantek tarikh ni Kak Mas. Ujang, 7 eleven cantek gak...senang igt...worlwide la katekan...ekekke

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...mmg cantik tarikh tu susah nak jumpa pada masa hadapan InsyaAllah....:)

    BalasPadam
  6. lawa tarikh tu tp bg saya , saya tak pentingkan sgt tarikh lawa tak lawa. sebab macam kak mas kata lah, kita akan terlampau taksub dengan tarikh dan terus jd perfectionist. yela tarikh lawa, apa yg berlaku selepas itu semua nak lawa lawa n perfect belaka.

    BalasPadam
  7. alhamdulillah...bersyukur dengan segalanya..

    BalasPadam
  8. betol kak..
    cam saye rncng nk kawen 11.11.11 tp xjdk.. wuwuuu..
    pelamin anganku musnah.. kehkeh

    BalasPadam
  9. hehehe... 11.11.11 saya bajet mesti ramai orang kahwin hari tu...sebab selalu nya org nak semat tarikh istimewa bila diorang kahwin... =D

    BalasPadam
  10. date yg senang nak ingat..hai,kunjungan balas..thx yea singgah blog saya aritu..cantiklah blog awk..sbb sy suka merah.. :)

    BalasPadam
  11. ermmm, apa yer nak buat pada tarikh tu...

    BalasPadam
  12. betul tu kak
    mak selalu pesan, ni tarikh2 cantik ni
    jgn sonok2 sgt
    kang jadi ape2 tak baik

    sebaliknye kita mohon
    setiap ari adalah hari terbaik utk kita kan =]

    BalasPadam
  13. Tarikh cantik tahun ni majoriti jatuh pada hari Jumaat kann :')

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com