Assalamualaikum...(^ ^)
Hari ini penentuan kelas di sekolah Atikah, memang Mas agak risau dari semalam lagi.
Ini kerana keputusan peperiksaan Atikah agak kurang memuaskan tahun ini, jadi Mas risaulah takut dia turun kelas. Kalau boleh Mas mahu dia kekal di kelas pertama, bagus untuk dia kerana perlu bersaing dengan kawan² yang sama pandai. Baru dia rasa berlumba² untuk belajar dengan bersungguh² dan dapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Ini kerana keputusan peperiksaan Atikah agak kurang memuaskan tahun ini, jadi Mas risaulah takut dia turun kelas. Kalau boleh Mas mahu dia kekal di kelas pertama, bagus untuk dia kerana perlu bersaing dengan kawan² yang sama pandai. Baru dia rasa berlumba² untuk belajar dengan bersungguh² dan dapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Tapi rupanya tahun depan sekolah telah ubah cara penentuan kelas, tiada lagi perbezaan kelas. Bermakna tidak wujud lagi kelas terbaik dan kelas tercorot, mereka telah gabungkan murid yang cemerlang dan kurang cemerlang di dalam satu kelas.
Mas sokong 100% cara camni, tidaklah murid² yang kurang cemerlang rasa terpinggir dan dipinggirkan. Bila mereka digabungkan dalam 1 kelas, murid yang pintar boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang kurang pintar. Di samping itu murid yang lemah ini akan berazam untuk belajar bersungguh² untuk setaraf dengan murid yang pintar.
Ingat lagi masa Mas bersekolah dulu, tak pernah ada pun perbezaan kelas ni. Mas yang kurang pandai ni terpaksa bersaing dengan murid yang lebih pandai, tapi Mas jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya. Terbukti ianya berhasil apabila Mas berjaya memperolehi keputusan cemerlang setiap kali menghadapi peperiksaan.
Moga Atikah terus cemerlang di dalam kelasnya iaitu 3 Cemerlang pada tahun hadapan!
mmg patut dr dlu lg
BalasPadamtp mmg lau org sklilng rajen blaja
kte akn smgt skit
kelas dah cemerlang.
BalasPadamanak akak nanti akan cemerlang, gemilang dan terbilang.
goodluck atikah.
belajar rajin rajin.
jangan hampakan harapan ibu bapa.
:).
gud luck atikah..
BalasPadamDulu masa f1 sampai f4 cenggitulah.. Stick je kelas yang sama campur tak kira sapa pandai sapa tak. Tapi bila naik f5 dia buat sistem baru. Yang pandai dan kurang diasingkan menjadi dua bahagian..
Tapi, pencampuran itulah yang boleh meningkan persaingan sihat..=D
^________________^
BalasPadamsangat sokong buat corak penentuan kelas ni
sebab semua akan mendapat cikgu yg sama.
x dela kelas pndai, cekgu pon nak hebat2 je, ni semua cekgu akan masuk semua kelas jugak =]
betulla mas..tak de la kelas ikan emas lagi...
BalasPadamkadang bila kelas murid tercorot , cikgunya pun lain2...pastu nnti dipandang sebelah mata jee
ada bagusnye camni, pelajar yg agak lemah blh lbih mendekati mereka yg agak cemerlang..spatutnye dri dlu kna buat cmni xde lah budak yg kurang cerdik terpinggir
BalasPadamini adalah kaedah yg sangatx10 bagus..
BalasPadamdulu pernah berdebat dalam pertandingan pasal isu ni
saya setuju takde perbezaan darjat...
harap semua skolah satu malaysia buat mcm ni
tak ape tu.. sekurang2nya mereka ada persaingan sihat kalau bercampur.. moga atikah terus cemerlang..
BalasPadaminsyaAllah kak. kalau akak terus bg sokongan. kalau turun kelas pun, bukan bermakna dia tak pandai. :) kan kan. plus, jauh lg masa depan kanak2 tu untuk kita judge samada dia boleh berjaya atau tak.
BalasPadamAda kebaikan dan keburukannya..kebaikan adalah tidak timbul masalah low self esteem untuk pelajar lemah, Keburukan :potensi pelajar cemerlang akan terbantut bila guru memberi perhatian kepada palajar lemah atau pelajar lemah pula akan ketinggalan kerana pada anggapan mereka guru mengajar terlalu advance. sistem pengkelasan amat penting untuk memebantu sistem pendidikan dengan memfokuskan kelebihan dan kelemahan kumpulan pelajar.
BalasPadam