terkini dan sensasi

Selasa, 29 November 2011

Untuk pengetahuan pakcik!

Assalamualaikum...(^ ^)

Balik dari kerja tadi Mas singgah Alamanda kejap, nak beli barang dapur sikit. Dah selesai beli apa yang patut terus beratur nak bayar parking, masa beratur jam menunjukkan pukul 4.50 petang. Kebetulan masa beratur tu ada seorang pakcik ni beratur di belakang Mas, tiba2 pakcik ni tegur.


"Awak ni kerja Kerajaan ke?"

"Ya pakcik, kenapa?"

Tiba² pakcik ni membebel sambil matanya menjeling pada pas pekerja yang Mas pakai, "Macam nilah sikap pekerja Kerajaan, belum habis waktu bekerja pukul 5 dah sibuk beratur di Alamanda! Ini ke cara nak tunjuk contoh pada orang ramai."

Mak aihhhh pakcik ni, cakap ikut sedap mulut je. Memang sentap dah masa tu, nasib baik dia orang tua jadi Mas tetap hormat. Terus Mas jawap dengan bersopan santun, "Untuk pengetahuan pakcik, orang Kerajaan ni ada 3 waktu bekerja. Kalau masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang, kalau masuk pukul 8 pagi, baliknya pukul 5 petang dan kalau masuk pukul 8.30 pulak, balik pukul 5.30 petang. Saya ni masuk kerja pukul 7.30 pagi jadi tak salahlah kalau belum pukul 5 saya dah beratur di Alamanda ni, sebab saya habis kerja pukul 4.30 petang!" Terus pakcik tu senyap je, tak cakap apa² dah dan nak minta maaf pun tak.

Sebenarnya Mas tak kisah sangat kalau betul pakcik tu tak tahu waktu bekerja orang Kerajaan ni camne, tapi tak patutlah dia cakap sikap pekerja Kerajaan semuanya camtu. Dah tentulah Mas sentap kan, nampak sangat seolah² imej pekerja Kerajaan ni tak elok.

Sebab tulah orang kata, "Cakap siang pandang² cakap malam dengar² ye pakcik!"

26 ulasan:

  1. betul tu mas, kadang2 depa ikut suka ckp je tp tak tau hal sebenar. huhu

    BalasPadam
  2. mmg tak patut, sebab nila setitik,kita kena tempias kan

    BalasPadam
  3. mm..pakcik..pakcik.. cepatnya mulut pakcik berkata-kata ya.. dan terlanjur kata, maaf pun tiada..

    mm.. anggap ajerlah dia tak tahu..
    mari kita jd org yg positif!

    ;}

    BalasPadam
  4. hihi

    "ampun kan pok cik nakkk"

    jgn sentap2, baik gie menyantap *makan*

    BalasPadam
  5. pandai mas jawab....tak biadap dgn org tua tp tepat kata2

    BalasPadam
  6. owh.. yeker..
    tak pernah tahu ada jadual kerja camtu.

    He2..

    nway, tq! :)

    BalasPadam
  7. huu..mesti pedih je pakcik tu rasa..

    BalasPadam
  8. salah pak cik tu sondol tanpa bagi salam. haha~ Lawak pula rasa.

    BalasPadam
  9. sebab nila setitik habis rosak susu sebelanga...

    mgkin dah ramai yg jenis mengular...jd yg baik2 pun terpalit jugak...sabar ye dik :)

    BalasPadam
  10. tu la... pakcik main tegur je sape suruh, hehehe...

    BalasPadam
  11. Nasib baiklah pakcik ... dia bajet bagus kot.

    Jangan sedap main tegur je pakcik, salah orang, salah tegur kot badan binasa....hu hu

    BalasPadam
  12. assalamualaikum mas...cian nyer pakcik tu x patut ckp mcm tu kn...x periksa terus jer kutuk org lain...

    BalasPadam
  13. Pakcik tu marah sebab di aberatur kat belakang.. Apa raaaa..

    Pakcik pakcik, kalau nurse, polis, technician kerajaan ade juga yang kerja shift tau pakcik.. Kul 2 petang balik rumah, kul 12 tgh malam pun ade.... Sian pakcik tak tau...

    BalasPadam
  14. Sikap stereotaip pak cik yang berdesing ditelinga aku!

    Kalau cam aku cikgu, nak kena beratur pukul berapa kat ALamanda?>

    BalasPadam
  15. huhu..kalau kita kena kita pon sakit ati..diorang nih memang, salu set dlm minda diorang org keje gomen nih suka ngular, padahal dia tak tau kita masuk kui bpe..hurmmm

    BalasPadam
  16. tu dia...selalu camtu...diorang ni nak cari salah kita je sbg pekojo kerajaan. Tak bulih silap sikit terus serang. Walhal tak selidik dulu apo yang patut

    BalasPadam
  17. hmm..pakcik tu sesuka ati dia je nak hentam2 ek..hoho

    xpe akak..kalau akak tak salah pape, wt xtau je kt pakcik tu..biar je dia ;)

    BalasPadam
  18. keje kementerian kesihatan????
    blOk aper???
    anak En.yusni blOk E12... ^^,
    sllu beli makanan kat E7...

    BalasPadam
  19. Kalau budak-budak buat salah boleh cakap mak bapak tak reti ajar, kalau orang tua buat salah boleh tak kita kata dah terlebih mengajar? Tak kira tua @ muda sepatutnya sesiapa yang salah kena ler minta maaf. Sikap pak cik tu boleh buat orang muda hilang rasa hormat kat orang tua....

    BalasPadam
  20. Tu lah sebab orang tua tua selalu berpesan..Kalau tak tahu bertanya,kalau main sondol jer kan dah sesat pertanyaan nya.. Hikhik Sabar jelahh yer Kak Mas :)

    BalasPadam
  21. owh....baru la teman tahu.
    kalo tak memang setuju sgt ngan pakcik yg sound mas tu hehehehe....

    BalasPadam
  22. kenapa dgn pakcik tu. tibe2 je. entah2 minat kat akak. hehe. buat2 saja gempak je tu. hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com