Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 20 November 2011

World Walking Day 2011

Assalamualaikaum...(^ ^)

Berjaya berjalan 5000 langkah hari ni, terbakar sudah 230 kalori dalam badan ni.


Program World Walking Day anjuran Nestle ini diadakan sempena kempen berjalan kaki seluruh dunia, kita hanya perlu berjalan kaki sebanyak 5000 langkah. Walaupun hanya berjalan secara santai tapi tetap berpeluh dan badan pun rasa sihat dan segar.

Mas sampai di Pusat Sukan Air Putrajaya seawal jam 7 pagi. Setelah selesai buat pendaftaran dan dapatkan t-shirt percuma, ambil peluang bergambar dulu. Acara jalan kaki dimulakan pada jam 8 pagi. Setelah penat berjalan 5000 langkah semua peserta boleh dapatkan sarapan percuma seperti bijiran, maggi, air milo dan nesvita.


Pastu acara cabutan bertuah yang dinantikan. Cuma Mas agak kecewa sikitlah, penyertaan peserta seramai 5000 orang tapi cabutan bertuah yang diberikan hanya 22 hadiah sahaja. Tak berbaloilah, kalau 50 atau 100 hadiah tu mungkin ada peluang nak dapat kan? Mungkin pihak penganjur perlu lebih peka bila adakan lagi acara ini pada masa akan datang.

Tapi takpelah walau tak bertuah badan sihat kan? Itu lagi penting, hehehee!





Banyak lagi gambar di sini.

11 ulasan:

  1. bagus join aktiviti camni...milo..bestnye..teringat zaman sekolah rendah dulu...hehe

    BalasPadam
  2. huwaaa
    kak mas suke join aktiviti cm nikan
    bagus la akak ni
    kalo sy diberi peluang
    sy pon dh join nih
    heee
    suke2!

    BalasPadam
  3. Semalam Kat JB pon ade.. x sempat nak pegi coz hujan.. hiks..:(

    anyway kak mas nampak comel dalam kaler hijau :)

    BalasPadam
  4. sya join gak..hehe air milo sangat sedap...hahhaha

    BalasPadam
  5. bagus la aktiviti ni, badan sihat otak cergas. penyakit pun takde kan kak mas...

    BalasPadam
  6. best kalau tak sarat ni nak jugak merasa...

    BalasPadam
  7. kak mas, nk tanya 5000 langkah tu bpe km eh ?? :D

    BalasPadam
  8. Wahh syoknya dapat join program macam ni.. Dah lama rasanya tak aktif dengan macam macam aktiviti :(

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com