Assalamualaikaum...(^ ^)
Berjaya berjalan 5000 langkah hari ni, terbakar sudah 230 kalori dalam badan ni.
Program World Walking Day anjuran Nestle ini diadakan sempena kempen berjalan kaki seluruh dunia, kita hanya perlu berjalan kaki sebanyak 5000 langkah. Walaupun hanya berjalan secara santai tapi tetap berpeluh dan badan pun rasa sihat dan segar.
Mas sampai di Pusat Sukan Air Putrajaya seawal jam 7 pagi. Setelah selesai buat pendaftaran dan dapatkan t-shirt percuma, ambil peluang bergambar dulu. Acara jalan kaki dimulakan pada jam 8 pagi. Setelah penat berjalan 5000 langkah semua peserta boleh dapatkan sarapan percuma seperti bijiran, maggi, air milo dan nesvita.
Pastu acara cabutan bertuah yang dinantikan. Cuma Mas agak kecewa sikitlah, penyertaan peserta seramai 5000 orang tapi cabutan bertuah yang diberikan hanya 22 hadiah sahaja. Tak berbaloilah, kalau 50 atau 100 hadiah tu mungkin ada peluang nak dapat kan? Mungkin pihak penganjur perlu lebih peka bila adakan lagi acara ini pada masa akan datang.
Tapi takpelah walau tak bertuah badan sihat kan? Itu lagi penting, hehehee!
Banyak lagi gambar di sini.
smngtnye la
BalasPadambagus join aktiviti camni...milo..bestnye..teringat zaman sekolah rendah dulu...hehe
BalasPadamsemangat kak...hehe
BalasPadamceria betol kak mas..
BalasPadamhuwaaa
BalasPadamkak mas suke join aktiviti cm nikan
bagus la akak ni
kalo sy diberi peluang
sy pon dh join nih
heee
suke2!
Semalam Kat JB pon ade.. x sempat nak pegi coz hujan.. hiks..:(
BalasPadamanyway kak mas nampak comel dalam kaler hijau :)
sya join gak..hehe air milo sangat sedap...hahhaha
BalasPadambagus la aktiviti ni, badan sihat otak cergas. penyakit pun takde kan kak mas...
BalasPadambest kalau tak sarat ni nak jugak merasa...
BalasPadamkak mas, nk tanya 5000 langkah tu bpe km eh ?? :D
BalasPadamWahh syoknya dapat join program macam ni.. Dah lama rasanya tak aktif dengan macam macam aktiviti :(
BalasPadam