terkini dan sensasi

Khamis, 24 November 2011

Yang tidak perlu ditulis

Assalamualaikum...(^ ^)

Blog adalah tempat untuk kita menulis, meluahkan rasa dan percaya!


Apa yang ditulis seharusnya sampai ke hati pembaca, ada manfaat dan mesej yang boleh disampaikan. Ada ilmu dan pengetahuan yang dikongsi untuk dijadikan panduan. Ada cerita yang bisa membuat pembaca tersenyum sendirian, dan ada kisah yang membuat mereka berfikir sejenak.

Bermacam² cerita boleh ditulis di blog, samada ianya berkisar hal peribadi atau perkara umum yang berlaku di sekeliling kita. Semuanya boleh dijadikan penulisan yang seronok dibaca! Tapi harus diingat, dalam keseronokan menulis itu ada sesetengah perkara yang tidak sepatutnya kita tulis di blog. Kalau dikongsi jugak mungkin akan mengaibkan diri sendiri atau orang lain.

Jadi janganlah sesekali kita menulis cerita sebegini.

1. Entri yang mengaibkan orang lain
Dek kerana dendam dan geram dekat seseorang kita tulis dan luahkan semuanya di blog, kutuk kaw² punya! Cerita semua keburukan orang itu sehingga pembaca pun turut rasa benci. Niat asal hanya nak lepas geram je tapi tak pasal² kita dah aibkan dia. Kalau dia baca, camne?

2. Entri gaduh dengan suami/kekasih
"Saya benci awak! Awak memang jantan tak guna, menyesal bercinta dengan awak." Bergaduh dan berperang besar dengan suami/kekasih pun nak cerita kat blog, nak semua orang tau yang pasangan awak tu tak berguna. Perlukah, bukankah perkara sebegini boleh diselesaikan dengan cara baik. Ini tak, gaduh sikit luah kat blog. Biar semua orang baca dan akhirnya diri sendiri yang malu.

3. Entri mengutuk parti politik
Memanglah kita berhak menyuarakan pendapat berunsur politik, tapi berpada²lah kan? Biarlah apa yang kita suarakan itu ada mesej yang berguna. Janganlah kerana kita menyokong Parti A, kita kutuk dan cemuh Parti B. Tulis kelemahan dan keburukan parti tu! 

Menulis biarlah dari hati, barulah tiada caci dan maki.

14 ulasan:

  1. betul betul... Akak setuju nagn Mas :)
    Jangan tulis yg menyentuh perasaan seseorang..macam kita ni baik sgt kan..

    BalasPadam
  2. saya setuju dengan kakak sayang... :)

    BalasPadam
  3. betul, setuju sangat, ada benda yg perlu disimpan untuk diri sendiri, kekadang kita dok luahkan perasaan, org tak minat pun nak baca

    BalasPadam
  4. nice tips. thank you for sharing sis :)

    BalasPadam
  5. Bf gf lh blah ag la kak. Mgkn msh keanakan, ni laki bini, malu org tau. Tu sama dgn dedah aib suami tu. Moga kita dijauhkan

    BalasPadam
  6. setuju!setuju! kadang sy nak post entri pon pk 2,3 kali...takot org terase dengan ape yg kiter tulis walaupon tak berniat...

    BalasPadam
  7. setuju jugak..kena hati2 ngan ape nak tulis...singgah sini

    BalasPadam
  8. setuju dgn kak mas. bg saya yg buat entry caci maki tu sgt tidak pro. actually ada je otai kita yg perangai mcm tu. tak boleh ditegur lalu dibuat entry untuk memerli. itu tak pro. bg saya Hanis Zalikha sgt professional :)
    em, itu lah masalhnya blog ni. kdg2 kita rse nk kongsi dgn pembaca tp terlebih sudah. hm, minta2 sy tak terbuat gitu.

    BalasPadam
  9. mas, yg point pertama tu zr penah kene .. sgt2 mengaibkan zr.. last2 org tu yg shut blog dia.. padan muke.. now biar ler Allah membalas perbuatan nye..

    BalasPadam
  10. betul tu! mengaibkan diri sendiri. lg2 hal rumahtgge mmg tak sepatutnye! berdose bg seorang y bergelar isteri!

    BalasPadam
  11. btul kak mas, paling setuju yg 1st skali tu. bru terbaca kt blog someone ni yg kononnya nak menegur tp ayat mghina.dia pk dia blogger otai, rmai folower, dia boleh sesuka hati nak kondem org sana sini.dia lupa, dia jugak bmula dr bwh dulu

    BalasPadam
  12. betul tu. tulis yg baik baik. bukannya apa, bila kita dah tua. anak anak dah besar baca blog kita, dorang boleh nilai perangai kita.

    So, bila dorang wat kesalahan kita dah tak leh tegur sebab kita sendiri tunjuk keburukan diri kita.
    fikir sebelum buat.

    BalasPadam
  13. Betul tu kak Mas walaupon blog ni medium untuk kita bersuara tapi ada batasnya,kita kena juga fikir tentang apa kita nk tulis,tentang siapa kita nk bercerita..

    Paling tak tahan bab " i benci u... u memang jantan tak guna! i menyesal bercinta dengan u..." Hikhikhik Nanti bila dah elok.."I sayang you sendad2 balik,pandai you amek hati I.." Hahaha

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com