mrs secretary

Khamis, 8 Disember 2011

10 sen je!

Assalamualaikum...(^ ^)


Air Asia kembali lagi dengan tiket murah, kali ni hanya 10 sen sahaja! Tempahan boleh dibuat mulai hari ini sehinggalah hari Ahad, tarikh penerbangan adalah pada 1 Julai sehingga 27 Oktober 2012. 

Terlanjur ada tiket murah maka panjanglah langkah untuk pergi melancong ni. Setelah bincang² dengan husband maka dia ajak bercuti ke Langkawi lagi sekali, tak puas hati katanya pergi sana. Mas menurut saja sebab memang suka pergi sana, boleh borong coklat banyak².

Jadi bermulalah misi menempah tiket. Tapi macam biasalah bukan senang nak dapat, asyik dok waiting room je! Mesti ramai giler orang nak tempah. Maklumlah masa tu dah nak raya, jadi ramailah yang tempat tiket nak balik raya kot? 

Setelah hampir 2 jam menunggu di waiting room dengan penuh kesabaran, akhirnya tiket berjaya ditempah. Memang murah, hanya RM140 pergi dan balik untuk kami 4 orang. Sangat berbaloi!

Pada kawan² yang merancang nak bercuti tahun depan tu, apa lagi tempahlah sekarang.

12 ulasan:

  1. malam tadi da rancang.. cek2.. tinggal tiket balik. perginya lain harga.. so tak jadi.. mungkin terlambat sikit.. huhuh..

    BalasPadam
  2. ingtkan btul2 seposen hehe

    btw,i really need yr votes.pls vote me:)

    http://nurulainulfarhain.blogspot.com/2011/12/untuk-semua-my-followers-yang.html

    BalasPadam
  3. oo..semlm zla dpt sms pasal tiket murah ni Mas..tp buat derkk jerla.oo, kalu gtu xsemestinya yg destinasi dia cakap tu jer dpt murah ek?hehe..nak try nasib gakla...tp sure xdpt sokongan moral dr en.suamiku itu..huhuh...

    BalasPadam
  4. murah gila..macam mana gaya agaknya air asia ni dapat untung.. hehe..

    BalasPadam
  5. lama tunggu kat waiting room...huu

    BalasPadam
  6. 140 untuk 4 org ??? murah gilaaaa.. :D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com