Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 5 Disember 2011

Akhirnya jadi kenyataan

Assalamualaikum...(^ ^)

Rasa seronok sangat sekarang. Tak sia² mengharap, akhirnya jadi kenyataan! 

Baru tadi husband bagitau dia boleh mohon cuti sehari untuk bulan Disember ni, Mas suruh husband ambil cuti masa Krismas nanti. 25hb tu dia memang off, cuma ambil cuti sehari pada 26hb tu. Sehari pun seharilah, janji Mas dapat bawa anak² pergi jalan² sempena cuti sekolah.

Pastu terus dia tanya Mas ada apa² rancangan tak? Haruslah, dah lama rancang. Tinggal nak suarakan dan tunggu dia dapat cuti je. Mas cakap nak pergi tempat yang boleh tenangkan fikiran dan ada permandangan yang indah, tak mahu tempat yang kena berjalan di panas terik! 

Jadi husband serahkan tugas pada Mas untuk pilih destinasi percutian yang Mas suka, apa lagi Mas terus bagi beberapa cadangan tempat yang Mas suka. Mula² banyak jugak yang husband bangkang. Tempat ni tak oklah, tempat tu tak bestlah. Susah betullah husband Mas ni. Kata suruh kita pilih, tapi macam² pulak dia kondem!

Tapi Mas bijak, awal² Mas dah search kat internet mengenai tempat yang Mas suka. Terus jelaskan kat dia apa yang menarik di situ, akhirnya husband bersetuju. Nampaknya esok bermulalah operasi untuk telefon tempat tersebut untuk buat tempahan, maklumlah musim cuti sekolah kena tempah awal.

Tak sabarnya nak tunggu 25hb ni.


15 ulasan:

  1. you have to count days starting from now, sis. aaa, syoknya pergi holiday! don't forget to snap the photos..:)

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...wah bestnya dpt pi bercuti tenang2kan fikiran dr kesibukan kerja seharian...:)

    p/s seronoknya berjimba ngan family...:)

    BalasPadam
  3. nk ikot kak!
    nk ikot nk ikot! kehkeh

    BalasPadam
  4. betul2..bos lia booking tempat sebulan setengah awal untuk company trip..hehehe

    BalasPadam
  5. haraplah ada kosong lagi..tapi kalau 26hb tu mungkin ok kot..yang tak ok, 24hb tu sokmo penuh je semua tpt..

    BalasPadam
  6. wahhh... macam best je tempat tu..btw, kat mana tu ? seremban ke?hhehehe
    Blog Mohd Zakwan :)

    BalasPadam
  7. kat mana gambar tu kak mas,

    wah best ar tempat tu...mcm kat area tapah jalan nak ke cameron highlands. semat dan santek pemandangan dia.

    eh kak mas, bukan xmas jatuh hari ahad ke...dah tentu 26 tu hari cuti tunda kan.

    BalasPadam
  8. nak gi chalet tepi jeram la ni eh? kemensah? mana eh mana eh... excited lak rasa...

    BalasPadam
  9. bukan setakat kak mas..
    sy sendiri pun terus jatuh cinta tgk tempat tu.
    akak kena cpat..
    kang tbe2 dan full book..hehehe

    BalasPadam
  10. smlm mak kita beli majalah wanita. ade artikel pasal 1 chalet ni kt bentong. nampak cantik je pemandangan & suasananya. sesuai utk family, honeymoon, anniversary dll...kita pon nk survey ni ;)

    BalasPadam
  11. Walaaaaa selama bercuti yer.. Sila amik photo bykkk22 dan jaga keselamatan..

    BalasPadam
  12. mas, kat mana tu?nampak pon cam sgt menenangkan?nanti jgn lupa share tau..kalo best zla pon nak p jgkla, tp tak tau bilalah..hehhe

    BalasPadam
  13. wah, best best best...dimanakah itew?

    BalasPadam
  14. seronoknya. nak ikut. hehe. jadi family kak mas jap. :D

    BalasPadam
  15. seronoknya kalau ada rumah yg berhalamankan air jernih mcm tu..memang teringin sangat

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com