terkini dan sensasi

Selasa, 13 Disember 2011

Asyiknya romen-romen!

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas tulis entri ni bukan nak aibkan sesiapa, tapi sebagai pengajaran agar kita lebih menjaga batas pergaulan di khalayak ramai. Jangan suka² hati nak beromen depan orang.

Terjadi semalam semasa sedang beratur untuk bayar parking di Alamanda, selamba je pasangan depan Mas ni main sentuh² bibir dan laga² hidung. Hinggakan sampai giliran mereka nak bayar parking pun boleh tak sedar, asyik sangat melayan perasaan!

Dahlah anak² Mas ada, ralit je mereka perhatikan gelagat pasangan tu. Geram pulak Mas, rasa nak tegur je. Tak reti langsung nak jaga adab di khalayak ramai, makin terpesong akidah remaja sekarang.

Selalunya yang haram itu orang makin seronok nak buat kan, tak rasa malu langsung. Mata kita yang terpaksa jadi mangsa perhatikan gelagat romen² mereka.


18 ulasan:

  1. adeh~ yg buat xsenonoh kat khalayak tu konfem pasangan tak halal tuh..-.-'

    BalasPadam
  2. iklan percuma depan mata. entahlah kak mas. kang kite tegor kite pulak kena maki.. sabo je lah :)

    BalasPadam
  3. biasalah kak.
    org sekarang makin gila dan makin takde perasaan malu.
    hmmm

    BalasPadam
  4. Mas..lenkali snap dua tiga keping gambor..biar diorang terkejut skit..!

    BalasPadam
  5. hehe. banyak je kak mas pasangan yg buat macam tu. mcm xde rse segan pun. saya tak suka yg meraba2 di khalayak ramai. ish..macam dia sorg je bercinta. hehe

    BalasPadam
  6. tak bagus la depa wat camtu kak. ee.. geramm... tampo bleh.?

    BalasPadam
  7. aritu saye lepak dataran s.alam..
    nmpk gak ade org romen2..
    mmg xmalu..
    gahahaha

    BalasPadam
  8. segan dengan budak-budak yang tengok...adoi

    BalasPadam
  9. ish...ish...ish....
    apa nak jadi sekarang nie,

    BalasPadam
  10. assalamualaikum mas...mmg geram kalau ada pasangan yg mcm ni kan rasa nak sepak jer tapi terpaksa menahan kemarahan kita bila tengok gelagat die org...:)

    BalasPadam
  11. malu ngn manusia dah ilang
    malu ngn Allah?

    BalasPadam
  12. malu ngn manusia dah ilang
    malu ngn Allah?

    BalasPadam
  13. budak2 sekarang dah tak tau malu

    BalasPadam
  14. Yang terlarang itulah seronok dibuat.. Kita doakan saja terbuka hati mereka untuk sedar kesilapan yang dah dibuat.. Cuma tak sedapnya bila ada anak-anak yang memerhatikan?

    BalasPadam
  15. sgt annoying bila tgk ramai bdk2 muda pegang2 tgn peluk2 khalayak ramai.kite dah kawen pun tak wat camtu. T___T

    BalasPadam
  16. Selalu nampak juga kat shopping mall -.-'

    Mujur lah Mista Tunang tak suka jalan kepit kepit..Kalau keluar kadang2 bengang juga sebab dia jalan nun jauh sebatu..Hikhik :P

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com