mrs secretary

Jumaat, 23 Disember 2011

Atikah dan bukunya

Assalamualaikum...(^ ^)

Atikah dan buku memang tak dapat dipisahkan, kemana saja buku adalah peneman setianya.


Memang Mas kagum dengan dia, tak pernah Mas tengok dia rasa jemu dengan buku²nya. Setiap masa dan kemana saja buku akan dibawa. Kadang² Mas pulak yang larang dia bawa buku kalau nak keluar jalan², tapi dia tetap bawa. Apa punya mak Mas ni kan, anak minat membaca pun nak dilarang.

Sebenarnya dari kecil Mas takde dorong dia sangat untuk meminati buku, tapi seawal umur 4 tahun dia memang dah berminat. Jadi Mas lebih suka belikan dia bahan² bacaan. Bila masuk umur 5 tahun dia dah pandai membaca dengan lancar tanpa perlu mengeja satu persatu. Memang terkejut sebab Mas takdelah mengajar dia membaca sangat, mungkin dia belajar sendiri.

Jadi setiap kali keluar jalan² mesti kedai buku yang dia cari, kalau pergi Alamanda tak sah tak singgah kedai buku MPH. Mesti nak beli buku, kadang² Mas yang larang sebab bukunya dah banyak. Sekali lagi, teruk betul Mas ni kan? Tapi akhirnya dia tetap berjaya pujuk mamanya untuk beli, 10 kali dia dok ulang cakap "Buku kakak semua dah habis baca!"

Sekarang Mas memang layankan minat dia, selalu belikan bahan bacaan untuk dia! Mas tak boleh jadi macam dia walaupun minat jugak membaca, dia boleh tekun membaca walaupun kat dalam kereta. Moga minatnya itu berterusan hingga dewasa.

13 ulasan:

  1. jadikan membaca 1 budaya. tak rugi membaca nie

    BalasPadam
  2. hehehe
    alhamdulillah, bagus la kak
    budak2 ni kalo dr kecik gitu, beso2 nnti dh x susah2 nak suh bace buku
    boleh la geng dgn mimi
    kikiki :))

    BalasPadam
  3. bagus budak minat bace ni. luas pengetahuan die.. n xkn nyanyuk kalau da tua nnti..:)

    BalasPadam
  4. banyak ilmu yg dia serap ni... biarkan dia dgn hobinya..

    BalasPadam
  5. alhamdulillah..bagus tu Mas. moga yg dlm perut ni rajin baca bucu mcm kakak Atikah:)

    BalasPadam
  6. sama la kita...

    sama-sama entry pasal buku hari ni

    BalasPadam
  7. assalamualaikum mas.....alhamdullilah moga Atikah akan tetap meneruskan minat membacanya tu....

    BalasPadam
  8. selalunya buku jenis mcm mana yg dia suka baca kak? bagus la, dulu ai pun suka mbaca tp buku kartun la..hehe

    BalasPadam
  9. amalan membaca budaya kita. hehe. :) bagus anak kak mas. :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com