Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 28 Disember 2011

Azam 2012

Assalamualaikum...(^ ^)


Macam tak percaya tinggal 3 hari lagi 2011 akan melabuhkan tirainya, 2012 bakal menjelang dan bertambah lagi setahun usia Mas. Biasanya sudah kewajipan setiap kali tahun baru akan ada azam, azam inilah yang akan jadi matlamat hidup kita setiap tahun. Apa yang diinginkan untuk tahun baru? Tapi sebelum tu kena pastikan azam tahun lepas sudah berjaya, kalau belum bawa je ke tahun depan.

Sudah pastinya setiap orang berazam nak jadi lebih baik untuk tahun baru ni kan? Mas pun nak camtu, tapi selain itu kenalah ada azam apa yang kita inginkan untuk tahun baru. Bagi Mas azam tahun lepas ada yang dah berjaya dan ada yang tidak, yang belum berjaya Mas akan cuba dapatkan pada tahun ini. Antara azam Mas untuk tahun 2012 ialah..

Nak handphone baru
Memang tahun ni Mas nak sangat beli handphone baru, tapi belum kesampaian hajat itu. Untuk 2012 nanti Mas akan cuba dapatkan jugak handphone yang Mas idamkan.

Nak upah haji untuk arwah abah dan mak
Tahun ni Mas takde rezeki lagi, harap² tahun depan ada rezeki lebih untuk tunaikan azam ni.

Nak siapkan rumah 100%
Walaupun dah setahun Mas menetap di Teratak Idaman ni tapi rumah memang belum 100% siap, maklumlah kos renovate bukannya sikit. Jadi kalau ada rezeki lebih tahun depan Mas nak sangat siapkan mana yang terbengkalai tu.

Nak tambah zuriat
Ini dah lama Mas azamkan tapi tak tercapai lagi, belum ada rezeki. Harap 2012 ni rezeki tu ada.

Ini sajalah, boleh kan? Harap apa yang diazamkan dan dikehendaki berjaya dicapai!

14 ulasan:

  1. rara pon nk baby gak =) moga hasrat kita tercapai =)

    BalasPadam
  2. wahhh nak ikutkan mas punya azam ni, tak terkejar saya,,,bab hp tu dah sama dah..hehehe..

    BalasPadam
  3. Kalau nak diikutkan mcm2 azam dlm kepala ni..huhu tp azam Mas yg last tu..bagus..sebab org kata, bertambah anak, bertambah-tambah rezeki..:)

    BalasPadam
  4. boleh g umah akak nnti

    erk baby

    so sweeeeetttt

    doakan akak berjaya

    BalasPadam
  5. sy doakan moga semua azam akak tercapai.. amin...

    BalasPadam
  6. assalamualaikum mas...moga semua azam mas pd tahun 2012 tu akan tercapai yer...InsyaAllah...

    p/s yg no 5 tu kena lebih kuat lg yer utk mencapainya...:)

    BalasPadam
  7. moga dapat anak!

    BalasPadam
  8. azam atok tahun 2012 pasang badan, bley?

    BalasPadam
  9. yang last tu.. ayu pun nak gak.. azam ayu dh lama..

    moga tercapai..
    mas.......
    ayu doakan ada rezeki buat mas, samada hp ker, hajikan kedua ibubapa. bb dan tang rumah tu..
    amin

    BalasPadam
  10. Yg terakhir tu menarik :)

    BalasPadam
  11. weeeee
    tang dpt anak tu, mmh harapan murni sungguh kak
    aminnn :))
    semoga tercpai azam akak ye :)

    BalasPadam
  12. Kak Mas, MTT pernah terdengar satu pertanyaan yang orang tanya 'boleh ker kalau kita upah haji untuk orang yang dah tak ada di dunia ni?'

    Ustad tu jawab : Menunaikan haji adalah untuk orang yang masih lagi bernafas di dunia.

    Lebih kurang macam tu lah Kak Mas,sebab MTT tak berapa ingat,dengar dekat HotFM masa raya korban hari tuh.


    Semoga semua azam dan impian kak Mas tercapai yaa ~ Lagi 3 hari juga bertambah 1 lagi angka lah umur MTT. Hikhik :P

    BalasPadam
  13. selamat tahun baru kak. semoga 2012 ni lebih bermakna dan tercapai segala impian :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com