Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 6 Disember 2011

Bila bos takde

Assalamualaikum...(^ ^)


Bermula esok hingga Isnin minggu hadapan bos takde. Yeaayyy, merdeka!

Bos Mas pergi bercuti ke Indonesia. Biasalah hujung tahun kan, masa untuk bercuti bersama keluarga. Isteri bos pun dah siap tanya nak kirim apa, hehehee! Tak tahulah pulak nak kirim apa, cuma cakap kat dia beli sajalah apa².

Bila bos takde ni memanglah rasa seronok sikit. Bukannya nak ambik kesempatan atas ketiadaan dia, tapi rasa rileklah sikit. Kalau tak setiap masa asyik sibuk je!

Masa bos takde ni selalunya Mas ambil kesempatan untuk buat filing, masa dia ada memang tak sempat langsung. Surat² yang nak filing pun dah berlambak kat bawah meja, sebelum dia balik Isnin nanti harap² boleh siapkan. Jangan hangat² taik ayam dahlah Mas.

Pastu bolehlah bawa anak² datang pejabat, tak perlulah hantar mereka kat rumah pengasuh waktu babah mereka kerja. Jimat sikit belanja bulan ni. Mereka memang seronoklah kalau dapat ikut mamanya datang office, saat² yang dinantikan tu.

Bolehlah curi² masa sikit update blog, tak perlulah autopublish macam selalu. Hehehee!

14 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...seronoknya bila bos x ada yer...walaupun bos x ada tapi kerja tetap dijlnkn spt biasa kn...:)

    BalasPadam
  2. buat filing tu maknanya tidor dalam bahasa jerman...


    haha

    BalasPadam
  3. hehe, seronoknya kak mas boss takde ye. hehe. time boleh buat bising !!hehe

    BalasPadam
  4. betul la..time bos takde sebenarnya time tulah sebenarnya nak buat kerja especially filing..Pasal kita secretary so kita sangat2 memahami..

    BalasPadam
  5. kehkehkeh....suma org suke kalo bos xder

    BalasPadam
  6. banyak sungguh angan2 kak mas..
    bagus2.
    buat semuanya..
    mesti best bos xde..heee~

    BalasPadam
  7. wah, sonotnya bila bos xde kan, rasa macam donia ini kita yang punya...hik hik...

    BalasPadam
  8. wah3 jage2 bos tgh bace tu haha

    BalasPadam
  9. phewww...kucing takde tikus blh la menari cha cha hehe

    BalasPadam
  10. kak mas.... akk Pa kat mane? gov or swasta? jom lah join page PA kt fb

    BalasPadam
  11. yeay merdeka.hehehehe.rara pon suke bile xde bos =)

    BalasPadam
  12. saya pon suka kalau boss takde. dengar cerita bos saya nak pergi thailand hujung bulan ni. yeay ! haha !

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com