Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 1 Disember 2011

Bila dah benarkan

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak cuti sekolah memang Mas tak benarkan anak² main kat luar rumah, lagi pun sekarang ni tiap petang hujan. Jadi biarlah mereka main di dalam rumah je, lebih terjamin keselamatannya!

Tapi entah camne hari ini abahnya benarkan mereka main di luar, balik kerja je Mas dah tengok ligat mereka berdua kayuh basikal dengan laju. Apa lagi keluarlah suara tarzan Mas jerit kat diaorang supaya jangan kayuh basikal laju sangat.

Tapi biasalah anak² ni kita pesan sekali, sekali itu jelah dia ikut. Bila kita tak nampak ligat semulalah mereka kayuh basikal, bukan fikir dah bahaya ke tidak. Lagi seronok adalah mereka kayuh basikal ramai² dengan kawan².

Tiba² tengah Mas asyik tengok TV dengar suara budak menangis, terus keluar! Bila tengok je rupanya anak sendiri yang jatuh basikal, meraung melalaklah kat tengah jalan tu. Mas pun apa lagi, nak marah pun ada, geram pun ada tapi kesian pun ada. Tengok muka dah berdarah, baju pun dah koyak kat bahu. 

Camtulah bila dah benarkan mereka main kat luar, tak ingat dah nak jaga keselamatan. Dah seronok sangat dapat kayuh basikal. Bila dah jatuh baru cakap kat Mas, "Mama, Arfan janji tak kayuh basikal laju² dah!"

Pandai kan dia nak ambil hati mamanya, padahal takut kena marah!


10 ulasan:

  1. ala siannya..biasalah budak, bila dah terkena baru nak beringat kan..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...alamak cian nyer die kn dah jatuh basikal nape x naik basikal tu elok2...:)

    BalasPadam
  3. itulah penyebabnya kita nie boleh sakit hati jadinya..
    bukan tak kasih keluar, bila dah kat luar lain jadinya..

    ada kawan kata,, suara ko masa anak dara lembut
    skrang dah jadi macam mak tarzan.. waka..waka..

    PS: moga lukanya cepat sembuh ya

    BalasPadam
  4. budak2 sis.kalau dilarang lg lah dye nk buat.

    BalasPadam
  5. alaa..kesiannya jatuh.. adik sy cmtu la kak, lg kite tak bg buat, lg die rasa seronok nak wat..huhu

    BalasPadam
  6. hishh... siannya dia..
    lepas ni mesti serik..
    kalau tak serik jgk..
    xtaulah..hehehe

    BalasPadam
  7. kene beri pengawasan yg lebih sebenarnya

    BalasPadam
  8. ehehe, dia memang pandai pancing mama dia.. ehehehe

    BalasPadam
  9. omaigot.....macam sakit yo tu

    BalasPadam
  10. sy pun ada kenangan jatuh basikal. sampai skrg ada parut kat kepala lutut. balik rumah senyap x bgtau mak. takut kena marah. pandai2 la buh ubat sdiri.:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com