Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 27 Disember 2011

Bilalah nak lulus!

Assalamualaikum...(^ ^)


Dari dulu memang Mas dan husband percaya dengan bank, setiap kali ada keperluan nak guna duit kami akan buat pinjaman peribadi melalui bank ini. Sebabnya proses untuk memohon dan mendapatkan pinjaman itu mudah dan cepat.

Tapi baru² ni kepercayaan kami terhadap bank tersebut selama beberapa tahun telah hilang dek kerana proses permohonan pinjaman husband Mas ditangguh sehingga sekarang. Nak masuk 3 minggu dah, dan setiap kali telefon mereka akan cakap agreement belum ditandatangani oleh pegawai. Yang peliknya tak akanlah pegawai ambik masa 3 minggu untuk tandatangan agreement. Bila ditanya permohonan pinjaman ada masalah tak, mereka jawap takde. Pinjaman dah lulus sepenuhnya!

Mas dah naik bosan menunggu. Tiap² hari husband telefon, tapi jawapan tetap sama. Mana perginya prinsip mereka yang kononnya 3 hari bekerja pinjaman boleh lulus, kami pun tak tahu apa masalah mereka. Bukannya kami baru pertama kali mohon pinjaman peribadi di bank ni, dah 2-3 kali. Dulu takdelah seteruk ini.

Kalau ikutkan dah lama Mas pergi jumpa pegawai yang bertanggungjawab tu. Nak tanya terus terang dengan dia, apa masalah sebenarnya. Tapi husband Mas masih boleh bersabar lagi dan sanggup tunggu berminggu² katanya lambat laun dapat jugak.

Mas memang dah kecewa, suruh husband mohon kat bank lain dia tak mahu. Jadi biar dia tunggu selagi termampu! Nak dapat duit dari orang, bukan senang katanya. Hurmmmmm!

15 ulasan:

  1. think +ve je la maybe pegawai bank tu cuti panjang kan skrg hjg thn..berjalan agaknye..hehe..sabar yer..

    BalasPadam
  2. hmm rara tak penah buat loan.tp bile dgr org cite mmg mcm susah je.

    BalasPadam
  3. bank ape kak?

    ni la namanya indah iklan dr servisnye

    BalasPadam
  4. laki slalu cm tu kan kak
    memaaaannng penyabo
    kalo ayah mimi pon cm tu gaklah
    kite ni dh paneh punggung dh tahan geram kan
    hehehehe

    BalasPadam
  5. bank mana tu kak? kalau dulu yela customer yang kena cari bank....skrg dh terbalik, bank yng kena cari customer....

    ini mesti pegawai or kerani tu yang lambat. proses nk filing tu senang aje. sehari dh boleh siap. pegawai pi kursus kot ye? hahahaha....

    BalasPadam
  6. Kalau tgk pada iklan nya kat Tv tu bukan main mudah nk dapat loan ye..:)

    BalasPadam
  7. hurmm..susah jugak nak buat loan dengan bank ni ye..

    BalasPadam
  8. assalamualaikum mas...mmg betul kekadang ada juga bank yg mcm ni tapi kalau dah ada rekod sepatutnya lebih senangkan ni x....:)

    BalasPadam
  9. yum yummmm !
    sedapnye .
    belanja boleh ?

    BalasPadam
  10. Sabar yer kak Mas,insyaAllah ada rezeki tu nanti :')

    BalasPadam
  11. insyaAllah. nnti dia settle lah. em kdg2 bank pun ada angin jugak. hehe. mungkin dia cuti kot atau delay.

    BalasPadam
  12. insyaAllah. nnti dia settle lah. em kdg2 bank pun ada angin jugak. hehe. mungkin dia cuti kot atau delay.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com