Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 6 Disember 2011

Bubur Asyura

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ini dah 10 Muharam, hari yang disunatkan untuk kita berpuasa.

Setiap kali 10 Muharam mengingatkan Mas pada Hari Asyura. Sudah menjadi kebiasaan bagi umat Islam menyediakan juadah istimewa iaitu Bubur Asyura setiap kali tiba 10 Muharam. Bubur yang sedap dibuat dari pelbagai jenis bahan seperti beras, tepung, ubi dan pelbagai jenis kekacang. 

Teringat masa arwah mak ada, mesti setiap tahun buat bubur Asyura. Mak dan beberapa orang jiran berhampiran akan bergotong royong buat bubur ni. Biasanya kawasan yang menjadi pilihan adalah di rumah kami. Mas dan adik beradiklah sangat seronok sebab tak sabar nak makan bubur Asyura.

Tapi sejak mak dah tiada, rasanya dah lama sangat Mas tak makan bubur ni. Sejak menetap di kawasan bandar ni memang susah nak cari orang yang buat. Masa Mas duduk di kuarters bomba dulu adalah penghuni di situ bergotong royong buat bubur Asyura.

Bubur Asyura yang biasa Mas makan ada 2 jenis, masin dan manis. Mas paling suka yang manis, lagi sedap kalau diletak dalam peti ais pastu dimakan. Rasanya yang manis dan sejuk² tu sangat menyelerakan! Kat mana nak cari bubur Asyura ni, dah terliur rasanya. Maklumlah dah lama tak makan.

Ada tak kawan² yang buat bubur Asyura? Mas nak sikit!


11 ulasan:

  1. bestnya
    kalau anum blk kg mesti dpt makan
    syoknya..

    BalasPadam
  2. sedapnya.
    tapi mak saya tak pernah buat pulak. huhuhu

    BalasPadam
  3. nak2 pulak yang manisnya kan...yummmyyy...mana mau carik ek??

    BalasPadam
  4. rara xpenah rasa lg bubur ni,sbb kwsn perumahan mana lah nk buat kan kak.sllu kg2 ada lah kan.

    BalasPadam
  5. Syukur kehadrat ilahi sebab akak masih ada mak yang gigih masakkan Asyura untuk akak.

    Sebut aja nak makan, mak mesti siapkan itu ini untuk buat Asyura.

    Memang sedap. akak pun suka yang manis, bekukan letakkan dalam fridge pas tu makan. sedap.

    BalasPadam
  6. assalamualaikum mas...betul la kalau dpt mkn bubur asyura ni mesti sedapkan....mama rasa mcm nak buat sendiri jer tapi x tahu sempat ke x sbb ada hal plak...:)

    BalasPadam
  7. Sedapnye.. Pembuka puasa dgn juadah ini..

    BalasPadam
  8. saya suke bubur asyura dari negeri pantai timur, dari buatan utara xminat.pasai ada rasa berempah lebih

    BalasPadam
  9. ehem2. farah datang nak mintak tolong. support farah untuk giveaway nisakay!! please yar.. :)

    http://coretanharapan.blogspot.com/2011/12/ultimate-year

    BalasPadam
  10. selamat berbuka puasa kak mas kejap lagi lah tapi. :)hehe

    BalasPadam
  11. Tu la pasal,sy pon ngidammmm... TAdi tepon kg ayah ckp baru lepas kacau bubur ... huhuhu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com