Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 15 Disember 2011

Buku sekolah selesai!

Assalamualaikum...(^ ^)

Lagi 2 minggu anak² nak masuk sekolah kembali. Jadi dalam tempoh inilah masa diperuntukkan untuk membeli barang² keperluan persekolahan anak. Dari baju, kasut sehinggalah ke buku sekolah.

Hari ni Mas selesaikan dulu urusan pembelian buku, kebetulan boss takde jadi curi masa sekejap pergi ke sekolah. Nasib baiklah ada duit bantuan RM100 tu, bolehlah beli buku dulu. Nak tunggu gaji lambat lagi, Isnin depan baru dapat.

Bila dah masuk tahun baru, semua buku latihan kena beli. Bila tanya pada Atikah buku latihan masa tahun 2 dulu ada lebih tak, terus dia cakap takde. Padahal buku² tu dah jadi buku contengan dia, nak tak nak kenalah beli yang baru. Pembalut buku latihan pun sama, kena beli baru jugak. Yang tahun lepas punya dah habis rosak semuanya, budak² biasalah!

Pastu ada tambahan, buku latihan dan fail untuk pra sekolah kena beli sendiri. Macam tahun lepas pihak sekolah yang belikan, jadi jumlah keseluruhan untuk buku sahaja dah RM73.70. Pastu pihak sekolah ada jual stoking sekolah, jadi Mas beli siap². Sepasang RM1.00, beli terus 10 pasang. Sorang dapat 5 pasang, senang tak perlu berebut² stoking nanti.

Selesai bab buku sekolah. Dapat gaji Isnin nanti, misi mencari baju dan kasut sekolah pulak.


11 ulasan:

  1. uncle dulu2 tinggal buku dalam meja kat sekolah....

    cikgu jumpa kena rotan!

    BalasPadam
  2. minggu depan sambung urusan beli baju sekolah dan urusan lain..

    BalasPadam
  3. duk mana? isnin nanti dtg la beli brg sekolah kt KPDNKK putrajaya..murah2..

    BalasPadam
  4. kejap je nk msk skolah blk kn..mmg byk lanje ank nk skola nih..pfftt~

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas....wah dah siap yer utk tahun depan punyer...mesti dah x sabar nak pi sekolah...:)

    BalasPadam
  6. 5pasang sorg?hehehehe banyak nya.

    BalasPadam
  7. untung bebudak skrg...dpt duit free tur...knapa dulu tak buat mcm ni???kalau dl buat mcm ni...ms tu besarnya nilai 100hengit nih...

    BalasPadam
  8. Belum pernah merasa shopping tuk brg sekolah anak... Walaupun mahal, mesti rasa seronok bila kita dapat tunaikan tanggungjawab kita untuk anak2....

    BalasPadam
  9. adik sy tak beli lg buku2 ke baju ke..hehe, mak saya leka la tu. ingat cuti budak2 ni lama lg. hehe

    BalasPadam
  10. Terasa nak balik zaman sekolah pon ada nih :P

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com