Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 2 Disember 2011

Demam Ombak Rindu

Assalamualaikum...(^ ^)

Demam Ombak Rindu melanda!

Semalam mesti semua pawagam di Malaysia ni penuh dengan mereka yang menantikan filem ini. Nak pulak pelakonnya si Aaron Aziz yang hensem, si Lisa Surihani yang comel dan si Maya Karin yang cantik tu berlakon. Tiket pun mesti habis punya.

Mas pun ada baca status di FB dan review di blog mengenai filem ini, ramai yang cakap filem ni best. Wajib tonton punyalah! Mesti ada babak² sedih yang boleh membuatkan kita mengalir airmata. Dahlah Mas ni hati tisu, pantang menonton cerita sedih ni.

Bila dah ramai cakap filem ni best, terus berkobar² semangat nak tengok. Terus cakap dengan husband, tapi macam biasa jawapannya mesti mengecewakan. "Cerita lain boleh tak ayang, abang tak bolehlah nak tengok cerita camni, tak sesuai!" Apa yang tak sesuai pun Mas tak tahu.

Itu sajalah jawapannya setiap kali nak ajak tengok cerita camni. Masa Nur Kasih ditayangkan dulu pun jawapan yang sama diberi, akhirnya Mas tak tengok pun cerita tu kat panggung. Nak menonton sorang² tak syok pulak rasanya. 

Nampaknya untuk filem Ombak Rindu ni macam hampa jugaklah nak tonton di panggung, puas dah pujuk husband ni. Pastu boleh pulak dia cakap, kalau nak tengok pergilah sorang². Jenis Mas ni memang tak suka tengok wayang sorang, tak best! 

Nak tengok jugak Ombak Rindu, jom teman Mas!

dengan pelakon Ombak Rindu

15 ulasan:

  1. Tengok sorang2 memang tak best...
    Esok baru sy ada masa nak tengok...
    Semangat nak tonton ni...

    BalasPadam
  2. nak pi tgk juga tapi belum ada kesempatan, huhu

    BalasPadam
  3. skang ni sure sold out dah mas...nak2 weekend ni kan?heheh

    BalasPadam
  4. untonglaa dpt bergambar dgn maya...wow...
    hahahaha

    to my blog - Acapsuur (>,<)

    BalasPadam
  5. Alaaaa.. jeles laa semua dah tengok.. bila laa dyla nak tengok cite ni.. @~@

    BalasPadam
  6. mas--
    kita serupa..
    kalau dekat. sure ayu ajak mas..
    suami ayu pun tak layanlah.. menyampah i..


    jom, ayu start enjin kereta, ayu ambil mas..hehehe

    BalasPadam
  7. wow..maya tu ^^

    btw, dengar kate best kn citer ni.. tp sy pun xsempat nengok lg..

    BalasPadam
  8. cian kak mas..thee
    jom kak g ngan kita..hehe

    BalasPadam
  9. jomlah kite g tgk sama2 kak. sy pun teringin sgt nak tgk ni.hihi

    BalasPadam
  10. asben sy pun mcm akak..kita ajak tgk ombak rindu dia kata tgk cite lain..

    BalasPadam
  11. jom2 tgk rabu depan. tiket murah sikit ;D

    BalasPadam
  12. hee...rugi la tak tengok...apepun leh baca review Ombak Rindu dulu di Kakiwayang.com..... best kot Aaron..haha..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com