Assalamualaikum...(^ ^)
Semalam Mas ada cerita dalam entri ni yang kami sekeluarga akan bercuti ke suatu tempat luar dari kota metropolitan. Bila Mas letak gambar tu ramai jugak yang tertanya di mana tempat tu.
Sebenarnya destinasi percutian kami hanyalah di Janda Baik sahaja, gambar yang Mas letak tu adalah di Saujana Janda Baik. Memang tempatnya sangat cantik, tapi kami tak memilih untuk menginap disini sebab harga chaletnya agak mahal. Mas kan nak tempat yang sesuai dengan bajet kami, lain kalilah kami bercuti di sini. Tapi kalau ada kawan² yang berminat nak bercuti bersama keluarga di sini bolehlah tengok website mereka di saujanajandabaik.com.
Jadi resort menjadi pilihan Mas adalah Cherengin Hills Convention & Spa Resort Janda Baik. Pertama kali Mas memilih resort ni dan pakej yang ditawarkan memang berpatutan, sangat sesuai dengan bajet kami. Yang paling seronok banyak aktiviti boleh dilakukan di sini. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal resort ni boleh masuk website mereka di www.cherenginhills.com.
Ikut pengalaman, Mas pernah bercuti di Janda Baik, masa tu menginap di Cantella Astatica Janda Baik Resort. Mas suka bercuti di sini sebab kawasan resort dan chalet yang terletak di kawasan yang berhampiran dengan sungai dan air terjun. Lagi pun permandangan di sini sangat cantik dan udaranya pun segar, sangat sesuai untuk tenangkan fikiran dan rehatkan badan dari kesibukan kota!
Jadi kalau kawan² belum pernah bercuti di Janda Baik, inilah masanya. Memang kawasan resort di sana sangat cantik, pasti puas hati punya.
Alhamdulillah, Mas berjaya tempah bilik di resort Cherengin tu, nasib baik ada kosong lagi.

Kak Mas tq for the holiday idea!!!!
BalasPadambestnya mandi air terjun
BalasPadammmg best dapat mandi air terjun
BalasPadamwalaupun pilihan destinasi bajet, kalau bersama family....memang tetap best!
BalasPadamassalamualaikum mas...bestnya moga dpt bercuti ngan nyaman yer...:)
BalasPadamwah...besh nya dapat bercoti...
BalasPadamtempat ni memang terbaek !!!
BalasPadamwah seronoknya...selamat bercuti la nanti yea mas..
BalasPadamWahhhh!!! bestnya dapat mandi air terjun..
BalasPadamlama gila tak mandi air terjun.
BalasPadamBest betul!!!! Sejuuuukkk!
BalasPadamtak kira la mahal ke murah ke janji best. lagi kalau dapat murah kehkehkeh...
BalasPadamowh janda baek rupanya...kene terjah sana juga ni suatu hari nanti. Kak mas jgn lupa amik gambor
wah, nak pergi juga lah. dah berkurun pun tak mandi air sungai or terjun..sobs sobs..
BalasPadamwah..mas tq bagi link tu tau.zla baru lunch td dok ckp ngan my 'org rumah' nak p janda baik weekend ni..tp kena booking dulu ek...nak p surveyla dulu...:)
BalasPadambestnya,tp kalau musim hujan takut kan nk g air terjun.taun depan ok lah =)
BalasPadamjanda baik ni patotnya di temukan dengan duda baik...
BalasPadamwaa weee.. seronoknya.. selamat bercuti2 yaa... hepi owez
BalasPadamwah, bestnyaaaaa...hehehe.
BalasPadamBestnyer ingat nak pujuk hubby gie cuti cuti malaysia , asyik sibuk kerja jer ,tempat Mas tunjuk ni memang menarik
BalasPadamBestnya..tenang dan mendamaikan
BalasPadam