Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 6 Disember 2011

Destinasi percutian kami

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam Mas ada cerita dalam entri ni yang kami sekeluarga akan bercuti ke suatu tempat luar dari kota metropolitan. Bila Mas letak gambar tu ramai jugak yang tertanya di mana tempat tu. 

Sebenarnya destinasi percutian kami hanyalah di Janda Baik sahaja, gambar yang Mas letak tu adalah di Saujana Janda Baik. Memang tempatnya sangat cantik, tapi kami tak memilih untuk menginap disini sebab harga chaletnya agak mahal. Mas kan nak tempat yang sesuai dengan bajet kami, lain kalilah kami bercuti di sini. Tapi kalau ada kawan² yang berminat nak bercuti bersama keluarga di sini bolehlah tengok website mereka di saujanajandabaik.com.

Jadi resort menjadi pilihan Mas adalah Cherengin Hills Convention & Spa Resort Janda Baik. Pertama kali Mas memilih resort ni dan pakej yang ditawarkan memang berpatutan, sangat sesuai dengan bajet kami. Yang paling seronok banyak aktiviti boleh dilakukan di sini. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal resort ni boleh masuk website mereka di www.cherenginhills.com.

Ikut pengalaman, Mas pernah bercuti di Janda Baik, masa tu menginap di Cantella Astatica Janda Baik Resort. Mas suka bercuti di sini sebab kawasan resort dan chalet yang terletak di kawasan yang berhampiran dengan sungai dan air terjun. Lagi pun permandangan di sini sangat cantik dan udaranya pun segar, sangat sesuai untuk tenangkan fikiran dan rehatkan badan dari kesibukan kota! 

Jadi kalau kawan² belum pernah bercuti di Janda Baik, inilah masanya. Memang kawasan resort di sana sangat cantik, pasti puas hati punya.

Alhamdulillah, Mas berjaya tempah bilik di resort Cherengin tu, nasib baik ada kosong lagi.


20 ulasan:

  1. Kak Mas tq for the holiday idea!!!!

    BalasPadam
  2. mmg best dapat mandi air terjun

    BalasPadam
  3. walaupun pilihan destinasi bajet, kalau bersama family....memang tetap best!

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...bestnya moga dpt bercuti ngan nyaman yer...:)

    BalasPadam
  5. wah...besh nya dapat bercoti...

    BalasPadam
  6. wah seronoknya...selamat bercuti la nanti yea mas..

    BalasPadam
  7. Wahhhh!!! bestnya dapat mandi air terjun..

    BalasPadam
  8. lama gila tak mandi air terjun.

    BalasPadam
  9. tak kira la mahal ke murah ke janji best. lagi kalau dapat murah kehkehkeh...

    owh janda baek rupanya...kene terjah sana juga ni suatu hari nanti. Kak mas jgn lupa amik gambor

    BalasPadam
  10. wah, nak pergi juga lah. dah berkurun pun tak mandi air sungai or terjun..sobs sobs..

    BalasPadam
  11. wah..mas tq bagi link tu tau.zla baru lunch td dok ckp ngan my 'org rumah' nak p janda baik weekend ni..tp kena booking dulu ek...nak p surveyla dulu...:)

    BalasPadam
  12. bestnya,tp kalau musim hujan takut kan nk g air terjun.taun depan ok lah =)

    BalasPadam
  13. janda baik ni patotnya di temukan dengan duda baik...

    BalasPadam
  14. waa weee.. seronoknya.. selamat bercuti2 yaa... hepi owez

    BalasPadam
  15. wah, bestnyaaaaa...hehehe.

    BalasPadam
  16. Bestnyer ingat nak pujuk hubby gie cuti cuti malaysia , asyik sibuk kerja jer ,tempat Mas tunjuk ni memang menarik

    BalasPadam
  17. Bestnya..tenang dan mendamaikan

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com