Assalamualaikum...(^ ^)
Lagi 30 hari kita akan melangkah ke tahun baru, pantasnya masa berlalu kan? Rasa seperti baru semalam je tahun 2011, pejam celik pejam celik 2012 bakal tiba.
Bagi Mas bulan Disember adalah bulan yang paling sibuk, dalam bulan nilah sibuk dan buat persiapan persekolahan anak². Dah buat senarai berapa pasang baju baru nak beli, kasut sekolah perlu tukar atau tak dan bila nak beli buku latihan anak². Semuanya tentang persekolahan!
Kat pejabat pun sibuk jugak, banyak perkara perlu disetelkan sebelum 31 Disember. Nak kena siapkan laporan penilaian prestasi untuk tahun 2011, rekod cuti rehat dan rekod latihan. Bukan untuk diri sendiri je tapi untuk bos sekali. Jadi tak boleh main² ni, nanti tak selesai semuanya.
Bagaimana pulak dengan azam tahun baru, biasalah dah masuk bulan terakhir ni semua sibuk fikirkan azam untuk tahun baru kan? Tapi sebelum fikir azam baru tu, azam tahun 2011 dah terlaksana ke belum? Kalau belum kenalah bawa ke tahun hadapan.
Bagi Mas azam tahun 2011 sudah terlaksana, nak memiliki rumah sendiri. Azam untuk tahun 2012 masih belum difikirkan lagi, yang pastinya nak jadi lebih baik dari yang sebelumnya.
Moga tercapai dan jadi yg terbaik!
BalasPadamsamalah mas..bz..bz..
BalasPadamberdebar.. disember n bakal bertukar status :D
BalasPadamsekejap je, dah disember dah kak.
BalasPadamSelamat datang 2012 !! Semoga jadi lebih baik dari tahun tahun yang sebelum nihhh :)
BalasPadamsama2 kita berhijrah ke arah yg lebih baik ok :)
BalasPadam