terkini dan sensasi

Sabtu, 10 Disember 2011

First time masak Asam Pedas

Assalamualaikum...(^ ^)

Suka makan asam pedas tak? Mas suka jugaklah, tapi bukanlah menu kegemaran. Dan yang pastinya Mas memang tak pernah masak asam pedas, sekali pun tak pernah.

Tiba² semalam teringin pulak nak makan asam pedas, terus suruh husband pergi beli bahan². Sebab pertama kali nak masak kan, terus rujuk resepi asam pedas kat blog Chef Mat Gebu. Biasalah, kalau pertama kali nak cuba masak sesuatu mesti rujuk blog CMG, hehehee.

Jadi tengahari tadi bermulalah misi memasak asam pedas. Mula² nak guna ikan kembong tapi masa nak beli semalam ikan kembong takde, jadi Mas guna ikan selar je. Pastu campur sikit bendi. 

Setelah berhempas pulas di dapur akhirnya asam pedas yang diidam²kan berjaya jugak dimasak. Sedap atau tidak kena tunggu pujian dari husband dan anak². Risau jugaklah, maklumlah pertama kali masak kan, takut mereka cakap tak sedap pulak.

Tapi alhamdulillah, bila mereka dah makan terus puji. Sedaplah asam pedas mama! Hehehee, kembang kempis sekejap hidung ni. Lain kali boleh masak lagi untuk mereka.



7 ulasan:

  1. nampak sedap.. saya kalau buat mesti guna perencah segera, sb kalau bt sendiri tak berapa menjadi kepedasan atau asam nya.

    BalasPadam
  2. wahh~ first time ye buat asam pedas ? tahniah sbb berjaya buat :)
    saye org melake , memang seminggu tu kadang2 2-3 kali masak asam pedas .. hehe

    BalasPadam
  3. xreti msk smpai skng

    tatau la npe

    BalasPadam
  4. oklah tu dah boleh buat, saya pulak orang johor, asam pedas tu kira cam kewajipan la, hehe..

    BalasPadam
  5. sedapnya aaa. dah lama x makan asam pedas pun. ni tgk gmbr terus pksa mama maasak esok. haha

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com