Assalamualaikum...(^ ^)
Sejak kebelakangan ini banyak blog yang Mas baca menulis isu yang menyentuh sensitiviti, ada sesetengah isu tu Mas terasa hatilah jugak. Sebab tepat² kena pada batang hidung sendiri padahal hal itu dilakukan oleh segelintir orang sahaja.
Kita kena ingat, pembaca blog ni terdiri dari pelbagai golongan. Tak kiralah golongan apa pun, tapi setiap dari mereka ada sensitiviti yang tersendiri. Mudah tersinggung dan rasa sakit hati bila terbaca sesuatu entri yang terkena pada dirinya. Boleh kita nak tulis entri yang ditujukan secara terbuka tapi biarlah berkias, elakkan sebut secara terang-terangan. Banyak pihak yang boleh melenting dan terasa bila baca entri sebegini.
Nak luahkan ketidakpuasanhati memang tak salah dan nak luahkan pendapat serta pandangan pun sama, tak salah jugak. Tapi janganlah sampai tepat ke batang hidung orang lain. Mereka ada maruah dan ada rasa sensitif, walaupun hanya sekelumit!
Sebagai contoh, isu bertudung. Mas pun tahu dan sememangnya tahu yang bertudung itu perlulah sempurna dan betul² menutup aurat, tak kiralah apa fesyen sekali pun. Tapi janganlah dek kerana nak meluahkan pendapat terus tulis camni, "Perempuan ni nama je bertudung tapi sama seperti orang kafir, aurat tetap dedah. Tunjuk jambullah, tunjuk dadalah, pakai baju ketatlah!"
Bagi Mas sangat tak sesuai nak tulis camtu, rasanya lebih manis dan elok tulis sebegini. "Perempuan ni perlulah menjaga auratnya dalam bertudung. Tak kisahlah nak ikut fesyen terkini sekali pun janji aurat ditutup dengan sempurna dan pakaiannya jugak dijaga dengan sempurna."
Kan sedap dibaca, takdelah menyentuh sensitiviti sangat. Mungkin orang yang baca tu boleh terima apa yang cuba kita sampaikan dan suarakan.
tegur ngan berhemah.. tak gitu kak mas??
BalasPadamBahasa melambangkan jiwa bangsa..Kalau nak menegur pon biarlah dengan cara yang elok kann :')
BalasPadamtulis tu berpada2 la patutnya kan..huhu
BalasPadambiasalah kdg diaorg ni nak luahkan perasaan kat blog smpai lupe diri dan sensitiviti org lain...
BalasPadambtol tu sis.dorg ckp cm mak dorg tak pakai tudung je.nobody perfect kan.
BalasPadamtu la kan.. suka main tulis jer.. xnk pandang depan belakang dulu.. watnya kene istri ke.. adik ke.. kakak ke.. mak ke.. amacam klu diorg baca terluka tak..?
BalasPadamBetul tu Mas.kena nasihat secara berhemah bukannya dengan menyakiti hati org lain pula..
BalasPadamberfikir panjang sebelum cakap.. hehe
BalasPadamsokong ngan pendapat kak mas tu. recently ada gak terbaca kat Metro/kosmo cam tu lah. tulisan si "bro" dia ada ckp ttg isu tudung ni. Dia tu penulis tapi tulis ikut emosi.
BalasPadambila org tegur, siap wat ruangan khas untuk explain. nak menang jugak.kata la pompuan ni kalau ckp sikit mulalah nak berhujah panjang lebar.
sebab tuh saya suka tulis blog tentang diri sendiri je. senang. hehehe
BalasPadamassalamualaikum mas...yer tegurlah dgn cara yg berhemah kan baik dan sopan...:)
BalasPadamkadang2 menjaga sensitiviti itu perlu demi menjaga hati orang lain..^^,
BalasPadamade y kene jage
BalasPadamsbb tu hati2 je bile nk ckp
betul tu kak mas...tukar lenggok bahasa sikit je dh byk berubah cara penyampaian kita kan :)
BalasPadamtegur kasar2, islam mana ada ajar macam tu.
BalasPadam