Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 30 Disember 2011

Jiwa tradisional

Assalamualaikum...(^ ^)


Sekarang ni susah kita nak tengok budak² sebaya Arfan dan Atikah main permainan tradisional. Kebanyakan anak² sekarang lebih suka duduk rumah mengadap ipad main game Angry Bird, tak pun mengadap PS3 main game tembak².

Mak ayah pulak layankan je. Yang umur 5 tahun pun dah lebih cekap main ipad daripada orang yang umur 30 tahun, pandai segala-galanya!

Tapi anak² Mas ni lain sikit, mereka lebih suka main permainan tradisional. Game kat komputer ni memang kurang sikit, main sekali sekala tu adalah. Kat rumah Mas ni ada papan congkak dan batu seremban, itulah permainan yang mereka lebih suka. Jiwa tradisional betul anak² Mas ni.

Kalau main kat luar rumah mereka suka main tuju selipar, syok pulak Mas tengok. Teringat zaman kanak², permainan inilah paling Mas suka. Tergelak-gelak tengok gelagat mereka. 

Lagi bagus camni kan? Takdelah mengadap game kat komputer je 24 jam.

9 ulasan:

  1. bgsla kak

    dorg knl lg pmainan y kita sibuk main dedulu

    BalasPadam
  2. weee
    mcm nila bagus kak
    teknologi tu ade bagusnye
    tapi ade bagusnye juga masih ada nilai2 seni permainan yg sentiasa kekal dio setiap zaman kak

    boleh la mimi join main sekali
    kiki :))

    BalasPadam
  3. anak buah CK asyik ngadap games dan lappy! habis layan games semua tgk tv.

    adus geram CK tengok ... ajak berbasikal pun tak mau.

    BalasPadam
  4. uncle masa budak2 main dalam parit....

    BalasPadam
  5. betul betul :) kalau yana ada anak nanti, yana nak dia main kat luar jeee.. taknak mewahkan diorang dengan gadget2.. huhu (acehhh, dah berangan) hehehe

    BalasPadam
  6. wah bagus lah...ada gak kesinambungan generasi masa akan dtg. tapi sekarang mmg susah nak nampak budak2 main permainan tradisi nie kak mas

    BalasPadam
  7. zaman berubah seiring dgn permainan pun berubah....hehehe

    BalasPadam
  8. kecik2 dlu je penah main skrg da xde main da....

    BalasPadam
  9. em permainan dulu lebih best dan menyihatkan !! congkak. hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com