Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 11 Disember 2011

Jom pergi pantai!

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah habis marathon Transformer terus kerah tenaga masak di dapur, siapkan menu untuk bawa pergi bercanda di tepian pantai. Bawak anak mandi manda sebab hari tu tak puas mandi kat Bagan Lalang. Husband pulak nak lepaskan gian memancing, layan kan je!

Mas pun nak lepaskan gian mandi manda di laut, dah lama sangat tak rasa kemasinan air laut tu. Masa pergi Bagan Lalang hari tu tak mandi sebab tak bawak baju, hari ni nak mandi puas².

Menu pun dah siap dimasak, tak sabar nak makan² sambil dihembus angin pantai. Mesti berselera masing² makan nanti. Inilah menu kami untuk hari ini, Gulai Ayam Berserai versi Chef Mat Gebu. Memang dari semalam lagi dah terliur tengok gulai ayam Chef Mat ni, hari ni terus gigih masak. Pastu ditambah dengan Kacang Buncis Goreng Taucu dan Sambal Sotong Cili Merah. 

Fuhhhhh, terangkat kan menunya!




9 ulasan:

  1. wah...sedap bersantai ditepi pantai bersama suami dan anak2...salam kenal n follow awak juga ..jom isnggah blog pu3

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...selamat bermandi manda n berehat yer...:)

    BalasPadam
  3. salam..

    menu2 yg sungguh menyelerakan..

    BalasPadam
  4. wah...sedak nye kak mas, kecor air lior keh tgk masakan awok

    BalasPadam
  5. amboi akak..
    kemain seronok lagi yer..
    hehehe

    BalasPadam
  6. sedapnye foods tu!!!! terliuq

    BalasPadam
  7. amboi akak rajinnye bjln

    siap de bekal

    BalasPadam
  8. sis sedapnya kacang tu.yum yummmm.

    BalasPadam
  9. tiap kali masuk blog kak mas,,and hari sabtu dan ahad..mesti ada entry pasal makanan masakan kak mas kan. aishhh, terliur saya. hehe.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com