Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 2 Disember 2011

Kenangan first date

Assalamualaikum...(^ ^)

Dalam kedinginan melawan aircond yang sejuk gila ni pastu hujan pulak kat luar dan ditemani pisang goreng panas, tiba² teringat pulak memori silam semasa first date dengan husband dulu. Nak kongsilah kat sini, saja buat kenangan. Nanti dah tua bolehlah baca semula.

Setelah kenal dengan husband hampir 3 bulan barulah dia berani ajak Mas keluar dating. Itu pun sebab member dia ajak menonton konsert KRU, masa tu KRU buat jelajah seluruh semenanjung termasuklah ke Temerloh. Kebetulan Mas memang minat KRU jadi setuju jelah nak ikut dia pergi, tapi segan jugak maklumlah first date kan?

Masa nak minta kebenaran mak tu teragak² jugaklah sebab konsert tu sebelah malam. Mas ni memang tak pernah keluar malam. Bila cakap dengan mak dan abah member yang ajak pastu keluar pun ramai², nasib baik mereka benarkan!

Dia datang naik kereta. Mas ni pulak orang kampung dan abah takde kereta, jadi masa naik kereta agak jakunlah sikit. Memang tak pernah naik kereta, naik bas pernahlah. Naik je kereta dia suruh pakai seat belt. Alamak camne nak pakai, Mas memang tak reti. Nak cakap dengan dia seganlah pulak! 

Dia pun tanya, "Kenapa tak pakai selt belt tu?"

Jawab dengan malu², "Tak retilah!" Terus dia tolong pakaikan, buat malu je kan?

Kelakar kenangan first date Mas. Masa baru2 kahwin dulu dia selalu jugak ejek Mas setiap kali nak pakai seat belt bila naik kereta, "Reti ke pakai seat belt tu?"

13 ulasan:

  1. kehkehkeh....kelakor baca part "tak retilah!" dan malu2

    awok orang pahang gak ke kak mas?

    BalasPadam
  2. @telor power
    anak jati Pahang lah..
    koi orang Temerloh!! heheheee

    BalasPadam
  3. he3..klakar gak. 1st date sy ngan xbf dulu dia plak yg termalu sbb makan bihun guna garfu plastik, pastu patah.hahaha.sy wat xtau je..nak gelakkan cian lak.kikiki

    BalasPadam
  4. sweetnya ada kenangan dulu2.
    hehehe.

    kite first time date kat bus stop.
    ahaha !

    BalasPadam
  5. kihkihkih..klaka la..seb bek skrg dah reti.. :)

    BalasPadam
  6. kih3x.. kelakar.. mmg kenangan terindah kan.. ;)

    BalasPadam
  7. assalamualaikum mas...kenangan tu lah yg yg akan kita ingat sampai bila2kn...sweet sgt2...:)

    BalasPadam
  8. Kat Temerloh koi rupanya tempat pertemuan pertama ekk..:)

    Kita kat Kuantan..:)
    Dah pakai seat belt, gerenti x dpt lari lg..hehe

    BalasPadam
  9. alaaa, sweet nya !!! :D hehe. :') sekarang bahagia dahhh :D

    BalasPadam
  10. sweetnya..tersengih sorang2 zla baca. tros teringat kenangan first date gak..heheh

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com