Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 5 Disember 2011

Kenapa suka handbag besar

Assalamualaikum...(^ ^)


Husband Mas selalu cakap camni, 
"Kenapa suka sangat beli handbag besar, beli yang kecik dahlah."

Dia tak tahu sebenarnya handbag besarlah banyak kegunaannya, macam² boleh letak dalam beg tu. Yang pastinya akan memberi manfaat kepada dia jugak. Mana taknya bila dia nak guna apa² pasti dapat, minta apa sahaja.

Nak guna tisu, ada!

Nak guna losyen, ada!

Nak guna pengetip kuku, ada! 

Nak guna kertas dan pen, pun ada!

Nak panadol, lagilah ada!

"Wah! bagus ayang ni, nak guna apa je mesti dapat." 

Tengok tu, siap puji lagi. Memang semuanya ada dalam handbag besar ni. Jadi barulah dia sedar betapa pentingnya membeli dan menggunakan handbag besar, bukan sekadar bergaya semata².

Satu lagi manfaat pada dia, senang nak tumpang barang. Husband Mas memang tak suka pegang kunci kereta atau handphone, mesti nak menumpang dalam handbag Mas. Jadi bila handbag besar ni muatlah nak letak barang dia tu, banyak kan kebaikan beli handbag besar gedabak ni.

"Bang, lepas ni kita beli handbag besar lagi ye. Sangat berguna terutamanya untuk abang!"

14 ulasan:

  1. ya betul tu...

    mcm2 boleh di isi...=)

    BalasPadam
  2. aahlah kita pun suka pakai beg tangan besar, puas rasanya. Lg la pulak ada anak kecik, semua nak sumbat dalam beg..:)

    BalasPadam
  3. saya pun suka beg besar..hihi..kadang-kadang beli barang, sumbat je dalam beg..

    BalasPadam
  4. Senang nak di campak-campakkan botol susu, puting anak dan pampers kat dalam tu...tak payah bawak beg galas anak pulak. :)

    BalasPadam
  5. senang bleh bawak semua brg

    BalasPadam
  6. sama laa.. beg besar2 senang.. semua benda boleh letak.. heheh..

    BalasPadam
  7. dulu selalu handbag besar.. tapi hubby tegor, "kite cam nak pindah je kan yang??" teros masuk kan beg tu dalam almari..

    pernah buat entry hampir sama : http://idafirdausi79.blogspot.com/2010/12/hal-orang-pompuan-yang-orang-laki-tak.html

    BalasPadam
  8. Haha..lawak betul la..handbag tue dah macam poket doraemon la pulak. Nak ape semua ade..hehe

    Oil and Gas Blog

    BalasPadam
  9. Hikhik memang betol kak Mas,handbag besar ni memang sangat sangat berguna.. Pernah banyak kali kena sound,dalam handbag ko nih ade batu ker hape tapi bila saat saat memerlukan baru taw batu yang ada batu ajaib ! Haha :P

    BalasPadam
  10. dah macam doremon pulak...macam2 ada..hehe

    BalasPadam
  11. betul !
    saya pon suka handbag besar2 ni.
    senang. hehe

    BalasPadam
  12. assalamualaikum mas...org lelaki mmg mcm tu bila kita nak beli handbag besar tapi bila nak suruh letak barang2 pandai cari handbag kita yg besar tu kan...:)

    BalasPadam
  13. hehehe...sama la kita. sanggup beli netbook semata2 nk sumbatkan jugak dlm handbag.. x lupa berus gigi, ubat gigi, pencuci muka pon ade jgk tau..hehehe

    BalasPadam
  14. tapi confirm sepah nnti. tiap minggu nk kena kemas hb sebab sepah. saya suka hb besar2..mudah2. :D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com