mrs secretary

Khamis, 22 Disember 2011

Kerana sebiji bola

Assalamualaikum...(^ ^)


Masa balik kerja tadi Arfan perasan yang ada budak ni ambik bola dia. Pastu dia cakap pada Mas, "Mama, budak tu ambik bola Arfan!"

Mas cakap kat dia, "Pergilah tengok dulu betul ke bola Arfan, kan ada tulis nama! "

Bila dia pergi tengok dengan kakaknya ternyata memang betul itu bola dia, sebab ada tulis nama dia pada bola tu. Anak² Mas memang suka tulis nama pada barang mainan, sebab senang nak beza yang mana satu Arfan punya dan mana satu Atikah punya.

Pastu bila Arfan dah ambik bola dia, budak tu menangis. Terus pergi mengadu pada maknya, mak budak tu datang dekat Arfan terus minta dipulangkan semula bola tu. Katanya bola itu anak dia yang punya, Arfan pun tak naklah pulangkan sebab dia tahu itu bola dia.

Mak budak tu tak percaya tapi Arfan tunjukkan ada nama dia kat bola tu barulah mak budak tu diam. Tapi mulut dia bising² jugaklah, Mas tengok dari jauh je. Malas nak masuk campur hal anak², biar mereka selesaikan sendiri. Tak akanlah pasal sebiji bola mak pulak nak bergaduh!

Susah kan kalau orang dewasa turut campur hal anak² yang remeh temeh.

12 ulasan:

  1. nasib ada tulis nama kan mas..

    BalasPadam
  2. haiyooo
    makcik tu pon..dh tentu2 arfan punyee..udah2 la..ish2...

    nasib ade nama kan kak mas :)

    BalasPadam
  3. bagus juga tulis nama pada barang2 camnie....mudah dikemudian hari

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...yer la betul tu kita sebagai mak bapa x payah la nak masuk campur hal anak2 nanti lain jadinya.....

    p/s hak org nak buat mcm hak die plak kn...:)

    BalasPadam
  5. aka profsionl


    bg ank setel mslh sndri

    jgn bg die bgntung sgt kn

    BalasPadam
  6. closed case.. ada bukti kukuh. style gak tulis nama kat barangg nie....

    BalasPadam
  7. tu dia. pasni atok nak tulis nama kat pen atok. pen banyak ilang kat opis ni. huhu

    BalasPadam
  8. lepas nie nak suruh umai boh nama dia atas semua permainannya.

    mujurlah sattle gak kan mas

    tapi sangat tak suka bila ibubapa masuk campur hal sesama anak2..
    yang lecehnya sampai dewasa anak2 tak pandai jaga diri

    BalasPadam
  9. ada baiknya gak tulis nma kat brg2 diorg tu..hehe..kalo dak dah jd gaduh..jiran pun ley wat camtu..xmesra alam ..huhuhu

    BalasPadam
  10. warna bola ni unik... betul ke dia pun ada bola camni juga. susah juga bila yg dewasa mcm budak2 pulak perangainya.

    BalasPadam
  11. Ha'ah kalau hal anak anak mak bapa turut campor nanti jadi lagi perang besar.

    BalasPadam
  12. nsb baik anak kak mas tulis nama dia :D kalau tak, bergaduh teruk lah mak budak td tu kata tu bola dia.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com