Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 1 Disember 2011

Ketagih minuman manis

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ini Mas nak kongsi sikit tentang info kesihatan. Bukan ambil dari mana² artikel kesihatan tapi mengikut rasa dan percaya Mas sendiri. Kalau nak jadikan panduan pun boleh, kalau tak nak pun boleh.


Dulu Mas ketagih gila dengan minuman manis, pagi² mesti nak pekena milo panas. Kalau sehari tak minum rasa macam lain macam je, pastu bila petang dan malam mesti pekena teh panas atau kopi panas. Jadi memang dah ketagih, tiap² hari mau!

Jadi bila kerap sangat minum minuman manis ni badan pun rasa lain macam je, dahlah masa tu kurang minum air kosong. Badan pun rasa lesu dan letih je, pastu kerap rasa lapar dan dahaga. Perut pulak rasa sebu dan tak selesa sangat. Sistem penghadaman kurang lawas, asyik sembelit je.

Bila dah tak larat nak hadapi badan yang camtu, Mas tanam azam dalam diri, katakan tidak kepada minuman manis. Sekarang dah hampir 2 bulan Mas tak sentuh minuman manis samada milo, kopi atau teh. Hanya minum air kosong je baik di rumah atau pun kalau makan di luar.

Serius Mas cakap badan rasa sangat segar dan sihat, dah takde rasa lesu dan letih. Perut tak meragam, sistem penghadaman pun makin lawas dan tiada lagi sembelit. Ternyata minuman manis ni memang tak bagus kalau kita kerap sangat minum. Nak pulak kalau kita dah ketagih, sekali sekala minum takpe.

15 ulasan:

  1. akak memang minum milo, kopi o atau teh o 3x sehari, tapi akak minum air kosong paling kurang 2 liter sehari.

    BalasPadam
  2. heee mmg pn, minum mknn manis ni bknnye elok sgt. my pn skrg bykminum air suam. sesekali teringin je minum manis huhu

    BalasPadam
  3. boleh ke akak kalau tak sentuh minuman manis mcm Mas tu..huhu..x boleh rasanya..:((

    BalasPadam
  4. Ggrrr MTT pepagi selalu minum milo panas,konon tak nak breakfast lahh 'on diet konon' .. :D

    BalasPadam
  5. Salam..slalu singgah cini :)

    heee...camne blh didik diri tak minum manis tu..
    saya mmg pantang, asyik nak minum manis jee... + minum ais..tau bnda tu x elok..tapi sush betul nak displin..haihhh...

    BalasPadam
  6. betul..
    lagi2 anak kecil..
    tak elok asuh tekak dengan minuman manis..
    nanti air suam langsung tak nak minum..

    BalasPadam
  7. kak mas, saya risau tgk mak saya. ketagih sgt minum air manis. plak tu yg btul2 manis. mak sy ada kencing manis...tp dia xnak pantang pun makan. :(

    BalasPadam
  8. saye minom same byk je mnoman manis ngn air masak..
    haha

    BalasPadam
  9. wah!
    gud21
    moga sihat selalu!

    BalasPadam
  10. kalau ketagih minum air manis tu sindrom kencing manis. tapi mas dah tak ketagih, boleh kawal, maknanya ok la kot.

    BalasPadam
  11. baru je tulis pasal air manis kat entri tadi..huhuhu

    BalasPadam
  12. cuba mengawal minum minum air manis...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com