Assalamualaikum...(^ ^)
Mas saja nak kongsi perkara ni, kadang² kita sedar dan kadang² tidak. Jadi lebih baiklah kita berhati² sebelum terkena kan?
Perkara ini terjadi pada Mas sendiri. Nasib baiklah cepat perasan, kalau tidak tak pasal² kena denda andainya tiba² Pegawai Kesihatan ada buat pemeriksaan. Sebenarnya Mas dah banyak kali pesan kat husband jangan biarkan baldi begitu sahaja kalau letak di luar rumah, nanti kalau hujan turun ia boleh menakung air. Tapi kadang² dia lupa, lepas basuh kereta biar je baldi tu terdedah camtu.
Sekali suatu petang tu anak Mas yang perasan masa mereka main kat luar. Terus mereka cakap "Mama dalam baldi ni ada ulat!" Mas ingatkan ulat apa, bila pergi tengok punyalah banyak jentik² dalam tu. Cuak gila, nasib baiklah perasan cepat kalau tidak tak pasal² kan?
Jadi benda camni kita kena peka sebenarnya, memanglah nampak remeh. Tapi kalau tiba² ada pemeriksaan kita boleh didenda RM500 rasanya kerana terdapat sarang pembiakan jentik² di rumah. Dahlah nyamuk aedes senang membiak di tempat camtu. Cubalah periksa di kawasan rumah kawan², mana tau ada tempat pembiakan jentik²!
Salam Sejahtera ...
BalasPadamBlog yang menarik ~~~
kita kena alert la kan..
BalasPadamye2..kita kena peka dgn keadaan sekeliling umah lps ni :))
BalasPadammas, geli ahhh tengok jentik2 tuuuu
BalasPadambetul tu mas. teruatama dalam Aquarium. sebelum ni memang ada Aquarium kat rumah. pas tu bila dah dapat baby ni, dah tak de masa nak service Aquarium tu. Takut jentik jentik ni la.
BalasPadamLast, cuci semua & simpan Aquarium tu. hiksss
rumah saya baru lepas kena saman. hehe. kt pasu bunga banyak jejentik. yela, boleh bawak mati. sbb tu lah tindakan strict ! :)
BalasPadamyup..memang kena peka lebih2 lg time2 musim ujan nie.
BalasPadamkalau banyak macam tu tu daj panggil 'ternak'
BalasPadamsentiasa ronda2
BalasPadamapa lagi.. jom bersihkan halaman umah
BalasPadameuuuwww bahayenye!!! kena pastikan rumah sentiasa dlm keadaan bersih. air jgn biar bertakung atau tak bertutup!
BalasPadamassalamualaikum mas...nasib baiksedar awalkan kalau x.,...:)
BalasPadammas..
BalasPadamfuhhhhhhhhh
ayu terus nak check halaman rumah..
hehehhe
tapi ayu ada upah tukang kebun, sebulan sekali dia uruskan kawasan rumah..
thanks atas ingatan
Kena rajin bersihkan kawasan rumah kalau tak sekali dah membiak memang susah lah nanti -.-'
BalasPadam