Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 9 Disember 2011

Masa bersama keluarga

Assalamualaikum...(^ ^)


Hari ini Mas bercuti, saja nak luangkan masa bersama husband dan anak². Sebab itulah siang tadi tak bersiaran langsung pun kat blog ni. Rindu entri dari Mas tak, hehehee!

Mas takdelah pergi mana pun, setakat pergi jalan² di The Mines je. Pergi survey tempat jual peralatan sekolah macam baju dan kasut, nak tengok dulu tempat mana yang jual dengan harga yang berpatutan. Dah dapat bonus nanti barulah pergi beli.

Mas lebih suka macam tu, survey dulu baru beli.

Dah penat jalan² terus ajak husband pergi pantai kat Bagan Lalang, saja nak ambik gambar suasana senja kat pantai. Subhanallah, sangat cantik permandangan di sana. Rasa tenang je melihat keindahan ciptaan Allah SWT, rasa tak nak balik pulak.

Mula² sampai pantai cadang nak ambil gambar je. Tapi biasalah bila dah bawak anak² kan, terus nak mandi. Bagi jelah peluang mereka mandi sekejap sebab masa tu dah nak senja. Lain kali dah janji dengan mereka nak datang lagi, baru boleh mandi puas²!

Apa pun yang kita buat bersama keluarga tetap seronok kan?


14 ulasan:

  1. kan saya dah kabor....gambo senja di area pantai mesti lawa :D

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...wah seronoknya mereka walaupun dpt mandi sekejap je kan...:)

    BalasPadam
  3. Baguslah sesekali luangkan masa untuk family..
    Cantiknya suasana senja Mas..syahdu je..

    BalasPadam
  4. da lama tak p pantai....rindunyaaaaa....

    BalasPadam
  5. suka dgn pic ni..terbaek...hehe

    BalasPadam
  6. bagan lalang kat mne eh

    jauh jalan kak

    BalasPadam
  7. @telor power
    heheheee..tu yg usahakan jugak pergi ambil gambar kat sana!

    BalasPadam
  8. @maszull
    tulah kak! nak ajak naik pun susahlah jugak..

    BalasPadam
  9. @ariana
    tulah kak, diaorang pun pandai siap cakap mama ni asyik keje je!

    BalasPadam
  10. @jemarisuri
    terima kasih! tapi takdelah pro sangat..

    BalasPadam
  11. @Iffah Afeefah
    kat area sepang je... dekat je ngan rumah akak, tu yang pergi tu!

    BalasPadam
  12. @mas saari

    kehkehkeh....janji dah usaha. usaha tangga kejayaan kak. great job

    BalasPadam
  13. dah lama tak pi mana2 dengan keluarga. sobs sobs..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com