Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 23 Disember 2011

Pasar atau pasaraya

Assalamualaikum...(^ ^)

Mesti ramai beli bahan mentah bila tiba hujung minggu, simpan siap² untuk masak seminggu.

Macam Mas kalau hari bekerja memang tak beli bahan mentah ni. Bila masuk hari minggu barulah terhegeh² nak beli, sebab hujung minggu je Mas masak. Biasanya Mas lebih suka beli bahan mentah di pasaraya berbanding di pasar, kenapa?

Harga bahan mentah seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran adalah lebih murah di pasaraya. Mas pernah beli ikan kembong di pasar tani, harga yang dijual adalah RM15 sekilo. Kalau ambil 4 atau 5 ekor ikan paling tidak harga yang dikenakan dalam RM7 ke RM8.

Tapi bila Mas beli 5 ekor ikan yang sama di pasaraya, harga yang dikenakan cuma RM2 ke RM3 je, malah ikan yang dibeli lebih segar. Lebih kurang RM5 Mas boleh jimat di situ. Jadi sekarang memang pasaraya Giant atau Tesco jadi pilihan, bahan mentah di sana memang segar².

Harga pulak lebih murah dan berpatutan!


10 ulasan:

  1. betol2
    mase mimi masak2 kat ostel dulu,kami jrg beli bhn2 mentah kat paso, prefer beli kat econsave, mang murh dan segar! :)

    BalasPadam
  2. dela beli kt pasar malam aja...:)

    BalasPadam
  3. bg saye pasar lg ok kot..
    hehee

    BalasPadam
  4. sekarang tak pikir pun sume ni lagi...
    sebab mak yang belikan selaluu.. hehehe

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...mmg betul tu beli kat pasaraya lebih murah dr beli di pasar....akak pun selalu cari bahan mentah ni kat tesco kerana harganya lebih murah...:)

    BalasPadam
  6. tmbh satu lg kak, pasaraya lg bersih dr pasar =)

    BalasPadam
  7. Betol kak Mas,pasaraya lebih murah sekarang ni berbanding pasar.

    BalasPadam
  8. pasaraya mudah n tak basah. kalau pergi pasar, balik tu mesti baju kita bau. hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com