Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 19 Disember 2011

Pembuka selera : Lala Berlada

Assalamualaikum...(^ ^)

Tak sangka pulak ada yang minta resepi Lala Berlada untuk hidangan semalam. Mas memang tak pernah letak resepi untuk menu yang dimasak sebab bukanlah special sangat menu tu. Masak simple, main campak² je!

Tapi untuk tidak menghampakan rakan pembaca iaitu Pinky dan CikSufi, disini Mas sediakan resepi Lala Berlada tu. Bolehlah cuba masak ye!


Bahan-bahan
1/2 kilo lala
3 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (ditumbuk halus)
3 biji cili besar (ditumbuk halus)
10 biji cili kering (dikisar)
Sebatang serai
Sedikit garam dan gula
2 sudu camca serbuk perasa Pasti Sedap
2 sudu makan sos tiram
Air secukupnya

Cara² membuatnya
(i) Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili besar yang telah ditumbuk halus, tumis hingga cili masak.

(ii) Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar dan jugak sebatang serai yang telah diketuk, masak hingga terbit minyak.

(iii) Bila lada dah masak dan terbit minyak masukkan air secukupnya. Masukkan jugak garam, gula, serbuk perasa Pasti Sedap dan sos tiram.

(iv) Kemudian rasa, kalau rasanya dah sedap masukkan lala. Masak lala secukupnya.

(v) Bila dah masak, sedia dihidang bersama nasi panas.

Sebenarnya Mas pernah kongsi beberapa resepi kat blog ni, kalau kawan² nak tengok, bolehlah klik kat label ceruk dapur tu. Adalah sikit resepi turun temurun kat situ.

12 ulasan:

  1. sedapnyer..

    tadi kita pun makan lala .. mak masakkan. kuikui.. nnti leh cuba resepi sis plak :)

    BalasPadam
  2. macehhhh kak mas....harus dicuba niiiiiiiii

    BalasPadam
  3. jangan campak-campak...

    bagi uncle...!

    BalasPadam
  4. pergh....sedap2

    time blom gaji nie lah apa yg ditgk nampak sedap

    BalasPadam
  5. eh ni macam masterchef semalam punya hidangan !! :) hehe

    BalasPadam
  6. alamak..
    sy xmakan benda ni kak..huuu~

    BalasPadam
  7. Ya Allah... rajinnye menumbuk halus.. kompomlah sedap yg asli mcm ni ditumis,,

    BalasPadam
  8. wah, bulih cubi nih...memang nampak sodap

    BalasPadam
  9. sedapnya..zla lom penah cuba beli n masak sendiri lg lala ni.tp mkn penahla...nanti bleh try gakla..tq mas:)..opss, mas,zla nak mtk tpt beli brg murah yg mas ckp tu utk rumah baru bleh?tqqqqqqqqqqqqq again..heheh

    BalasPadam
  10. Waaaaaaaaaaaaaaaaa shedapnyaaa dah lapar balik dah ni :(

    BalasPadam
  11. tak pernah mkn lala.best ke? jakun tul maera nie.huu~

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com