Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 8 Disember 2011

Perancangan cuti tiap tahun

Assalamualaikum...(^ ^)

Tinggal 3 minggu lagi kita akan melangkah ke tahun 2012, cepatnya masa beredar.


Bila dah nak masuk penghujung tahun ni biasanya ramai dah sibuk buat perancangan untuk tahun hadapan, terutamanya perancangan cuti.

Bagi Mas yang bekerja ni sudah tentulah perlu merancang cuti setiap tahun, bukan boleh main cuti sesuka hati je. Cuti yang diperuntukkan untuk setahun cuma 25 hari, dan kalau tak rancang betul² nanti takut tak cukup cuti pulak.

Biasanya Mas akan bahagikan kepada cuti  dirancang dan tidak dirancang. Cuti dirancang ni seperti cuti yang Mas memang dah rancang awal², misalnya cuti uruskan persekolahan anak², cuti hari raya dan cuti pergi melancong. Awal² lagi Mas dah kira berapa hari cuti yang perlu diperuntukkan.

Cuti yang tidak dirancang pulak adalah cuti yang dimohon bila adalah hal peribadi yang perlu diselesaikan, misalnya pengasuh anak ada hal kecemasan ke, anak demam ke atau ada hal² penting berkaitan persekolahan anak. Semua ni di luar dugaan kan?

Senangkan bila buat camni, mudah untuk Mas bahagikan masa antara kerja dan keluarga!

Kawan² dah rancang cuti untuk tahun 2012?

17 ulasan:

  1. lum..ta rancang pun cuti.mayb sb takde anak kot.rase nak cuti, baru cuti.hehe~

    BalasPadam
  2. <---belum keje..enjoy time..huhuhu

    BalasPadam
  3. tak pernah rancang sebab tak kerja..
    hehehe..:p

    BalasPadam
  4. cuti akak setahun 25 hari je ke? erm... InsyaAllah esok niena start cuti ..nk g holiday cameron.rncang dari taun lps lgi :)

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...bagus kalau dah rancang awal2kn x lah susah nanti...:)

    BalasPadam
  6. wah bagus la kak mas. hehehe saya cuti bersepah lagi nie. xtaw mana nak pi.

    BalasPadam
  7. Lia belum rancang apa pun lagi..

    BalasPadam
  8. xde plan pon..
    rase nk cuti saye cuti..
    hihikk..

    BalasPadam
  9. saya jarang rancang cam gini, rasa nak cuti, cuti tapi rancang ginilah baru best kan..samalah kan, kita cuti 25 hari je, tapi kena rancang baik2..

    BalasPadam
  10. waa saya pun tengah merancang cuti ni ^^

    BalasPadam
  11. wah..
    seronoknya cuti2!

    BalasPadam
  12. waa..gud idea la Mas.zla lom pernah rancang cuti pon..sbb cuti mmg baki dr thn sebelumnya banyak..tp pas ader baby ni, mmg kena ikut cara mas la jgk...

    BalasPadam
  13. saya pun nak gak rancang cuti..uhuhuhu..eh! tak kerja lagi... hahaha~

    BalasPadam
  14. tgh fikir nak gi honeymoon ke mana hehe

    BalasPadam
  15. wahh, seronoknya. siap ada perancangan tiap tahun lagi..

    BalasPadam
  16. bagusnya....good idea...lepas ni kena belajaar plan....=D

    BalasPadam
  17. 25 bnyk jugak tu.cuti tahunan sy setahun 12 hari je..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com