Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 16 Disember 2011

Pilih SBPA

Assalamualaikum...(^ ^)

Selesai sudah dengar taklimat SBPA, baru sekarang berkesempatan untuk update.

sedikit intipati SBPA (klik gambar untuk info lanjut)

Setakat ni Mas berpuas hatilah dengan skim ni. Betullah kan, kita kena dengar dulu taklimat baru boleh buat keputusan samada nak pilih SBPA atau SSM. Memilih atau tidak memilih adalah keputusan kita sendiri, tidak dipengaruhi oleh orang lain termasuklah Cuepacs. Ini mengenai masa depan kita.

Setelah dengar taklimat tadi banyak jugaklah kebaikan yang kita dapat dari skim ini, apabila dah tahu cara pengiraan gaji tu barulah kita berpuas hati. Sebenarnya takde istilah gaji junior lebih tinggi dari senior atau beza satu tangga je dari senior, ada perbezaannya. 

Bila dah kira Mas dapatlah kenaikan RM300++ dari tangga gaji SSM ke SBPA, berbaloilah tu! Siapa nak bagi kenaikan banyak tu kan? Lagi pun JPA dah kira kenaikan gaji tu berpandukan kos hidup kita, jadi bila kita dapat gaji sebanyak itu kenalah kita hidup berpandukan gaji yang diterima. Janganlah nak hidup macam orang yang bergaji besar pulak kan? Bersederhana bak kata orang.

Pasal hilang pencen tu tak betul sebenarnya, kita boleh untuk pencen pada umur 60 tahun atau kekal pencen paksa pada umur 55/56/58. Kalau kita pencen pada umur ni tetap tak jejas apa² sebab pencen kita tetap akan dibayar, tak perlu tunggu umur 60 tahun.

Lagi pun tempoh ni hanya sehingga tahun 2020 sahaja, selepas tu akan ada skim baru pulak. 

Jadi Mas dah buat keputusan akan pilih SBPA!

12 ulasan:

  1. ktorang pon baru je dengar tadi citer SBPA ni..hehee

    cume tadi agak konpius bila dia kata pelarasan pada Januari 2012..so pergerakan gaji April n seterusnya tu akan dapat lagi..so kitorang yg kenaikan Januari ni cmne..? takkan dorang naek 2x..ktorang..? pastu da ty pada org tu..dia kata akan ada kenaikan juga tuk org Januari..huhuu..
    tapi kan..nak ty akak...kenapa borang ktorang tu kan..dlu pergerakan januari..skrang dia tick pada April..nape ek..?

    BalasPadam
  2. owh, mahu pilih SBPA jugaklah..borang opseyn minggu depan baru dapat. taklimat pasal ni hari rabu depan...

    BalasPadam
  3. kan mas..kena dengar dulu baru tau, hari tu ceupacs dah datang tpt kita, tapi next week akan ada taklimat lagi..

    BalasPadam
  4. @❤ ins-on9 ®
    yang kenaikan gaji untunglah sebab dia akan dapat dulu, yang kenaikan lain tu akan dapat ikut kenaikan gaji dia bila lah..

    memang ada yang akan berubah kenaikan gaji dia... ikut pada scale gaji SBPA tulah!

    tapi sama je tetap dapat kenaikan cuma lambat dan cepat je..

    BalasPadam
  5. penilaian prestasi SBPA masih was-was. SBPA nie jgn fikir soal gaji sahaja....tp harus fikir tentang semua yg ada dlm pekeliling tu.



    Risau dari segi penilaian prestasi yang pilih kasih .... takut ada yang akan dikambinghitamkan dan dibuang kerja.


    Tak ke kesian mcm tu???

    BalasPadam
  6. @Cik Kamoo
    kalau selama ni kita perform well tak jadi masalah rasanya... lagipun kita dah berkhidmat lama kan?

    bagi Mas jangan bikin masalah je... kaki bodek dan pilih kasih tu memang sentiasa ada!

    BalasPadam
  7. assalamualaikum mas...tahniah atas kenaikan gaji tu kan...bestkan jadi kakitangan kerajaan ni mcm ada kemudahan...:)

    BalasPadam
  8. sy baru je beralih arah dari swasta ke gomen, bermula tahun 2012..agak pening sket bila org ckp pasal ni..mekasih atas perkongsian~ ^^

    mekasih juge singgah blog kite.Salam kenal kembali~ =)

    BalasPadam
  9. Akak pun dah pergi taklimat ni. Alhamdulillah, banyak persoalan terungkai. Akak share slide ni kat blog akak ekk Mas... :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com