Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 19 Disember 2011

Rate plans Iphone 4S

Assalamualaikum...(^ ^)

Makin rumit nak buat keputusan setelah minta pendapat kawan² dalam entri ni. Nampaknya lepas ni kena ikut kata hatilah, biasanya keputusan ikut kata hati ni lebih tepat kan? Tiada dolak dalih dah.


Sabtu lepas dah survey kat Maxis, dah tengok rate plans yang ditawarkan oleh Maxis untuk Iphone 4s. Menarik jugak, tapi kenalah berhijrah ke postpaid semula. Yang tak syoknya kena ikat kontrak 1 atau 2 tahun, kalau tamatkan sebelum habis kontrak akan dikenakan denda.

Antara pakej yang ditawarkan untuk Iphone 4S adalah pakej iValue 1, dalam pakej ini boleh pilih sama ada nak kontrak selama 1 atau 2 tahun. Misalnya kontrak 1 tahun, hanya perlu bayar harga telefon sebanyak RM1,750 dan advanced payment sebanyak RM200. Advanced payment ni akan ditolak semula dalam bil bulanan dan monthly fee yang perlu dibayar sebanyak RM100. Boleh rujuk sini untuk pakej² lain yang ditawarkan.

Mas tertarik jugak dengan plan yang ditawarkan, tapi kena buat keputusan betul² ni. Memang hati kuat kata nak beli Iphone 4S tapi minat kat Samsung Galaxy SII tak pernah hilang, Maxis takde ke buat rate plans untuk Samsung?

Baru 60% hati buat keputusan, tinggal lagi 40% masih dalam kesamaran! 

11 ulasan:

  1. ikut je kata hati..kalau nak compare iphone ngn samsung galaxys2 yang kurang kat sgs2 adalah keyboard dia..(pendapat peribadi)..dia agak lambat sikit je bila typing..nokia c7 pun laju lagi. Tapi yang lain semua best kot.puas tgk sbb skrin besar..plus android market bnyk aps yang free.. Tapi iphone ada class tersendiri..

    BalasPadam
  2. salam kak....nampak mcm dah bulat jer tekad...huhuhuhu...beli jerlah...tapi kalau tnya saya...sy xnak iphones sbb ssh nk sms kalau tgh drive....bkn nak galakkan sms ambil drive keta....tu mmg cari nahas jer kan?? tapi kalau terpaksalah....tp situasi sama jgk bl sy pakai BB... mmg xblh sms sbb klau nk sms kena pakai 2 tangan jgk...hahahhaa...

    BalasPadam
  3. kak zu dah terorder samsung galaxy note huhuhu masih dlm tunggu giliran

    BalasPadam
  4. kak beli 4s kak. jgn beli ipong. seyes rugi..

    BalasPadam
  5. tak seswai guna touch screenn...sedeh disitu....

    BalasPadam
  6. Hmmmm....keh xdapat nak bantu awok kak mas... pasai xder kawan2 yg pakai iphone. tapi rasa2nya ok kot...

    BalasPadam
  7. awwwww
    besss je baceeeeee
    tap bileeee la sy nak pakai ni kak
    hehehehehe

    BalasPadam
  8. samsung pun best juga.. heheee sajer wat onar kasi susah lg nak pilih...ampunnn

    BalasPadam
  9. assalamualaikum mas...yang mana satu pilihan kalbu kena pilih yg betul yer mas...:)

    BalasPadam
  10. touch screen ni leceh. tu jela. em nk taip smbil driving mmh takleh lah. heheh . n ssh nk jaga kalau semua touch screen :/ tp ikut kak mas lah..yg mana kak mas suka. :)

    BalasPadam
  11. Beli cash device tu jer senang kak Mas,tak yah terikat dengan kontrak. Plus harga pon macam dah sama dapat device sahaja :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com