Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 22 Disember 2011

Result PMR

Assalamualaikum...(^ ^)


Dah keluar result PMR hari ini, good luck untuk adik² yang ambil result tu!

Teringat pulak 17 tahun yang lalu masa nak ambik result PMR. Berdebar² derrr, siap demam lagi! Pastu terus mogok tak mahu pergi ambik result sebab takut gagal. Tak yakin langsung masa tu, macam dah gelap je masa depan kalau gagal PMR.

Pastu abah Mas terus ugut, kalau tak nak pergi ambik biar abah yang ambilkan! Terus kelam kabut siap. Kes nayalah kalau suruh abah yang pergi, buatnya result teruk camne? Gagahkan jugak diri pergi walaupun dalam hati berdebar gila, tapi dah nekad jugaklah untuk terima apa jua keputusannya.

Alhamdulillah, lulus jugak! Walaupun huruf A tu hanya satu tapi takpelah kan, yang penting lulus. Cuma masa tu tak ramai murid² sekolah Mas yang dapat 10A, 9A atau 8A. Jika nak dibandingkan dengan sekarang, ramai betul yang dapat keputusan terbaik kan? Dah terlalu ramai yang cerdik pandai.

Seronok pulak bila diingat saat tu, lepas dapat keputusan terus pergi berfoya² dengan kawan² kat bandar. Nak raikanlah kononnya, sebab lulus PMR. Kenangan terindah semua tu, 7 tahun lagi berdebar² tunggu anak sendiri pulak ambik result PMR. 

11 ulasan:

  1. cuak giler nk amik result dulu.. hehe

    BalasPadam
  2. hehe..teringat gak 11 tahun lepas...

    BalasPadam
  3. tahniah kepada yng mendapat cemerlang

    BalasPadam
  4. weee
    samelahhh kak
    mimi kalo esok result exam mesti mlm tu x leh tito
    kekekee
    adik baru dpt result
    alhamdulillah :))

    BalasPadam
  5. Saya pon sama kak. Yang paling utama...tangan dah seram sejuk. Makan pun tak berselera.

    BalasPadam
  6. tak sabo gak nak tau result anak sedara aku tuh :)

    BalasPadam
  7. teringat masa rara dpt 8B masa pmr.mmg terkejut sgt.

    BalasPadam
  8. anak sedara saya dapat 5A.... toing-toing toing....mak sedara lompat happy

    BalasPadam
  9. assalamualaikum mas...mmg kalau diingat balik masa nak amik result periksa mmg takut giler takut x lulus yg benornya hehehehe...:)

    p/s masa mama dulu bukan PMR tapi SRP...

    BalasPadam
  10. Masa nak amek reslut exam lah detik paling mencemaskan ! :P

    BalasPadam
  11. saya amik result pastu tipu papa saya result saya. dia cuak n sedih. pastu sy tunjuk slip, baru dia ketawa gembira. hehe. teringat zaman2 sekolah. :')

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com