Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 18 Disember 2011

Review filem Mission Impossible : Gila best!

Assalamualaikum...(^ ^)

Sangat teruja semalam dapat menonton lakonan Tom Cruise yang hensem tu dalam MI, lakonan beliau dalam MI memang sentiasa mantap!


Sinopsis filem
Filem MI4 kali ini dimulakan dengan misi melepaskan Agen Ethan Hunt dari penjara untuk mengetuai misi menentang pengganas yang ingin mengaktifkan bom nuklear. Tetapi misi mereka terhalang apabila pasukan mereka dibubarkan kerana dituduh melakukan pengeboman di bangunan Kremlin. Jadi Agen Hunt terpaksa mencari jalan untuk membersihkan nama pasukannya. Dengan berbekal peralatan yang terhad mereka berusaha mencari dalang sebenar yang melakukan pengeboman itu dan berusaha menghalang misi pengaktifan bom nuklear itu. 

Review Mission Impossible 4
Bagi Mas filem MI kali ini adalah yang paling best, 2 jam setengah di dalam panggung memang tak rasa bosan langsung. Setiap babak yang dipertontonkan penuh dengan aksi yang mendebarkan terutama aksi Agen Hunt memanjat bangunan Burj Dubai dengan hanya menggunakan sarung tangan yang bergam. Memang satu lakonan yang hebat dari Tom Cruise!

Semangat kerjasama dan setiakawan antara Agen Hunt dan pasukannya harus dipuji. Di dalam filem ini mereka berganding bahu sebagai satu pasukan yang hebat sehingga berjaya menumpaskan misi pengganas tersebut. Di samping itu diselitkan jugak babak² yang kelakar dan sangat mencuit hati.

Memang filem yang patut ditonton di pawagam, 10 bintang untuk MI4!

10 ulasan:

  1. ini wayang terkini ke 10 tahun yg lalu...?

    BalasPadam
  2. aku tak boleh tahan part yg kat dubai tu kak!!
    x cukup napas!!

    BalasPadam
  3. @encikReza
    betul tu! aku siap jerit2 lagi...heheheeee

    BalasPadam
  4. memang best...paling best sekali part yang nak pecah masuk Kremlin tu..tak sangka plak mission impossible ni lagi kelakar dari maharaja lawak mega...=p

    BalasPadam
  5. @Kakiwayang
    heheheheee..betul tu! sangat kelakar dan mencuit hati.. rasa nak tonton lagi sekali!

    BalasPadam
  6. gagagaga
    siap sediaaa nk p tgk ni
    hehehehe

    BalasPadam
  7. 10 bintang ??ternyata best gila la nih. sy percaya kak mas. sbb apa yg kak mas dah rated kan..semua sy setuju bila sy sendiri g tengok !! :D

    BalasPadam
  8. Nak bagitahu yang MTT sangat jeles sebab munasabah sume latest muvee kak Mas dh tengok dulu. Hikssss! :P

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com