Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 17 Disember 2011

Review filem Alvin and The Chipmunks 3 : Menghiburkan!

Assalamualaikum...(^ ^)

Seronoknya movie marathon, sangat puas hati! Sekarang baru berkesempatan nak update, jadi hari ini Mas hanya sempat review filem Alvin dulu.


Sinopsis filem
Filem kali ini mengisahkan Alvin dan Chipmunks berlayar di atas kapal untuk ke untuk bercuti ke luar negara. Oleh kerana kenakalan Alvin dan kawan²nya mereka terperangkap di sebuah pulau, jadi tuan mereka Dave terpaksa pergi mencari dan menyelamatkan mereka di pulau itu. Semasa di pulau Alvin dan kawan²nya telah bertemu dengan seorang wanita yang ingin mencari harta karun di pulau itu. Berjayakah Dave mencari dan menyelamatkan mereka?

Review Alvin and The Chipmunks 3
Pendapat Mas filem kali ini tidaklah sehebat episod terdahulu, jalan ceritanya agak mendatar tetapi menghiburkan. Seronok dihiburkan dengan aksi kelakar Alvin dan kawan²nya. Aksi mereka menyanyi dan menari sangat mencuit hati, lagi pun mereka sangat comel.

Boleh dilihat jugak keakraban antara Alvin dan kawan²nya dengan tuan mereka Dave. Apabila mereka terperangkap di pulau Dave sangat risau walaupun Alvin dan kawan²nya suka buat nakal dan menyakitkan hati Dave. Elemen kasih sayang antara mereka terpancar!

Anak² Mas seronok menonton filem ini, siap gelak ketawa dengan kuat.

7 bintang untuk Alvin and The Chipmunks.

13 ulasan:

  1. dah tengok jugak. comel sangat2 =) penuh panggung masa tengok cerita ni

    BalasPadam
  2. wah!
    nanti nak tgklah!

    BalasPadam
  3. baca review ni anggap mcm dah tengok..hehe..

    BalasPadam
  4. teringin gak nak buat movie marathon tp x penah berpeluang~ ;p

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...bestnya dpt tengok wayang...:)

    BalasPadam
  6. @syarifahsidrus
    comel kan? masa mereka menari tu lagi comel..

    BalasPadam
  7. @Lelaki Ini
    tengoklah... best dan menghiburkan!

    BalasPadam
  8. @maszull
    best kak.. ajaklah husband akak pergi!

    BalasPadam
  9. ni lagi satu
    dah la somei
    tang menari2 tu mang somei
    keneeee gak p tgk ni
    hehhehehe

    BalasPadam
  10. wee, nk tgk jugak lah. saya suka cite cartoon.

    BalasPadam
  11. Nak ulang komen tadi kat sini boleh tak? Hikhik :P

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com