Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 27 Disember 2011

Review filem Sherlock Holmes : A Game of Shadows

Assalamualaikum...(^ ^)

Balik dari Janda Baik semalam sempat lagi kami pergi menonton wayang, kali ni filem penyiasatan Sherlock Holmes yang menjadi pilihan. Disebabkan Mas pernah menonton filem Sherlock Holmes yang pertama jadi nak tau jugak bagaimana filem yang kedua ni.


Sinopsis filem
FIlem ini berkisarkan pada tahun 1891, dimana Sherlock Holmes merupakan seorang penyiasat yang cerdik berdepan dengan musuh baru iaitu Prof Moriarty. Prof tersebut telah merancang satu konspirasi untuk mencetuskan perang antara dua buah negara. Jadi Sherlock Holmes yang mengetahui perkara tersebut telah berusaha untuk menghalangnya. Dibantu oleh rakannya Dr. Watson, pelbagai rancangan dan siasatan dilakukan oleh mereka. Berjayakah mereka menghalang Prof Moriarty?

Review Sherlock Holmes : A Game Of Shadows
Secara keseluruhannya filem ini tidak menarik sangat berbanding Sherlock Holmes 1, bagi Mas filem pertama lagi best. Pada awal cerita memang agak bosan sehingga buat Mas tertidur. Filem jadi menarik apabila masuk adegan penyiasatan, di situ boleh lihat kebijaksanaan Sherlock Holmes. Memang Mas kagum dengan cara dia menyiasat, teringat pulak Shinichi dalam Detektif Conan.

Babak² kelakar Sherlock Holmes dalam filem ini jugak sangat mencuit hati, itu mungkin yang boleh membuatkan penonton terhibur. Jadi 2 jam berada dalam panggung itu tidaklah membosankan. Mas bagi 6 bintang untuk filem ini.

Bagi yang sukakan filem penyiasatan kenalah tonton.

11 ulasan:

  1. aku tak penah tgk citer ni, asik baca buku dia aje, hehehe! :) nnt nak try seduttt filem ni :)

    BalasPadam
  2. best best best.......aku tengok dah....hihi...mungkin susah sket nak faham kot cerita dia pada awal...hmm~

    BalasPadam
  3. Mm best laaa.. Nak tengok!

    BalasPadam
  4. gagagag
    tgh berkirre2 ni sok
    nk tgk holmes ke MI
    hheehhee

    BalasPadam
  5. best kew??
    hmm..
    nantilah tgk ..
    hehehe

    BalasPadam
  6. Part ni yang paling jeles bila kak Mas selalu gi tengok latest muvee dulu :P

    BalasPadam
  7. lum tgk lagi. teringin nk tgk.. tp lepas bace review, hurm..pk semula.hihi =)

    BalasPadam
  8. Memang nak tengok citer ni sbb dulunya SH ni besttt.

    BalasPadam
  9. assalamualaikum mas...cite2 penyiasatan mcm ni mmg best tapi x berkesempatan nak tengok lg...:)

    BalasPadam
  10. best. 2kali nami tgk kt wayang. hehe :D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com