Assalamualaikum...(^ ^)

Keinginanan menonton filem ini akhirnya termakbul, semalam lepas habis kerja Mas terus bawak anak² ke Alamanda. Kebetulan mereka ikut Mas ke pejabat kerana pengasuh mereka balik kampung. Nasib baiklah dapat tiket, itu pun baris ketiga dari hadapan.
Sinopsis tak perlulah Mas cerita di sini, mesti semua dah tau jalan ceritanya. Bagi Mas menarik dan sedih jugaklah filem ni, ada jugaklah babak² yang membuatkan Mas menitiskan airmata. Lakonan Aaron Aziz dan Maya Karin memang bagus, mereka berjaya membawa watak yang dilakonkan dengan baik. Lakonan Lisa Surihani pulak macam biasa je, bolehlah.
Plot dan jalan cerita agak mendatar sikit tapi takdelah bosan sangat. Macam biasalah kisah cinta biasanya berakhir dengan kegembiraan walaupun ada hati yang terluka.
Kesimpulannya filem ini menariklah jugak, berbaloi untuk ditonton. Oleh kerana Mas tak pernah baca novelnya jadi Mas tak tahu nak bandingkan dengan filem ini, 7 bintang untuk Ombak Rindu.
Suka lagu Ombak Rindu, best sangat!
terbaik sis
BalasPadamtak pernah baca dan tengok cerita ni lagi..okay memang ketinggalan =__+"
BalasPadamsy pon dah tgk..memang best! sweett! :)
BalasPadamwah anak sis yg kecil tu dh besar mesti hensem macam aaron gak hehehe
BalasPadamramai blogger bagi feedback film ni tak best pulak...ntah tak tau nak tgk ke tak...
@||aLeaSaRa||
BalasPadammemanglah tak best sangat, tapi kalau tengok tak rugi..
kehkehkeh...xtgk lagi.
BalasPadamMinggu pertama memang tiket sumenya sold out.. Pergi sampai ke 4 - 5 shopping mall sume takde..Nak booking pon memang tak dapek..
BalasPadamFinally dapat gak tengok masa minggu kedua tayangan.. Jalan cerita yang ok,better than Lagenda Budak Setan kan Kak Mas?
Apa pon ok lah adaptasi novel ke filem bukan mudah.. Novel tebal masa yang ada untuk tayangan cerita melayu cuma 2 jam jer.. Overall memang terbaikkk ! :')
kalau lah maya karin kekalkan pakai tudung macam dalam poster besar kat dalam gambo tu dalam ombak rindu - kan bagus? :)
BalasPadamsalam singgah,.....
uncle tunggu keluar TB la...
BalasPadamahaaa, kak mas !! anak kak mas pun nampak macam patung dah !!! hehe, saya tak tengok lg ombak rindu. rse takmau tgk.org kata sedih... :'( cite sedih ni sy tak boleh tahan.
BalasPadamassalamualaikum mas...bestnya dah dpt tengok filem 'Ombak Rindu'...:)
BalasPadam