Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 20 Disember 2011

Semua dah lengkap

Assalamualaikum...(^ ^)


Lega sudah!

Semua kelengkapan persekolahan anak² dah dibeli. Alhamdulillah, tak terlebih bajet! Apa yang diperuntukkan mencukupi, malah berlebih pulak. Kali ini Mas memang beli baju dan kasut sekolah yang berikan harga yang berpatutan. Walaupun murah, tapi kualiti tetap ada!

Sebelum beli tu Mas survey banyak tempat, kebanyakannya jual baju sekolah budak perempuan asing². Maksudnya baju harga lain, kain harga lain. Lebih kurang RM40++ jugaklah untuk sepasang baju. Kalau lagi besar size lagi bertambah harganya, memang susah nak cari baju yang jual sepasang.

Jadi semalam Mas cuba survey di kedai baju Hari-Hari. Sekali tengok kat situ ada jual baju sepasang, bukan asing². Harganya hanya RM27.90 untuk sepasang baju, walaupun bukan jenama yang bagus tapi kualiti kainnya bagus. Terus beli 5 pasang baju kurung, 3 helai t-shirt putih dan 5 helai tracksuit.

Mas sukalah beli kelengkapan sekolah kat Hari-Hari ni, semua harga berpatutan dan murah! Barang pun berkualiti, harga kasut sekolah pun lebih murah dari di kedai lain. Tapi sayangnya Mas dah terbeli kasut anak². Takpe tahun depan beli kat Hari-Hari je, senang dan murah!

12 ulasan:

  1. dulu lain skrg lain kan... dl xdelah smahal skrg...baju sek pun 2psg jer srg...skrg...hmmmmmmm pening pala sapa yg jadi mak bapak kannn

    BalasPadam
  2. Allhamdulillah... senang settle awl hal sekolah anak... murah lg ok janji kualiti cun....

    BalasPadam
  3. Askm. Dah lama tak jengah blog mas. Makin cun arr!!!!
    Anyway ni nak ajak join Nex Top Blogger ni. Nak Tak? Baca kat bawah ni

    Assalamualaikum / selamat sejahtera
    Terima kasih sebab sudi follow blog AWIEOMAR
    dan sudah tentunya saya dah follow blog
    saudara / saudari yang amat menarik perhatian ini.
    Ada tak baca entri yang saya post di bawah ni?
    http://awieomar.blogspot.com/2011/04/next-top-blogger-pengenalan.html
    Niat sebenarnya nak pelawa saudara / saudari
    untuk menyertainya. Harap sudilah turut serta.
    Kalau sudi nak jadi peserta - maklumkan saja di ruang komen
    entri kamu di sini (saya akan tengok balik)
    atau komen saja di blog saya.
    Jika tak nak pun takpe. Maklumkan macam tadi jugak.
    Atau kalau tak nak maklum balas pun tak
    mengapa - saya anggap kamu tidak mahu menyertainya
    selepas dua hari mesej ini di kirim.
    Anyway, terima kasih kerana habiskan baca.
    Saya akan tunggu keputusan anda. PEACE.

    BalasPadam
  4. kat hari2 ye..??
    boleh la cari kat sana nanti..

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...wah dah settel semuanya yer cuma tunggu nak buka sekolah jer kan...:)

    BalasPadam
  6. kena settle awal...kalu lewat2 nanti bersesak-sesak plak...terbaik lah cik kite....hehe

    BalasPadam
  7. kemain anak perempuan sorang smpai 5 pasang baju heheheh

    BalasPadam
  8. kak mas boleh jadi duta pusat HARI HARI..hehe

    BalasPadam
  9. teringat zaman sy sekolah. excited sgt kalau dpt baju baru :D

    BalasPadam
  10. kalau kat sabah ni berjumpe ari2 kak,
    dah suruh mak g sane beli utk adik ni
    hehehe
    bagussnye akak
    dh get ready dh kan :))

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah :')

    Terasa rindu nak sekolah balik :(

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com