terkini dan sensasi

Jumaat, 16 Disember 2011

Taklimat SBPA

Assalamualaikum...(^ ^)

Saat entri ini dipublish Mas tengah kusyuk dengar taklimat, terpaksa buat entri autopublish.


Dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari ni ada taklimat tentang skim perkhidmatan baru tu, SBPA. Mulanya macam malas je nak pergi dengar. Tapi mengenangkan Mas tak faham sangat pasal skim ni, lebih baik pergi dengar kan daripada Mas tandatangan membabi buta je opsyen tu. 

Bila dah dengar ni barulah boleh buat keputusan sama ada bersetuju atau tidak untuk pilih skim SBPA atau kekal di SSM. Rumit jugak nak buat keputusan ni kan? Maklumlah ini yang menentukan masa depan kerjaya kita dalam perkhidmatan awam. Baik buruk kita yang kena tentukan sendiri, keputusan di tangan kita!

Banyak jugak Mas dengar rumors pasal skim ni, ada yang kata bagus dan ada yang kata sebaliknya. Pihak CUEPACS pun ada ingatkan penjawat awam supaya jangan tandatangan dulu opsyen tu, ini kerana mereka kurang berpuas hati dengan opsyen tersebut. Nak bincang ngan PM dulu katanya.

Nak percaya bulat² pandangan Cuepacs tu pun tak boleh jugak kan? Jadi lebih baik pergi dengar sendiri taklimat tu, baru Mas tahu baik buruknya opsyen ni. Harap taklimat ini banyak membantu dan memuaskan hati Mas untuk buat keputusan.

Kawan² yang kerja kerajaan, dah tandatangan opsyen ke? 

10 ulasan:

  1. tak diberi taklimat lagi....lepas taklimat baru sign...hehe

    BalasPadam
  2. kosong ofis ni bila sume g e7 dengar taklimat SBPA ni.. yg tinggal dak2 PSH cam saya ni

    BalasPadam
  3. boleh paham ke kak apa yg diaorang terangkan ,,..

    BalasPadam
  4. anum dh dgr taklimat nie
    anum pilih skim nie

    BalasPadam
  5. nanti mas citer bila dah dengar taklimat tu..apa citer sebenarnya ni? nak sign ke taknak..

    BalasPadam
  6. belum sign lg..tp mggu lepas dh dgr taklimat SBPA..mmg ade baik buruk..tp sy akan sign jek..;)

    p/s : salam kenal..sy pun secretary jgk..;)

    BalasPadam
  7. JS pun dh dengar taklimat ni..dan dah opsyen pun. hehe

    BalasPadam
  8. nanti buek lah entry pasal opsyen ni eh...atok pun tak berapa clear sobab tak ponah poie taklimat...

    BalasPadam
  9. assalamualaikum mas...taklimat tu utk apa mas mcm mama ni bukan kakitangan kerajaan x tahu plak ada skim baru ni...:)

    BalasPadam
  10. @maszull
    opsyen skim perkhidmatan baru kak! dari SSM ke SBPA..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com