mrs secretary

Selasa, 31 Mei 2011

99 Kekasih

Assalamualaikum...(^ ^)

Selamat malam pembaca blog ini... beberapa minit lagi Mei akan melabuhkan tirainya! cepat sungguh masa berlalu kan? esok akan bermulalah bulan Jun dan tidak lama lagi kita akan berpuasa... seronoknya!

sumber gambar dari google
berkesempatan menonton drama 99 Kekasih di TV2... mengisahkan Danial seorang kaki perempuan terpikat dengan seorang gadis yang baik dan cantik bernama Ayu! sejak bertemu dengan Ayu, Danial semakin meninggalkan sikap kaki perempuannya itu... suatu hari Danial terlibat dalam kemalangan dan Ayu telah membantunya... sesudah membantu Danial, Ayu telah menghilangkan diri dan meninggalkan sebuah buku 99 Nama Allah disisi Danial... sejak membaca buku itu Danial telah berubah! tapi dalam masa untuk berubah itu Danial telah menempuh pelbagai rintangan dan dugaan... 

begitulah lumrah dunia kan... sejahat dan seburuk mana lelaki itu pasti dia akan mencari wanita yang baik dan solehah untuk dijadikan isteri... dan sejahat mana seseorang itu dia tetap akan diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk berubah! tapi untuk berubah itu bukanlah senang, kita perlu kuatkan iman dan sentiasa memohon petunjuk dan hidayah dari Yang Maha Esa... pasti kita akan boleh melakukannya! 

persahabatan songsang

Assalamualaikum...(^ ^)

Selamat petang semua pembaca blog ini...

...mula2 Mas nampak mereka seperti sahabat biasa... perwatakan dan gerak geri mereka berdua tidak menunjukkan sesuatu yang mencurigakan! bahasa tubuh dan tutur kata memang nampak seperti lelaki sejati! tapi lama kelamaan perlakuan mereka menimbulkan tanda tanya... si A mula menyuapkan makanan ke mulut si B dan seterusnya mengesat2 sisa makanan di mulut si B... si B tersenyum tersipu2 sambil menepuk manja bahu si A! Mas semakin hairan dan semakin asyik melihat gelagat mereka! kemudian si A mengusap2 rambut si B sambil berkata sesuatu... si B ketawa sambil tangannya mencubit pipi si A! 


otak Mas terus ligat berfikir... pasti mereka ini bukan sahabat biasa tetapi menjalinkan persahabatan songsang! dalam hati tertanya2, apakah sudah kurang kaum hawa di muka bumi ini sehingga mereka lebih suka berpacaran atau berpasangan sama kaum sejenis! Mas hanya mampu mengelengkan kepala dan berharap suatu masa nanti mereka berdua sedar tentang kekhilafan itu... amin!

keperluan dan saling memerlukan

Assalamualaikum...(^ ^)

Selamat pagi pembaca blog Mas... dah sarapan ke?

setiap manusia ada keperluan masing2... dan keperluan itu merangkumi makanan, tempat tinggal dan pakaian... tanpa semua ini rasanya tak lengkap kehidupan kita kan? selain itu setiap makhluk di muka bumi ini saling memerlukan di antara satu sama lain... bagaimana kalau kita tiada sikap sebegitu, pasti tidak sempurna kan? 
saling memerlukan itu wujud...
  • antara manusia dan alam... kerana inilah kitaran kehidupan yang sebenarnya! 
  • antara kawan dan sahabat... kerana merekalah teman di kala suka dan duka!
  • antara ibu/bapa dan anak2... kerana dari sinilah wujudnya keluarga yang bahagia!
begitu jugalah sikap saling memerlukan antara kita sesama blogger... sebagai blogger yang baru menapak mereka memerlukan blogger yang telah lama menjejak kaki ke dunia blogger ini! tapi jangan lupa tanpa yang baru tidak akan wujudnya yang lama... kerana itulah lumrahnya! yang lama memerlukan sokongan yang baru untuk mereka terus kekal dan bertahan... dan yang baru memerlukan sokongan yang lama untuk mereka terus melangkah maju kehadapan! 
jadi janganlah wujud perasaan hasad dengki dan saling tidak puas hati antara kita sesama blogger... setiap dari kita ada kelebihan dan kekurangan masing2! 

Isnin, 30 Mei 2011

lelaki bersepatu tinggi

Assalamualaikum...(^ ^)

sumber gambar dari website penganjur
melihat segelintir 'golongan istimewa' seperti mak nyah atau pondan berjalan mengenakan kasut tumit tinggi bukanlah perkara mustahil... tetapi bagaimana pula jika anda menyaksikan golongan adam sejati berjalan kaki sejauh 1.6 kilometer dengan memakai kasut bertumit tinggi... mesti pelik kan?

namun itulah aktiviti lucu yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur sempena menjayakan kempen The Pixel Project's Celebrity Male Role Model Pixel Reveal menerusi program global "Walk A Mile In Her Shoes's Day"... kali pertama dalam sejarah kita akan menyaksikan seramai 100 orang lelaki tempatan berjalan sejauh satu batu dengan berkasut tumit tinggi dengan matlamat membantu menghentikan keganasan terhadap wanita!

pengasas The Pixel Project, Regina Yau berkata... lelaki adalah insan yang paling berpengaruh dalam hidup wanita... jadi apabila melihat lelaki yang rapat dengan kita mengambil bahagian dalam kempen berkenaan, ia secara tidak langsung memberi impak besar kepada semua!"

jadi kepada kaum adam yang berminat untuk menyertai kempen ini bolehlah membuat pendaftaran menerusi laman web http://globalwalkamileday.thepixelproject.net/ dengan bayaran RM40... jadi apa lagi kawan2 bolehlah suruh suami atau kekasih menyertai kempen ini... masa inilah kita nak tengok dia benar2 menghargai kita atau tidak!

sumber dari Berita Harian... dan untuk berita lanjut boleh baca di sini

Hari Sejuta Belia I peniaga cekik darah

Assalamualaikum...(^ ^)

Selamat pagi Isnin kawan2... macam mana mood hari ni?

semalam lepas menonton wayang filem Karak... Mas ajak husband pergi ke Hari Sejuta Belia tu! teringin jugak nak tengok apa yang menarik di sana... masa sampai tu memang masih ramai lagi umat manusia memenuhi ruang di sekitar tapak jualan! kami cuba tertarik untuk pergi ke booth yang mempamerkan motorsikal berkuasa besar... banyak jugaklah kami bergambar kat situ! (nanti Mas upload gambar ok)...

seterusnya kami jalan2 sekejap kat booth pameran tetapi tidak ada yang menarik hati pun... lagipun waktu tu dah masuk maghrib dan anak2 pun dah penat! sebelum bergerak balik, singgah sekejap kat gerai jualan makanan dan minuman... macam biasa beli air 2 cup dan bayar RM2.00! sekali pakcik yang jual tu cakap 2 cup RM3.00... maknanya satu cup dijualnya RM1.50! terkejut jugaklah Mas, sebab dah biasa kan beli air 1 cup RM1.00... Mas siap perli lagi pakcik tu... "untung besarlah pakcik berniaga 3 hari ni ye"! 

sebenarnya bukan Mas nak berkira sangat tapi kenapa bila ada perhimpunan besar sebegini terus para peniaga nak naikkan harga jualan... itu bukannya berniaga nak cari rezeki tapi berniaga nak raih keuntungan je! kalau air yang dijual tu makin berkualiti rasanya takpelah... tapi serius cakaplah air laici rasa macam air kosong je! memang cekik darahlah peniaga sebegini... untung nak berlipat kali ganda, tapi kualiti entah kemana!

Ahad, 29 Mei 2011

review filem Karak : 6 bintang!

Assalamualaikum...(^ ^)

movies day out diteruskan hari ini dengan menonton filem seram Karak : Laluan Puaka! nasib baik dah beli tiket awal pada hari Jumaat lepas.. sebab bila sampai je Alamanda punyalah ramai orang, dan tiket pun dah habis hingga ke tayangan tengah malam! 


sinopsis filem
filem ini mengisahkan kisah seram yang benar berlaku di Lebuhraya Karak pada masa dahulu.. cerita dimulakan dengan 4 orang pelajar kolej dalam perjalanan ke Kuantan melalui Lebuhraya Karak.. tetapi memandangkan highway tersebut jammed mereka menggunakan jalan lama! semasa dalam perjalanan tersebut mereka mengalami pelbagai peristiwa seram sehinggalah mereka mengalami kemalangan!

review Karak
kesimpulannya, bagi Mas filem ini tidaklah terlalu seram tetapi watak hantunya memang menyeramkan! boleh tak tidur malam melihatkan wajah² hantu yang sangat menakutkan itu.. Mas pujilah hasil kerja Kru Production kerana berjaya menjadikan watak hantu itu nampak real.. jadi terjawaplah sudah sama ada filem Karak lebih seram dari Khurafat atau tidak.. rasanya Khurafat lagi seram! Mas bagi 6 bintang je..

heroin baru yang bakal terkenal!

Assalamualaikum...(^ ^)

diperkenalkan heroin baru yang bakal terkenal tidak lama lagi... bakal berlakon dalam filem terbaru pada tahun 2012 dan bakal digandingkan dengan hero-hero yang hebat!


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

bakal bergandingan dengan Remy Ishak dan 
bakal pengganti Tiz Zaqyah dalam Nur Kasih The Movie 2

bakal bergandingan dengan Shaheizy Sam
dalam sebuah filem cinta yang bakal ditayangkan pada tahun 2012

mari sertai Blog Pilihan Malaysia

Assalamualaikum...(^ ^)

Selamat pagi pembaca blog Mas... apa menu untuk sarapan pagi ini?

kali ini Mas nak join segmen Blog Pilihan Malaysia... segmen yang sangat menarik! jika berminat boleh klik banner di bawah untuk sama-sama menyertai...


sejarah kewujudan blog ini...
blog ini diwujudkan pada 13 Januari 2011 dengan menggunakan nama "Aku, Dia dan Cinta Hatiku" dan sekarang nama blog telah ditukar kepada "Mrs Secretary"... Mas mula berblog bila suami minta ajarkan bagaiman cara nak buat blog! pada ketika itu Mas memang tidak tahu langsung bagaimana caranya... dengan bantuan sahabat Mas terhasillah blog ini...

pada mulanya blog ini hanya berkisar tentang kisah kehidupan Mas... tapi bila Mas banyak belajar dari blogger-blogger yang dah lama, Mas pelbagaikan entri... ada entri mengenai perkongsian ilmu, kisah dan teladan, tips dan nasihat serta ada juga diselitkan entri tentang kehidupan Mas! setelah 4 bulan berblog, Mas rasa semakin seronok kerana blog makin dikenali dan telah ada pembaca yang setia membaca blog Mas... dan baru-baru ini blog Mas telah bertukar kepada domain sendiri! 

harapan Mas semoga blog ini semakin dikenali dan dikenali... terima kasih diucapkan kepada pembaca setia dan kawan-kawan yang sentiasa menyokong Mas sehingga ke hari ini!

Sabtu, 28 Mei 2011

review filem KungFu Panda 2 : Po semakin teror!

Assalamualaikum...(^ ^)

bagi sesiapa yang pernah menonton KungFu Panda pastinya tidak akan melepaskan peluang menonton filem KungFu Panda 2.. Mas sangat teruja nak menonton filem ni kerana seronok ingin menyaksikan aksi² Po yang comel!


sinopsis filem
filem ini mengisahkan bagaimana Po mahu mencari siapakah dirinya yang sebenar dan daripada manakah dia berasal.. seterusnya Po dihantar oleh Master Shifu bersama² The Furious Five ke Gongmen City untuk menyelamatkan bandar itu dari ancaman Lord Shen.. dari situlah Po mendapat tahu siapakah dirinya yang sebenar dan bagaimana dia boleh dijaga oleh ayahnya The Goose.. dan akhirnya dia juga berjaya menyelamatkan Gongmen City dari dirampas oleh Lord Shen..

review Kungfu Panda 2
kesimpulannya filem kali ini agak kurang dengan babak² yang mencuit hati tapi sebaliknya banyak dipaparkan adegan pertempuran di antara Po bersama The Furious Five dengan kuncu² Lord Shen.. tapi ternyata watak Po memang tidak mengecewakan, tetap dengan aksi lucunya dan yang paling penting dia semakin teror! terasa kagum pula melihat aksi Po bertempur dengan Lord Shen.. jadi kepada peminat KungFu Panda memang rugi tidak menonton filem ini, ianya tidak mengecewakan.. Mas bagi 8 bintang!

movies day out

Assalamualaikum...(^ ^)

selamat petang semua... apa aktiviti kawan-kawan hari ini?

memandangkan sekarang terlalu banyak filem-filem menarik dan sensasi ditayangkan di panggung wayang seluruh Malaysia... jadi Mas ambil kesempatan untuk menghabiskan masa menonton wayang sahaja sepanjang 2 hari ini! bermula hari ini pada jam 8.00 malam nanti Mas akan menonton filem Kungfu Panda 2... filem ini sememangnya dinanti oleh anak-anak Mas, dari semalam lagi dah sibuk ajak tengok cerita ini... tidak sabar rasanya nak melihat aksi si Panda Po yang comel itu bersama kawan-kawannya!

    

keesokan harinya pada jam 5.00 petang pula Mas akan menonton filem seram arahan KRU Production iaitu Karak : Laluan Puaka! apakah filem yang diadaptasi dari kisah benar yang berlaku di highway karak ini boleh membuatkan Mas lemah jantung dengan aksi seramnya... kalau tengok triller memang nampak seram! tidak sabar jugak nak tengok lakonan Shahir AF buat pertama kalinya dalam filem ini... 

     

...bilalah nak tengok filem Nur Kasih ni? 

Jumaat, 27 Mei 2011

Maharaja Lawak...sambung lagi 3 minggu!

Assalamualaikum...(^ ^)

minggu ini adalah peluang terakhir untuk peserta menunjukkan lawak mereka... kerana sebentar lagi kita akan ketahui peserta mana yang layak ke pentas akhir! Mas tidak mahu review panjang lebar tetapi peserta yang berjaya membuat ketawa terbahak2 sampai nak putus urat perut sudah tentulah kumpulan Sepah, Jozan dan Jambu! persembahan ketiga2 kumpulan ini memang tidak pernah mengecewakan... mereka sentiasa bersaing untuk meraih undi para penonton... sudah pastinya mereka akan berjaya ke pentas akhir!

bagi 3 lagi peserta iaitu R2, Balas dan Nabil... lawak mereka hari ini agak mengecewakan dan kurang menjadi! tapi tidak pastilah kalau mereka juga berjaya ke pentas akhir! 

ada kejutan rupanya... Maharaja Lawak akan disambung lagi selama 3 minggu sebelum ke pentas akhir! dan minggu ini Balas disingkirkan...


peristiwa dicekup pihak JAIS

Assalamualaikum...(^ ^)

Selamat tengahari kawan2 semua...

janganlah terkejut pulak tengok tajuk entri ni... bukannya nak cerita peristiwa Mas dicekup JAIS tapi nak cerita pengalaman Mas melihat orang dicekup pihak JAIS! Mas mendapat idea untuk menulis entri ini bila menonton rancangan Imam Muda! kali ini mereka menyertai pihak JAIS menjalankan operasi menangkap mereka yang berkhalwat sama ada di taman, dalam kereta ataupun di hotel2 murah... bila menonton rancangan ini Mas terkenang kembali peristiwa yang berlaku pada tahun 2002...

ketika itu Mas baru lagi mendirikan rumahtangga, lebih kurang dalam sebulan lebih... waktu itu Mas dan husband keluar makan di sekitar Shah Alam... selesai makan kami pergi lepak sekejap kat Taman Tasik Shah Alam! kami hanya duduk di dalam kereta sambil berbual2... tiba2 kami dengar orang menjerit "kejar-kejar"! rupa2nya pihak JAIS sedang buat serbuan untuk mencekup orang yang berdua2an di taman tersebut! kami terus keluar dari kereta untuk lihat apa yang berlaku... waktu tu kami tak takut sebab kami dah sah sebagai suami isteri!

pada ketika itu Mas lihat ada seorang wanita yang duduk di atas bangku sambil menangis dan ada seorang pegawai JAIS sedang bercakap sesuatu kepadanya... apa yang kami dengar, rupanya boyfriend wanita tersebut telah melarikan diri dan meninggalkan dia keseorangan disitu ketika pihak JAIS datang membuat serbuan... tetapi pihak JAIS berjaya juga menangkap lelaki tersebut! antara perbualan yang kami dengar...

Pegawai JAIS : lelaki macam ni ke awak nak jadikan suami? masa dia nak berseronok dengan awak, 24 jam dia berkepit dengan awak... tapi bila saat macam ni dia lari tinggalkan awak! nampak sangat dia tidak mahu sama2 susah dengan awak... saya rasa dia tidak sesuai jadi calon suami awak! (lebih kurang macam nilah nasihat pegawai tersebut kepada wanita itu)

begitulah kisahnya... renung2kanlah dan selamat beramal!

cerita di hari Jumaat

Assalamualaikum...(^ ^)

sedang Mas berjalan di Alamanda, ternampak sepasang kekasih... mereka berjalan beriringan! Mas mengekori di belakang mereka dan sambil itu melihat jam di tangan... dah pukul 1.30 tengahari, tapi kenapa si pemuda masih berada di Alamanda!  bukan ke hari ini hari Jumaat... uzur ke sampai tidak pergi solat Jumaat! itulah yang terdetik di dalam hati Mas... mereka terus berjalan menuju ke arah GSC... rupanya nak berjemaah di dalam panggung! 

Jelita : Abang... hari ini Jumaat kan?
Teruna : Yelah... kenapa sayang?
Jelita : Abang tak malu ke jalan2 kat sini? kan abang tak pergi solat Jumaat...
Teruna : Alahhhhhh... apa nak malunya, bukan abang sorang je tak pergi! tengok tu ramai lagi lelaki melayu kat sini... semuanya tak pergi solat Jumaat! lagipun abang dah janji nak bawak ayang tengok wayang kan?
Jelita : Hehehehehe... ayang saja je tanya camtu, abang janganlah marah! terima kasih sudi temankan ayang tengok wayang... solat Jumaat tu minggu depan abang boleh pergi kan?
Teruna : Haaaa... betul tu!  (dialog adalah rekaan semata2, tiada kaitan dengan mana2 pihak!)

bukan hanya couple ni saja yang Mas nampak di Alamanda... rupanya ramai lagi umat lelaki di sana! dengan selambanya mereka beratur membeli tiket wayang tanpa rasa segan...

pass percuma dah dapat

Assalamualaikum...(^ ^)

Salam Jumaat pada kawan sekalian... semoga hari ini kehidupan kita lebih diberkati olehNya!

sempena birthday Mas pada 2 Mei yang lalu, Mas ada dapat hadiah daripada Nuffnang... kalau belum baca sila rujuk entri hadiah dari Nuffnang! hari Rabu lepas, Mas telah paksa husband untuk pergi ambil pass tersebut di pejabat Nuffnang memandangkan due datenya pada 3 Jun nanti...


inilah complimentary pass untuk 4 orang daripada Nuffnang dan TGV Cinemas... pass ini perlu digunakan sebelum 31 Ogos 2011! jadi bolehlah Mas gunakan untuk menonton movie Tranformers 3 yang akan ditayangkan pada 30 Jun nanti... yang tak bestnya pass ini not valid for 3D movies! baru bercadang nak tengok Transformers in 3D... tapi takpelah, akan cuba tanya di TGV nanti! 

     

tak sabar nak dating dengan Bumblebee dan Optimus Prime...

Khamis, 26 Mei 2011

kegebuanmu memikat hatiku.. hari-hari mau!

Assalamualaikum...(^ ^)

apabila terpandang kamu hati pasti tergoda dan terus pergi mendapatkanmu.. rupamu yang putih gebu membuat hati ini tertawan! sekali menikmatimu terus hari-hari mau.. sehari tak dapat rasa macam tidak sempurna rasanya! sesungguhnya hati ini telah terpikat dengan keenakan dan kesedapanmu.. esok aku pasti mendapatkan kamu lagi..

hehehe.. janganlah fikir yang bukan2 ye kawan2! sesungguhnya yang mengoda dan memikat hati Mas itu adalah kuih pau ini! setiap hari mesti Mas beli kuih pau ini dari pakcik yang meniaga di tepi jalan menghala ke Salak Tinggi.. pau ni memang yang paling sedap dan sekali makan pasti hari-hari mau! setiap hari mesti beli 10 biji untuk dimakan oleh 4 orang.. 


antara pau yang menjadi pilihan kami adalah pau kacang dan pau daging.. memang sedap!



dalam kenangan... Eye Of Malaysia

Assalamualaikum...(^ ^)

Eye Of Malaysia masa ditempatkan di Melaka pada tahun 2008

tengah dok belek2 gambar dalam komputer, terjumpa pulak gambar semasa naik Eye Of Malaysia di Melaka! memang kenangan yang paling bermaknalah dapat naik Eye Of Malaysia ni... Mas pernah naik dulu kali, first time masa di Taman Tasik Titiwangsa dan kat Melaka ni second time! masa tu memang jadi satu kebanggaan lah dapat naik Eye Of Malaysia ni... semua rakyat Malaysia boleh dikatakan berebut2 nak merasa naik! tapi semua ini sudah lama berlalu... Mas pun tak pasti sama ada Eye Of Malaysia masih ada lagi kat Melaka ataupun dah dikembalikan ke negara asalnya... semuanya hanya tinggal kenangan!

Eye Of Malaysia masa ditempatkan di Taman Tasik Titiwangsa pada tahun 2007

prihatinkah pada situasi sebegini?

Assalamualaikum...(^ ^)

Selamat pagi rakan2 blogger... hari ini Mas dah kembali masuk ke pejabat setelah 3 hari berkursus! perasaan malas menguasai diri... rasa nak sambung cuti je hari ini dan esok!

kita sering dengar orang berkata masyarakat Malaysia ini adalah masyarakat yang prihatin... pantang ada musibah di sana-sini pasti rakyat Malaysia akan membantu! tapi sejauh manakah keprihatinan itu? adakah kita hanya prihatian kepada isu2 yang besar sahaja? sedarkah kita bahawa kita jarang menunjukkan sikap prihatin itu kepada perkara yang remeh temeh seperti ini...
  • semasa memandu, kita ternampak bonet belakang kereta di hadapan kita tidak ditutup dengan rapat... adakah kita akan cuba beritahu pemandu kereta tersebut? mungkin kita memandang perkara ini sesuatu yang remeh tetapi ianya boleh membahayakan pemandu kereta tersebut... sekiranya dia memandu laju, bonet tersebut boleh terangkat dan ini akan mengundang kemalangan!
  • sedang berjalan2 kita ternampak kotak air mineral di hadapan kita dan tong sampah di sebelah kita... adakah kita akan kutip kotak tersebut dan buang ke dalam tong sampah? berapa orang je prihatin dan buat perkara sebegini? rasa Mas mesti ramai yang buat tak tahu je, ataupun disepaknya kotak tu macam bola!
  • sedang asyik berjalan berpimpin tangan dengan pakwe/makwe terpandang seorang buta ingin melintas jalan... adakah anda akan pimpin orang buta itu atau terus je pimpin tangan pakwe/makwe anda melintas? mungkin masa itu kita beranggapan orang lain akan bantu orang buta itu, jadi kita buat tak tahu jelah!
  • semasa sedang duduk di dalam LRT kita ternampak seorang wanita yang sarat mengandung naik ke dalam LRT dan tempat duduk semua penuh... adakah kita akan bangun dan berikan tempat duduk kepada dia? tentu kita tetap berfikiran akan ada orang lain yang lebih prihatin! Mas pernah mengalami situasi sebegini semasa mengandung, memang susah nak jumpa orang yang betul2 prihatin di dalam LRT...
sama ada kita pernah atau tidak berhadapan dengan perkara sebegini tetapi Mas harap kawan2 semua di dalam golongan orang yang prihatin! walaupun perkara itu nampak remeh di mata kita tapi sikap prihatin itu akan membuat orang lebih respek dan hormat kepada kita...

Rabu, 25 Mei 2011

dah jadi www.massaari.com

Assalamualaikum...(^ ^)

Selamat petang kawan-kawan semua... dah minum petang ke?

rasanya mesti ada yang dah perasaan url Mas telah bertukar... alhamdulillah, Mas telah diberi peluang untuk bertukar kepada domain sendiri! mulai hari ini url baru Mas ialah http://www.massaari.com/...


Mas nak ucapkan ribuan terima kasih kepada www.sunahsukasakura.com kerana telah meletakkan iklan iHosterz.com di blognya... dan Mas telah menggunakan khidmat iHosterz.com untuk membeli domain Mas sendiri... terima kasih banyak-banyak kepada admin iHosterz kerana memberikan perkhidmatan yang cepat, mudah dan terbaik!

apabila telah bertukar kepada domain sendiri, Mas rasa lebih yakin dan bersemangat untuk berblog... walaupun blog Mas masih baru menapak tapi Mas yakin suatu hari nanti blog Mas akan lebih dikenali... terima kasih kepada semua kawan-kawan blogger yang sentiasa menyokong blog Mas selama ini! 

tidak lupa juga nak ucapkan tahniah kepada rakan blogger yang sentiasa menjadi sumber inspirasi Mas iaitu Bangku Kosong kerana blog dia juga telah bertukar ke domain sendiri... sekarang dikenali sebagai http://www.hasrulhassan.com/... tahniah Bangku Kosong, semoga lebih maju jaya!

Sunah Sakura Tanya Best Ke Header Aku?

Assalamualaikum...(^ ^)

Sunah Suka Sakura dot com
berminat untuk join, sila klik header comel di atas!

mrs secretary

header blog Mas adalah header paling best dan Mas sangat sukakannya... header ini dibuat oleh dua orang blogger yang sangat hebat! header yang ada tulis perkataan Mrs Secretary itu dibuat khas oleh EZAN dah header yang ada gambar muka Mas yang besar lagi comel tu dibuat oleh WAN HAZEL... terima kasih kepada mereka berdua kerana membuatkan blog Mas cantik berseri...

p/s : jangan marah ye Sunah, akak terlebih puji header sendiri pulak! 

menikmati kegembiraan

Assalamualaikum...(^ ^)

setiap manusia berhak gembira... gembira dapat menghilangkan kesedihan, gembira dapat menghilangkan kesakitan dan gembira juga dapat menghilangkan keresahan! sebenarnya banyak cara untuk kita menikmati kegembiraan dalam kehidupan ini... tidak semestinya kita mendapat sesuatu berita gembira barulah kita nak raikan kegembiraan itu! bagi ibu seperti Mas, melihat anak2 membesar dengan sihat adalah sesuatu perkara yang mengembirakan... apabila anak2 Mas gembira, Mas pun akan turut rasa gembira!

dalam menikmati kegembiraan kita mempunyai pelbagai cara... antaranya adalah  melupakan segala kenangan pahit di dalam kehidupan kita! memang agak sukar tetapi jika kita fokus dan tekadkan azam untuk gembira di masa hadapan, pasti kita akan berjaya melupakannya! apabila telah berjaya melupakan segala kenangan pahit itu hendaklah kita bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk menikmati kegembiraan bersama keluarga...

selain itu tidak salah sekiranya kita berkongsi kegembiraan dengan individu di sekeliling kita yang sedang menderita dan berduka... mungkin dengan berkongsi itu kita akan lebih gembira dan dapat mengembirakan hati mereka! berpeganglah kepada prinsip, kita akan gembira jika melihat individu lain gembira... tak mustahil saham kebahagiaan dan kegembiraan tersebut turut menjadi milik kita! jadi ianya memberi keuntungan bagi diri kita dalam menikmati kegembiraan... inilah yang dinamakan hukum ganjaran!


Selasa, 24 Mei 2011

facebook bersama internet banking

Assalamualaikum...(^ ^)

      
majoriti di antara kita mempunyai akaun facebook kan? rasanya macam pelik jika seseorang itu tidak  mempunyai akaun FB... menggunakan FB ni memang seronok... kita dapat mencari kawan baru dan dapat berhubung kembali dengan kawan2 lama! tapi haruslah kita ingat ada kebaikan dan keburukan di sebalik penggunaan FB ni...

di samping itu juga mesti ramai juga yang menggunakan internet banking jika ingin membuat sebarang pembayaran bil atau memindahkan wang ke akaun pihak ketiga... kita menggunakan kemudahan ini kerana tidak mahu bersusah payah beratur di bank! selain menjimatkan masa ianya juga mudah dan cepat...

tapi kenapa Mas kaitkan penggunaan FB dan internet banking? sebenarnya pada hari pertama Mas berkursus semalam, penceramah daripada Pejabat Keselamatan ada memberikan peringatan... jangan sesekali kita online facebook dan dalam masa yang sama kita online internet banking! kerana daripada FB orang yang tidak bertanggungjawab boleh mengakses maklumat akaun internet banking kita... mereka boleh tahu apa username kita, apa password kita dan berapa jumlah wang yang ada dalam akaun kita! sangat MERBAHAYA kan?

jadi sama2lah kita beringat... walaupun kedua2nya memberikan kita kemudahan dan kesenangan kadangkala kita lupa ianya juga ada keburukan! 

Isnin, 23 Mei 2011

kata-kata itu DOA

Assalamualaikum...(^ ^)

berkata2 memang mudah tapi sedarkah kita bahawa setiap kata-kata itu adalah doa! sebaik sahaja kita menuturkan kata2 tersebut memang tidak boleh ditarik balik... kadang2 kita tak sedar apa yang kita perkatakan menyinggung hati dan perasaan orang lain... mungkin kita berniat baik tapi tapi tanpa disedari kata2 tersebut tidak dapat diterima oleh orang tersebut!

sebaiknya sebelum berkata2 kita fikir dulu apakah sesuai kata2 itu disampaikan... jika baik kata2 yang dilafazkan maka kita berdoa yang terbaik tetapi jika buruk kata2 yang dilafazkan maka kita berdoa yang terburuk! contoh yang paling ketara ialah ibu bapa... kadang2 bila marahkan anak mereka terlupa yang kata2 mereka agak keterlaluan... jadi sedarlah setiap kata2 ibu bapa itu adalah doa untuk anak mereka!

maka sebaiknya selalulah kita sedar dan bijaksana dalam memilih kata2 yang bakal keluar dari mulut kita... ini mengelakkan supaya apa yang dipertuturkan tidak menyentuh dan menyinggung hati sesiapa! 

kalau berkata2 dalam hati itu, ianya menjadi NIAT... kalau dilafazkan melalui kata2, ianya menjadi DOA... dan janganlah kita melafazkan apa2 yang tidak baik sebab takut dimakbulkan oleh Allah... sesungguhnya Allah Maha Mendengar... jadi jadikanlah kata2 kita doa yang terbaik... kerana setiap kata merupakan sebuah doa yang nantinya akan berbalik pada diri kita sendiri!

Ahad, 22 Mei 2011

suatu petang di Pizza Hut Nilai

Assalamualaikum...(^ ^)

selamat malam semua.. hari ini akan melabuhkan tirainya sebentar lagi! semoga apa dilakukan hari ini adalah kenangan terindah dan semoga esok menjanjikan yang lebih baik..


petang tadi kami menjamu selera di Pizza Hut Nilai.. kalau teringin nak makan pizza Mas memang suka pergi ke Pizza Hut Nilai ni.. tempatnya sangat luas dan selesa! satu lagi perkara yang membuatkan Mas tertarik untuk makan disini adalah sikap pekerjanya yang sangat berdedikasi.. mereka akan sambut pelanggan dengan senyuman di bibir dan ucapan selamat datang! yang paling Mas respek bila setiap kali hantar makanan kepada kita mereka akan cakap "jemput makan kakak dan abang".. wah!! Mas rasa sangat dihormati, seolah makan di hotel 5 bintang je.. 

sebenarnya layanan sebegitulah yang kita harapkan.. sebagai pelanggan kita pasti akan datang lagi ke tempat tersebut jika servisnya memuaskan! lagi pun setiap kali makan di Pizza Hut kita akan dikenakan bayaran service charge bukan? jadi berbaloilah kita bayar service charge tersebut kalau layanan yang diberikan bertaraf first class.. 

soup of the day, Mushroom Soup

menu wajib, Deli Chicken Wing

my favourite, Spaghetti Spicy Arabbiata 

Pizza Crunchy Crust, topping Chicken Supreme

perlukah filem sebegini

Assalamualaikum...(^ ^)

semasa menonton filem Pirates of Caribbean semalam, ada ditayangkan sedutan filem KL Gangster.. memang aksi² pergaduhan yang ditayangkan dalam filem tersebut sangat ganas dan keterlaluan! terus Mas terfikir, perlukah pengarah filem tempatan menghasilkan filem sebegini? apakah motif mereka, adakah akan menjadi pengajaran atau ikutan?



dengan masalah gejala sosial yang semakin berleluasa di negara kita Mas rasa sedikit sebanyak filem sebegini boleh menjadi pengaruh kepada anak remaja.. kerana para remaja yang lebih cenderung menonton filem tersebut! mungkin pengarah filem itu ingin menyelitkan unsur² pengajaran tapi cara mereka itu tidak tepat.. patutnya mereka cari langkah dan cara lain untuk menjadikan filem itu sesuatu yang betul² memberi pengajaran yang baik! bukannya memaparkan gejala sosial sebegitu..

kalau benar filem sebegini memberi pengajaran, kenapa masalah sosial makin berleluasa? bukan Mas tidak meyokong filem tempatan tapi samalah kita fikirkannya!

mencuba permainan xtreme satu kepuasan!

Assalamualaikum...(^ ^)

Selamat tengahari Ahad kawan2! hari ini Mas tak kemana2, hanya rilek di rumah sambil mengadap blog hingga lebam biji mata dan blogwalking ke sana-sini hingga termuntah darah!

sesetengah orang memang suka mencuba sesuatu yang extreme... mungkin dengan mencuba aksi2 extreme tersebut dapat memberi satu kepuasan! mula2 nak mencuba pasti akan ada perasaan takut dan gementar tapi demi mendapat satu kepuasan yang luar biasa perasaan itu ditolak ke tepi... bagi Mas dengan mencuba sesuatu  yang extreme ini akan menaikkan tahap keyakinan dalam diri!

sekarang di Malaysia sudah banyak permainan2 extreme yang boleh kita cuba... berani atau tidak itu terpulang pada diri masing2! inilah antara permainan extreme yang Mas pernah cuba... walaupun tidak terlalu extreme dan mencabar tapi sudah cukup membuatkan jantung seperti terhenti berdegup! mesti kawan2 dah pernah cuba permainan ini dan perasaan ketika itu Tuhan saja yang tahu... tapi bila dah cuba, sangat best dan memberikan kepuasan!

Space Shot di Genting Highland

6 Lane Racer di Bukit Gambang Resort

tapi ada beberapa permainan extreme yang Mas teringin nak cuba... bila tengok memang best sangat tapi tak tahulah berani ke tidak bila dah berada di tempat tersebut... huhuhuhu! kena fikir 100 kali dulu ni... inilah antaranya... bilalah kan ada keberanian nak cuba!

Bungee Jumping

Reverse Bungee Jumping

Paragliding

Water Rafting

Sabtu, 21 Mei 2011

review filem Pirates Of Caribbean : best!

Assalamualaikum...(^ ^)


dah tengok gambar Mas dating dengan Kapten Jack, kalau belum boleh klik Jack Sparrow! sekarang Mas nak review serba sedikit mengenai filem lakonan Kapten Jack ini.. secara keseluruhan cerita ini memang best dan memenuhi selera Mas! 

sinopsis filem
cerita berkisar kepada pencarian di manakah terletaknya Fountain of Youth.. jika sesiapa dapat minum air dari mata air itu akan hidup selamanya! jadi Kapten Jack Sparrow dan Kapten Barbossa sama² mempunyai matlamat tersendiri untuk mencari mata air tersebut! tetapi Kapten Jack terpaksa menjadi tawanan Blackbeard dan anaknya yang juga ingin mencari mata air itu..

review Pirates Of Caribbean
cuma kali ini memang kurang adegan yang suspen seperti pertempuran di atas kapal! apa yang menarik dalam cerita ini adalah aksi licik dan lawak Kapten Jack.. jadi Mas enjoy dengan jalan penceritaannya yang tidak membosankan! kepada peminat siri Pirates of Caribbean jangan lupa menonton filem ini.. Mas bagi 8 bintang!

dating with Kapten Jack Sparrow

Assalamualaikum...(^ ^)

selamat malam semua! macam mana aktiviti kawan-kawan hari ini, menarik tak?

seperti yang telah Mas rancang, pada jam 3.30 petang Mas pergi dating dengan Kapten Jack Sparrow! saat-saat ini memang dinantikan kerana Mas peminat setia Kapten Jack... sebelum Mas cerita menarik atau tidak masa dating dengan Kapten Jack tu, jom layan gambar Mas dengan dia! 


mereka berdua ni nak jugak enterprem...


ok tak? suka tak semua gambar ni... next entri Mas cerita best tak dating dengan Kapten Jack!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com