Terkini dan sensasi

Rabu, 31 Ogos 2011

wordless wednesday [28]

Assalamualaikum...(^ ^)

hasil yang berjaya dikumpul oleh anak-anak Mas... masyukkkkkkkkkk!!

ini baru sebahagian...

Selasa, 30 Ogos 2011

our 9th Anniversary

Assalamualaikum...(^ ^)

baru sempat update.. sibuk berhari raya ke rumah saudara mara! 

raya tahun ni adalah raya yang paling bermakna buat Mas dan suami.. tarikh 30 Ogos Mas dan husband diijabkabulkan sebagai suami isteri! hari ini genap 9 tahun usia perkahwinan kami.. usia perkahwinan yang hampir 10 tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran 2 orang cahaya mata! 

harapan Mas semoga perkahwinan kami dilindungi oleh Allah SWT.. moga ia kekal hingga ke hujung nyawa! semoga ikatan kasih sayang kami bertambah erat dan semakin erat.. 

                                                                                 

Salam Aidilfitri dari MASSAARI [DOT] COM dan Keluarga

Assalamualaikum...(^ ^)


jadi di kesempatan ini Mas nak mohon maaf kalau ada salah dan silap sepanjang kita semua menjadi sahabat di dalam dunia blog... maaf juga jika Mas ada terkasar bahasa dan terlanjur bicara dalam setiap entri Mas! tahun ni first time Mas beraya sebagai blogger dan Mas seronok berkongsi cerita puasa dan raya Mas dengan kawan2... 

kepada kawan2 yang nak balik kampung samada hari ini, esok atau lusa dan hari2 berikutnya, berhati2lah semasa memandu kereta atau menunggang motorsikal... pastinya kenderaan kawan2 berada dalam tahap yang selamat! pastikan jugak tubuh badan kawan2 sihat untuk meneruskan perjalanan... kalau rasa mengantuk, berhenti dulu... rehat dan cuci muka, baru teruskan perjalanan! moga kawan2 selamat tiba di kampung halaman masing2... 

kalau ada kelapangan Mas akan cuba update blog jugak masa cuti raya... sayang wooo nak tinggal blog lama2! kawan2 jangan lupakan blog Mas ye... heheheeee

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA

Isnin, 29 Ogos 2011

mood RAYA... juadah hari raya!

Assalamualaikum...(^ ^)

esok RAYA! walaupun gembira nak sambut Syawal tapi hati rasa syahdu je nak tinggalkan bulan Ramadhan... Mas berdoa moga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan untuk berpuasa lagi di Ramadhan tahun depan!

sudah jadi kebiasaan bila tiba hari raya mesti Mas dan adik beradik sediakan juadah untuk hari raya... antara juadah wajib yang menjadi pilihan kami ialah lemang, rendang, kuah kacang, nasi impit dan laksa... tanpa semua juadah ni rasa tak cukup lengkap je nak sambut raya!

inilah juadah yang telah siap kami sediakan untuk menjamu selera esok pagi... 

juadah wajib... lemang buat dan bakar sendiri!
juadah special raya tahun ni... rendang daging rusa, sedap woooo!
rendang ayam pun ada
kuah kacang... haruslah makan dengan nasi impit
laksa lemak... menu wajib jugak ni

SELAMAT MENJAMU SELERA...

Ahad, 28 Ogos 2011

mood RAYA... kemeriahan malam tujuh likur!

Assalamualaikum...(^ ^)

baru ni ada mood nak update blog... maklumlah mood raya dah menguasai segalanya! pastu semua adik beradik dan anak buah dah berkumpul di rumah pusaka arwah mak dan abah... jadi masa banyak diluangkan berborak2!

dan jadi kebiasaan bila tiba malam 27 Ramadhan atau lebih sinonim dipanggil malam tujuh likur, rumah Mas di kampung ni akan diterangi cahaya pelita... 

kalau ikut pesan arwah abah, setiap kali tiba malam tujuh likur mesti kena pasang pelita! kerana katanya pada malam itulah roh2 keluarga yang telah meninggal akan balik menjenguk ahli keluarganya! jadi jika kita pasang pelita roh2 tu pasti akan gembira kerana rumahnya diterangi cahaya... 


Sabtu, 27 Ogos 2011

sumbangan ikhlas untuk blogger Iffah Afeefah

Assalamualaikum...(^ ^)

header blog Iffah

sampai je kat kampung dalam pukul 2 tadi terus online kat facebook.. tiba-tiba terbaca entri Sunah Muhammad pasal blogger Iffah Afeefah ditimpa kemalangan jalanraya! Ya Allah, memang Mas terkejut! memang berdebar-debar rasanya, risau sangat pasal Iffah..

pastu Sunah ada buat entri pasal derma kilat untuk membantu Iffah.. jadi Mas nak mohon jasa baik kawan-kawan semua untuk sama membantu! kawan-kawan boleh memberikan sumbangan ke dalam akaun CIMB ibu Iffah..

Puan Latifah Mohd Isa - No. Akaun : 14350069250524

semoga sumbangan yang kita hulurkan ini dapat meringankan beban Iffah dan keluarga bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma.. Mas juga mohon kita sama-sama doakan Iffah agar dia cepat sembuh dan diberikan semangat baru.. walaupun ada di antara kita tidak pernah bersua muka dengan dia tetapi sebagai rakan blogger sumbangan dan doa kita itu amat bermakna buat Iffah..

buat Iffah, kuatkan semangat ye! doa kawan-kawan mengiringimu..

di mana kan ku cari ganti!

Assalamualaikum...(^ ^)

setelah abah pergi di bulan Ramadhan pada tahun 2004, sekali lagi Mas diduga di bulan Ramadhan... tanggal 27 Ramadhan 1428H perginya buah hati pengarang jantung Mas! pergi tanpa sebarang pesan, hanya sekujur tubuh yang kaku sahaja! perginya dia selepas bertarung nyawa selama 27 hari sahaja... dahlah masa tu lagi 3 hari nak raya! 

hari ini genaplah 4 tahun mak pergi meninggalkan kami semua... pemergian mak memang sukar diterima! setiap kali Ramadhan hati akan terasa sayu! tapi kalau mak masih ada Ramadhan adalah bulan sibuk bagi dia... maklumlah mak meniaga kuih-muih tradisional seperti bahulu, putu kacang, kuih siput, kuih buah rotan dan kuih gunting... kuih-muih hasil tangan mak memang terkenal!

bila masuk je 15 Ramadhan mak dah mula buat kuih... kami adik beradiklah yang jadi assistant mak! siang malam sibuk buat kuih! seronok sangat sebab bila mak dah dapat untung meniaga, kami semua akan dapat upah! jadi bolehlah beli bunga api... 

Ya Allah, sedihnya bila kenangkan semua itu... sampai sekarang setiap kali balik beraya di kampung, seperti ternampak2 mak sambut kepulangan kami! mak memang paling gembira setiap kali anak2nya balik... rindunya saat2 itu!

Al-Fatihah untuk arwah mak... moga rohnya dicucuri rahmat!

gambar pinjam google

Jumaat, 26 Ogos 2011

photoshoot pra RAYA... sendirian berhad je!

Assalamualaikum...(^ ^)

semalam dah ambil baju raya kami yang sedondon tu dekat tailor... sejak berkahwin, tiap2 tahun memang kami akan buat baju raya sedondon! nampak ceria sikit kan?

masa dok try baju2 tu, tiba2 tergerak hati nak buat photoshoot pra raya... sajalah nak abadikan gambar sebelum hari raya di rumah sendiri! Mas kalau photoshoot buat sendirian berhad je... takdelah sampai nak upah mana2 photographer pun! tak mampulah... lagipun sekadar nak bergambar sebagai kenangan!

jadi berbekalkan kamera Nikon D3100, maka terhasillah gambar2 ini... gambar terpaksa di letak black and white kerana tak nak dedahkan lagi warna baju raya kami... tak suspenlah nanti! tunggu 1 Syawal baru boleh didedahkan kepada umum... macam bajet artis je!

bermaaf-maafan dulu
maafkan ayang atas semua salah dan silap
kakak simpan tau duit raya ni...
arfan nak duit raya jugak ke?
terima kasih abang... tahun depan bagi lagi!
wajiblah ada gambar satu keluarga

mood RAYA... packing time!

Assalamualaikum...(^ ^)

kawan2 kerja lagi ke? Mas dah cuti, tapi belum balik kampung lagi... hari ni projek mengemas rumah dan packing beg untuk bawa balik kampung esok!

biasanya Mas kalau packing baju ni mesti cukup2... kalau nak balik kampung 10 hari, 10 helai lah Mas bawak! bukannya apa, senang sikit kan? tak perlulah nak basuh kat kampung nanti, yang dah pakai tu bawak balik ke rumah sendiri nanti baru basuh... bukan malas tau, tapi nak jimat masa dan tenaga!

yang paling penting sekali baju anak2 lah... semuanya kena bawak lebih! maklumlah budak2 kan, main sikit je dah kotor dan masam baunya... kenalah tukar baju lain!

tengok sajalah gambar tu... baju anak2 Mas je dah penuh satu beg! belum baju mama dan babahnya lagi... nampaknya kami kena packing beg lain lah...
 
penuh wooo.. maklumlah 10 hari kat kampung!

Khamis, 25 Ogos 2011

orang lain pun nak berbuka juga!

Assalamualaikum...(^ ^)

esok dah cuti, sabtu dah nak pulang ke kampung! jadi untuk iftar terakhir di perantauan ni Mas kesempatan untuk iftar di luar je! pada mulanya bercadang nak berbuka di Restoran MAEPS tapi dah fully booked! tekak dah memang mengidam steamboat jadi cuba pula kat Johnny Restoran... fully booked jugak!


akhirnya kami ambil keputusan untuk makan kat Johnny tu selepas waktu berbuka! pukul 8 kami dah tunggu kat depan pintu restoran... memang ramai orang, jadi kena beraturlah! nasib Mas baik, sekejap je beratur dah ada meja kosong... 

semasa Mas sedang enak menjamu selera semakin ramai orang menunggu giliran untuk makan di situ... kesian pulak Mas tengok mereka, mesti dah lapar! jadi kami pun makan cepat2 supaya orang lain pula boleh masuk! cuma Mas perasan ada 4 orang sahabat ni dah duduk kat situ hampir 2 jam... dari waktu berbuka sampailah Mas dan family habis makan!

memang meluat tengok sikap mereka... langsung tak prihatin dengan orang lain! bukannya mereka tak nampak masih ramai orang menunggu di luar untuk makan di situ... tapi mereka buat macam tak nampak je! siap boleh bergelak ketawa lagi... geram rasa nak pergi sound direct je!

sepatutnya kalau makan di sebuah restoran tu pandai2lah bajet masa... janganlah ambil masa yang terlalu lama untuk makan... fikirkan juga orang lain yang menunggu di luar! mereka pun nak buka puasa jugak...

retak menanti belah!

Assalamualaikum...(^ ^)

tau2 je orang nak raya kan? tiba2 pulak berlaku kejadian tak diingini... agak2nya cukup tak modal nak tukar yang baru! kalau tak cukup nampaknya lepas rayalah... tunggu bonus hujung tahun pulak!

ini kisah pagi tadi... masa on the way nak hantar anak ke sekolah! pagi2 biasalah, semua orang nak cepat sampai ke pejabat masing2... tengah syok memandu sambil dengar lagu raya tiba2 kereta depan brek emergency! Mas pun terpaksalah brek jugak, kalau tak cium bontot kereta dia! 

masa brek tu anak Mas yang lelaki tu berdiri kat seat sebelah... tak pasal2 kepala dia terhantuk kat windscreen! Mas dah panik dah, ingatkan kepala dia yang luka... rupanya windscreen tu yang retak! keras pulak kepala anak Mas ni... huhuhuhuuuu

Mas tak kisah sangat pasal windscreen tu sebenarnya... lebih risaukan kepala anak! menyesal pulak tak suruh dia duduk dan pakai seat belt... cuai lagi kan?

nampak tak retak tu... besar gak kan? keras betul kepala anak Mas ni!

yeayyyyy... dapat duit raya!

Assalamualaikum...(^ ^)

biasanya orang dah kahwin dan bekerja ni memang jarang dapat duit raya... kecualilah dapat dari suami tercinta! tapi Mas memang murah rezeki, tiap2 tahun mesti dapat duit raya dari BOSS... itulah sebagai bonus setelah Mas mencurahkan sepenuh tenaga terhadap tugas-tugas yang bos berikan! 

memandangkan Mas ada anak jadi mereka jugak tak ketinggalan dapat... bertambah lagi duit raya mereka! boleh lah simpan untuk kegunaan masa hadapan... 

buat boss Mas (walaupun dia tak baca blog ni), terima kasih banyak2 atas duit raya tu! moga rezeki boss bertambah murah lagi... you're the best boss in the world! bukan bodek tau, tapi dia memang boss yang best antara boss2 yang pernah Mas jaga...

duit raya untuk anak-anak Mas
duit raya untuk Mas... siap tulis PA lagi! heheheeee


Rabu, 24 Ogos 2011

wordless wednesday [27]

Assalamualaikum...(^ ^)

sampai jugak hajat nak makan... so yummy and delicious! 

Alien is my favourite

simpati dengan mereka sebenarnya

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar diambil di bazar ramadhan semalam
simpati dan kesian Mas tengok mereka ni... tapi bimbang pun ada sebab takut mereka hanya dipergunakan oleh mana2 sindiket! mungkin bukan atas kerelaan mereka agaknya kan? tapi kerana terpaksa untuk dapatkan sesuap nasi terutama untuk anaknya... 

kalau tengok dari rupa, macam orang asing... samada indonesia atau myanmar! sempat jugaklah Mas temuramah dia sikit... Mas tanya dia asal dari mana dan kenapa minta sedekah? dia tak jawap pun, hanya tersenyum je... mungkin dia malu atau takut!

tapi tak boleh salahkan dia kan? mungkin dia menjadi mangsa sindiket yang nak kaut keuntungan dengan cara mudah! nak tak nak dia kena ikut untuk dapatkan rezeki... wallahualam, hanya Allah SWT Maha Mengetahui!

wordless wednesday [26]

Assalamualaikum...(^ ^)

tempahan dah sampai... boleh RAYA dah ni! jangan habis sebelum raya sudah...


wordless wednesday [25]

Assalamualaikum...(^ ^)

sikit je tahun ni... bajet ciput! semua kena kasi potong maaaaaa... huhuhuuuu


Selasa, 23 Ogos 2011

mood RAYA... setahun hanya sekali!

Assalamualaikum...(^ ^)

jangan bosan ye kawan2, entri berbaur raya lagi... biasalah bila balik rumah je mood RAYA tu dah 100%! 

malam ni secara rasminya Mas dah pasang pelita... bagi nampak meriah sikit kan, baru mood raya tu semakin membuak2! walaupun tinggal kat kawasan rumah teres ia tidak membataskan kami untuk pasang pelita... memandangkan kat depan rumah tu takde tanah, jadi kami ikat je pelita tu kat pintu pagar... itu husband Mas punya kerjalah, kreatif gak dia!

tengok, meriah kan? setahun sekali je rumah boleh seceria ni... kami pasang tak banyak pun pelita, hanya 4 batang pelita buluh... cukuplah sekadar buat syarat kan!


anak2 Mas pun tak lepaskan peluang main bunga api... dah dua tiga malam dok bodek mamanya suruh beli bunga api! jadi bila dah pasang pelita ni barulah Mas bagi belikan untuk mereka! lagi nampak meriahlah bila dengar riuh rendah mereka main bunga api...


kena setel secepat mungkin ni

Assalamualaikum...(^ ^)

mood RAYA... mood RAYA... mood RAYA... hahahahaha! jangan marah aaaa...

penuh meja dengan fail dan surat... bukan sengaja letak ye!

badan je kat pejabat, hati dah dok fikir nak kemas beg baju je! lambat pulak hari Jumaat ni... tapi kerja kat pejabat ni macam tau2 je tuan dia nak cuti lama kan... menimbun pulak yang perlu diselesaikan! nampaknya kena setelkan semua kerja ni sebelum cuti... tinggal dua hari je lagi, esok ngan lusa! mood kerja, mood kerja sila datang sekarang... 

Mas lebih suka setelkan semua kerja sebelum cuti... kalau boleh tak nak ada yang pending! bukannya apa, senang sikit... baru boleh cuti dengan hati yang gumbira! kalau tak setel rasa macam serabut je... mulalah asyik dok fikir kerja kat opis berlambak lagi tak selesai! wahhhhh... macam bagus je kan? pekerja contoh sangatlah tu! padahal hari-hari mengupdate blog sambil buat kerja... macam mana nak selesai?

oklah, nak sambung buat kerja ni, tak raya pulak kang! bye blog, jumpa malam nanti!

mood RAYA... servis kereta dulu!

Assalamualaikum...(^ ^)

kemain excited lain masing2 nak sambut raya ye... dah macam2 persiapan yang telah selesai dibuat! bagi Mas belum 100% lagi siap... shopping raya je dah sudah! 

yang ni semua belum lagi... baju raya kat tailor tak ambil lagi, kuih raya tak dapat lagi, duit raya tak masuk dalam sampul lagi, beg baju tak kemas lagi, rumah tak kemas lagi dan yang paling penting kereta pun tak servis lagi... banyaknya lagi belum setel! 

gambar dari blog husband
tapi servis kereta ni adalah yang paling penting... al-maklumlah, ia melibatkan keselamatan Mas dan anak2... dah lah memandu balik ke kampung nanti dengan anak2 je! kalau tak persiapkan kereta dari awal, susah Mas nanti... dahlah tak tahu apa2 langsung pasal maintenance kereta ni!

cuma Mas bernasib baik sebab tak perlu hantar ke kedai untuk servis... husband sendiri kan ke mekanik! jadi untunglah, selain jimat masa boleh jimat kos! 

jadi bagi kawan2 yang nak balik kampung tu, samada naik motor atau kereta... jangan lupa servis kenderaan anda! semua tu penting untuk kelancaran perjalanan dan keselamatan kita... yang pastinya kita nak sampai kampung halaman dengan selamat kan? wahhhhh... tak menahan pesanan penaja ni!

di sebalik nama Anonymous

Assalamualaikum...(^ ^)

Anonymous World by *miqulski on deviantArt

best ke bersembunyi di sebalik nama Anonymous... best kot bagi yang suka kondem dan kutuk blog orang lain... bagi dia ada saja salah kat blog orang lain... pantang blogger lain tulis lebih-lebih sikit, mulalah nak serang!

mula-mula berblog dulu Mas tak kisah sangat pasal cik Anon ni... sebab masa tu blog Mas belum dicemari lagi! tapi sejak kes isu menderma untuk bantuan rakyat Somalia tu, barulah Mas sedar apa masalah Cik Anon ni sebenarnya...

rupanya mereka ni sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri... bak kata pepatah baling batu sembunyi tangan! baling berani tapi takut orang tahu dia yang baling! kalau betul nak perbetulkan kesalahan dan kesilapan orang lain, apa salahnya tunjuk rupa dan kutuk secara SIHAT... dia pun dapat pahala dan kita pun dapat perbaiki kelemahan! ini tidak, berselindung di sebalik nama Cik Anon atau cik Tanpa Nama...

tapi lepas kes derma tu, Mas memang tak layan dah komen-komen dari Cik Anon ni... Mas baca dan terus delete! biarlah dia nak komen berkali-kali pun... Mas cuma ucapkan terima kasih jelah sebab dia sudi lagi jengah blog Mas! maknanya dia dah suka blog Mas lah tu... 

Isnin, 22 Ogos 2011

my favourite number... ada ong tak?

Assalamualaikum...(^ ^)

lagi sekali rasa malu nak buat entri pasal jumlah pageview ni... orang lain dah ratus ribu tak kecoh pun kan? Mas ni baru 80 ribu lebih dah nak buat entri! kenalah cakap camni dan sedar diri kan, manalah tau ada yang tak puas hati nanti... cakap Mas riak dan berlagak!

tapi memandangkan ini untuk kepuasan berblog, Mas update jugaklah! terima kasih pada semua pengunjung setia atau separa setia blog ni... tanpa kalian tak mungkin blog Mas berada pada tahap ini! 

lagipun nombor 7 dan 8 ni nombor favourite Mas... cantik kan nombornya! ada ong tak? heheheeee... gurau je! ini cumalah satu bonus bagi blog Mas...

v

v
v

v


jumlah inilah yang tidak mematahkan semangat Mas untuk terus berblog...

mood RAYA... mood kerja sudah ke laut!

Assalamualaikum...(^ ^)

campur hari ni lagi 4 hari je Mas akan menjalankan tugas di pejabat... start hari Jumaat, Mas dah mula cuti raya sehingga 5hb! cuti sakan ko... 

saat ni mood kerja jangan cakaplah, memang dah ke laut china selatan dah! nak pulak tengok deko2 raya yang meriah gitu! dengan ketupat2 tiruan yang bergantungan dan lampu lip lap yang berwarna warni... memang membangkitkan mood RAYA sungguh!

radio pulak tak henti2 memutarkan lagu raya... lagilah! terus terbayang kampung halaman, lemang, rendang, nasi impit dan macam2 lagilah! hahahahaaaa... memang tak menahanlah Mas ni!


kat bilik Mas pun tak ketinggalan gantung ketupat... tapi 2 ketul jelah, itupun orang yang sedekah! nak buat sendiri tak pandai... bila tengok ketupat tu lagilah mood raya membuak2! hahahahaaaa...

kawan2 bila start cuti raya?

pergi tak akan kembali

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari google
tanggal 22 Ramadhan 1425H perginya seorang abah yang amat Mas cintai dan sayangi... hanya terlantar sakit selama hampir 6 bulan, abah pergi meninggalkan kami semua! sebak dan sedih hanya Allah SWT yang mengetahui... dahlah masa tu lagi 8 hari je nak raya!

hari ini genaplah 7 tahun pemergiaan abah... memang setiap kali puasa Mas pasti akan teringat! maklumlah abah pergi di bulan Ramadhan kan? kalaulah abah masih ada dialah orang yang paling sibuk setiap kali nak raya... sibuk cari buluh nak buat pelita, sibuk cari kayu api dan buluh untuk buat lemang dan sibuk nak buat dodol dan wajik! semua tu wajib ada bila raya...

bila tiba malam raya abah mesti suruh along Mas tuliskan nama semua ahli keluarga dalam bahasa jawi... along sekolah arab, jadi dia jelah yang teror sikit tulis! semua tu untuk persiapan nak bayar zakat fitrah... abah memang akan bayar sebelum sembahyang raya, ambil sunat katanya! 

balik je dari bayar zakat fitrah, dia dah sibuk suruh anak2 semua siap... pukul 8 semuanya mesti dah siap dan beratur untuk bermaaf-maafan! pastu keluar sama2 untuk sembahyang raya di masjid...

Ya Allah, indahnya semua kenangan dengan abah... jadi tiap2 kali raya kami adik beradik memang teruskan tradisi buat lemang... cuma dodol ngan wajik je tak buat! masa buat tu teringat saat2 indah buat lemang bersama abah... memang menitis airmatalah!

Al-Fatihah untuk arwah abah... moga rohnya dicucuri rahmat! 

handphone pulak nyaris hilang!

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar sekadar hiasan... pinjam sini
Mas sambung lagi pasal kisah nyaris hilang yang berlaku semalam... dahlah masa sibuk2 shopping anak nyaris hilang, klik sini untuk baca! pastu masa tengah tunggu waktu berbuka, handphone pulak nyaris hilang!

memang Mas marah betul dengan diri sendiri, kenapalah Mas cuai sangat semalam... cuai nak kawal anak dengan sebaik mungkin dan cuai jaga harta sendiri! nasib badanlah kena bebel dengan husband... 

kisahnya macam ni... masa tu kami tengah lepak2 sementara tunggu waktu berbuka! tengah borak2, anak Mas yang lelaki tu sibuk minta handphone Mas... nak tengok jam katanya! Mas pun bagi jelah dan siap pesan nanti pulang kat mama semula... bila dah hampir waktu berbuka Mas pun beredar dari situ! singgah sekejap kat kedai bakery untuk beli roti... masa nak ambil purse baru perasan yang handphone takde!

terus teringat yang anak Mas pegang handphone tadi... kelam kabutlah suruh husband tengok kat tempat kami duduk tadi! tengok2 dah takde handphonenya... waaaaaaa, rasa nak nangis! iphone ko, kumpul duit setahun baru dapat beli... 

tengah kelam kabut tu tiba2 ada orang call handphone husband... rupanya ada seorang indian lady ni dia terjumpa handphone Mas tertinggal kat kerusi tu... teruslah dia call nombor yang first sekali ada kat senarai contacts tu! nasib baiklah nombor husband! 

memang Mas rasa nak jerit kegembiraan lah masa tu... siap peluk lagi indian lady tu! tapi sempat jugaklah dengar nasihat dari dia... heheheee! tulah, sapa suruh cuai kan?

Ahad, 21 Ogos 2011

anak nyaris hilang!

Assalamualaikum...(^ ^)

setiap kali shopping raya mesti ramai orang, nak pulak hujung minggu... kadang-kadang itu yang membimbangkan, sebab jika cuai sikit anak hilang entah ke mana! macam Arfan, memang tak boleh leka sikit... sedar-sedar dah lesap! padahal masa tu Mas dah kawal dia sehabis baik...

itulah yang terjadi masa shopping tadi, nyaris hilang! memang kelam kabutlah kami cari... pusing satu kedai baju dok cari dia! jantung jangan cakaplah, boleh kena heart attack... berdegup laju macam orang lari 100 meter... dekat 15 minit jugaklah kami cari dia, dah mengigil satu badan Mas dibuatnya! tiba-tiba Mas tergerak hati nak tengok kat luar kedai, sebab kat luar tu ada mainan musical car!

bagi nak luruh jantung, rupanya dia ada main kat situ! apa lagi kena marahlah, tapi dalam masa yang sama peluk cium jugak! sapa tak risau woooo, anak nyaris hilang!

inilah Arfan, yang nyaris hilang tadi... mahu pengsan mama dibuatnya!

selesai sudah shopping raya

Assalamualaikum...(^ ^)

terabai blog Mas hari ni, gara2 shopping raya punya pasal... maklumlah minggu depan dah nak balik kampung! jadi hari ni jelah punya masa untuk shopping... dari tengahari sampai malamlah jawabnya!

Mas shopping pun takdelah sakan sangat... hanya peruntukkan RM300 je untuk beli kelengkapan 4 beranak! alhamdulillah, cukup semuanya... memang belanja berhemah betul tadi! Mas beli apa yang berkenan di mata dan dihati, jenama dan harga tolak tepi!

sebenarnya shopping raya ni lebih untuk anak2 je, merekalah yang paling seronok nak sambut hari raya kan? untuk diri Mas dan suami ala kadar sahaja, beli apa yang patut dan difikirkan perlu! kalau kita pandai rancang perbelanjaan dan beli ikut kemampuan, pasti lepas raya nanti masih punya wang yang mencukupi untuk belanja!

inilah hasil shopping kami...

Sabtu, 20 Ogos 2011

jangan ingat shopping je, zakat bayar tau!

Assalamualaikum...(^ ^)

tanpa disedari, dah 20 hari kita berpuasa... tinggal lagi 10 hari je lagi! 

alhamdulillah... zakat kami dah selesai!
Mas percaya sudah pasti ramai dah berkira2 untuk shopping raya kan? tapi walaupun dah sibuk siapkan peruntukan untuk shopping, jangan lupa sediakan juga untuk bayar zakat fitrah... sekali setahun je!

bagi wanita yang dah berkahwin sudah pastinya tak perlu fikir pasal nak bayar2 ni... dah jadi tanggungjawab suami untuk bayar kan? bagi yang belum berkahwin samada sudah bekerja atau belum berkerja masih menjadi tanggungjawab ayah untuk bayar kan? tapi ada juga nak bayar sendiri sebab tak mahu bebankan ayah mereka!

tapi semasa arwah abah Mas ada dulu dia memang tak bagi Mas bayar sendiri walaupun dah bekerja... bagi dia Mas masih tanggungjawab dia selagi belum kahwin! kalau Mas berkeras nak bayar pasti kena marah! kecualilah adik beradik lelaki... bila dah bekerja memang kena bayar sendiri!

tapi walau apa keadaan sekali, jangan lupa bayar sudahlah ye!

berasap jugak dapur aku!

Assalamualaikum...(^ ^)

lamanya dah tak masak... hari-hari asyik beli kat bazar Ramadhan je! bukannya malas tapi biasalah bulan puasa ni, tekak nak makan macam-macam kan?

tapi hari ni Mas malas nak pergi bazar... dahlah hujan, nak keluar pun malas! husband pulak kerja... jadi apa salahnya Mas masak hari ni... bukanlah masak menu berat, tapi menu simple dan ala kadar je! janji dapat kenyangkan perut sudahlah kan?

dipersembahkan juadahnya...

 Nasi Goreng Ikan Bilis ala Kampung

Cucur Ikan Bilis Meletupssss

walaupun simple tapi memikat mata dan selera kan? Selamat Berbuka...

jangan salahkan mata lelaki!

Assalamualaikum...(^ ^)

mulut orang kita tak boleh tutup, inikan pulak mata! (peribahasa ciptaan sendiri...)

Man of many eyes by Bleedmanian13 on deviantArt
serius Mas cakap, kadang2 kita tak boleh salahkan mata lelaki kalau mereka suka pandang perempuan sampai juling biji mata... bukannya mereka sengaja nak pandang, tapi kalau perempuan tu dah tayangkan semua yang tak sepatutnya ditayang... jadi salah siapa?

sebaik2 mana lelaki itu pun pasti akan toleh jugak kan? free of charge je mereka tengok, bukan perlu bayar apa2 pun... husband Mas pun kadang2 camtu, bukanlah Mas nak kata dia nak mengatal! tapi bila Mas tanya kenapa pandang perempuan tu sampai nak juling biji mata? dia akan nafikan... "bukan abang sengaja nak pandang, tapi dah dia tunjuk camtu... terpandanglah!

jadi tak akan Mas nak salahkan husband, cakap dia mata keranjang! kadang2 mata kita orang perempuan ni pun akan pandang 2 atau 3 kali jugak kalau nampak perempuan yang suka tayang2 body ni kan? bukanlah kita tergoda tapi terfikir patutlah lelaki suka tengok perempuan berpakaian sebegitu! 

dalam hal ni, Mas bukan nak menangkan lelaki... sebaliknya kita sebagai wanita kena pandai jaga aurat dan jaga maruah! perempuan yang menutup aurat pun lelaki boleh pandang sampai juling biji mata, inikan pulak yang pakai baju macam tak cukup kain tu!

Jumaat, 19 Ogos 2011

pon.. pon.. TEPI, kereta besar nak lalu!

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar sekadar hiasan, bukan gambar sebenar... pinjam sini
bila berjalan di bazar ni macam2 gelagat manusia yang kita tengok... tapi hari ni Mas memang geram sikit dengan sikap seorang pemandu kereta ni! bukan setakat Mas je yang geram, ramai lagi pengunjung bazar Ramadhan tu meluat dengan sikap dia...

masa tu memang tengah ramai orang berjalan di bazar sambil memilih2 juadah, sama jugak dengan Mas... masa tengah asyik membeli tiba2 dikejutkan dengan bunyi hon kereta! bila toleh ke belakang Mas lihat sebuah kereta selamba je masuk ke bazar tu... 

bayangkanlah kawan2, dahlah masa tu ramai orang... tak pasal2 semua orang yang tengah berjalan tu terpaksa bagi laluan dekat dia... kalau ada yang tak beri laluan dia akan bunyikan hon! memang sangat menjengkelkan sikap dia... apa dia ingat dia seorang je yang ada kereta besar! 

pastu tak hormat langsung dekat orang yang nak membeli juadah berbuka... memang pentingkan diri sendiri!

menang lagi!

Assalamualaikum...(^ ^)

Love win by Alephunky on deviantArt

inilah yang dikatakan rezeki Ramadhan kan... tak sangka pula penyertaan kali kedua dalam Giveaway Aidilfitri Eqbalzack membuahkan hasil... alhamdulillah, kemenangan untuk kali kedua! 

memang ramai blogger-blogger yang hebat dan kreatif menyertai GA ni... tapi tak sangka sungguh Mas boleh menang tempat kedua! bagi yang belum tengok penyertaan Mas, boleh klik sini... hadiah yang bakal Mas menangi adalah duit raya RM20 dan souvenir (limited edition-Hari Raya) from eqbalzack.com!

sekali lagi jutaan terima kasih pada Abg Eq kerana pilih Mas lagi sebagai pemenang!

tahniah juga pada blogger lain yang menang...

ada orang tak puas hati Mas menderma

Assalamualaikum...(^ ^)

semalam Mas ada buat entri pasal penderitaan rakyat Somalia tu... boleh klik sini untuk baca! entri itu dibuat atas dasar keprihatinan untuk sama-sama membantu mereka dengan apa yang Mas termampu... tidak berniat nak bangga diri atau menunjuk-nunjuk...

komen di entri tersebut

tapi ada juga makhluk Allah yang tidak berpuashati... mungkin bagi dia Mas nak menunjuk-nunjuk dengan menyatakan yang Mas dah menderma... salah ke kalau Mas sekadar cakap yang Mas dah menderma? bukannya Mas bagitahu yang Mas menderma berapa... 

kenapalah ada orang sebegini kan? selalu tak puashati dengan apa yang orang lain lakukan... niat baik orang lain pun dia nak salah ertikan!

kepada Encik/Puan Tanpa Nama, terima kasih datang blog Mas dan komen... Mas memang dah menderma setakat yang Mas mampu untuk membantu mereka... awak dah ke?

Khamis, 18 Ogos 2011

kena setem 50 sen lah...

Assalamualaikum...(^ ^)


semalam Mas dah pos beberapa kad raya untuk rakan2 blog yang sudi menerima kad raya dari Mas... masa pos tu Mas hanya gunakan setem 30 sen sebab itu jelah stok setem yang ada... sebelum pos tu tanya jugak dengan husband, sampai ke kalau guna setem 30 sen? husband dengan yakinnya jawap, mesti sampai punya...

hari ini pun Mas pos lagi beberapa keping... tapi kebetulan stok setem dah habis! Mas pun nak belilah setem 30 sen lagi 10 keping... tapi posmen tu kata kalau nak pos kad raya kena guna setem 50 sen! macam mana ni... semalam Mas dah pos guna setem 30 sen!

terus tanya dengan posmen tu, sampai tak kad2 yang Mas pos semalam? akan sampai katanya... tapi penerima kad tu akan dikenakan denda 20 sen masa nak terima kad tu! tapi posmen tu ada cakap, terpulang jugak pada budi bicara posmen yang hantar tu... kalau dia tak kisah, dia tak akan minta denda tu!

alaaaaa...camne ni? kesian pulak dekat kawan2 yang terima kad tu nanti... tak pasal2 kena bayar denda 20 sen pulak nanti! 

jadi Mas nak minta maaf pada Edie, Syazwan, Laily Qaisyirah, Ezahd, Sunah dan Hasrul Hassan kalau masa terima kad tu nanti kalian kena bayar denda 20 sen! huhuhuhuuuu...

cuti RAYA dah lulus!

Assalamualaikum...(^ ^)

lagi 8 hari Mas akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya... tak sabar sangat rasanya! nak bakar lemang, nak buat rendang, nak pasang pelita malam tujuh likur, nak main mercun dan bunga api serta nak jalan2 kat bandar pada malam raya!


tapi sebelum nak bersukaria buat semua tu, haruslah mohon cuti raya dulu kan? kalau tak mohon nanti, tak pasal2 tak dapat balik raya... Mas dah rasa excited gila sebab cuti raya Mas dah diluluskan! tahun ni Mas ambil cuti rehat 4 hari je, yang lain tu semuanya cuti umum! malas nak ambil cuti lama2, sebab husband tak cuti pun...

jadi Mas akan berada di kampung lebih kurang 10 hari... bestnya! bolehlah beraya kat rumah kawan2 dan saudara mara... collect duit raya banyak2 untuk anak2! 

cuti raya kawan2 macam mana... dah lulus ke?

kita makan sedap... mereka??

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar pinjam dari blog Ben Ashaari

memang hati sangat tersentuh melihatkan penderitaan mereka ini... nak dapatkan sesuap makanan pun susah! kalau nak dibezakan dengan kita yang hari-hari mewah dengan makanan dan minuman yang sedap-sedap! 

jadi dengan itu marilah kita sama-sama membantu mereka... walaupun hanya menderma satu ringgit, itu dah cukup membantu daripada kita hanya melihat dan berdiam diri! sesungguhnya keprihatinan kita itu dapat meringankan beban dan penderitaaan yang mereka tanggung...

untuk menderma boleh klik sini... mudah saja caranya! boleh menggunakan kad kredit atau online internet banking...

Mas dah menderma... kawan-kawan bila lagi?

rupanya "hilang" kerana duit!

Assalamualaikum...(^ ^)

apalah nak jadi dengan anak-anak zaman sekarang... mak ayah punyalah risau bila anaknya tidak pulang ke rumah dan disyaki hilang! tetapi sebenarnya anak sendiri yang merancang 'kehilangan' tersebut demi mendapat sejumlah wang yang banyak... kenapalah jadi macam ni kan? mesti terpengaruh dengan pujukan teman lelakinya...

sumber gambar dari google

Gadis 'hilang' dan teman lelaki kena tahan
SUBANG JAYA : Kehilangan pelajar tingkatan 5, Ameerah Asha sejak enam hari lalu, terjawab semalam apabila gadis itu ditahan bersama teman lelakinya kerana disyaki merancang penculikannya dan menuntut wang tebusan RM50,000 dari ibu bapanya.

Gadis 17 tahun itu dan teman lelakinya 19 tahun ditahan jam 9 pagi oleh sepasukan Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, dalam sebuah kereta di Saujana Puchong dekat sini, hasil maklumat risikan, susulan ugutan diterima ibu bapa gadis berkenaan, kelmarin

Hasil siasatan mendapati kes kehilangan dirancang pasangan berkenaan. Dia sebenarnya tidak hilang seperti dilaporkan, sebaliknya mengikut teman lelakinya sebelum merancang penculikannya untuk mendapatkan wang. Dia bersubahat dengan teman lelakinya untuk mendapatkan wang tebusan. (sumber : Berita Harian)

dia ingat perkara sebegini main-main agaknya... macam mana kalau mak ayahnya percaya dan bayar wang tebusan tersebut! sanggup dia buat camtu kan? kalau ada masalah sekali pun, apa salahnya berbincang dulu dengan ibu bapa... 

lagi satu, janganlah mudah terpengaruh dengan teman lelaki! mula-mula dia ajak sama bersubahat... tapi bila lelaki tu dah dapat duit tebusan tersebut, dia mungkir janji! tak pasal-pasal pulak kita yang jadi mangsa... 

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com