blog wajib baca

  • Mari mari ! - Hi 129-1, Lavender Heights 3, Lavender Height Business Square,Seremban 70400, Negeri Sembilan. (Premise is nearby to the KIPMART Senawang and Senawang Spec...

entri terbaru dan terkini

Isnin, 26 September 2011

solat express... sempurnakah?

Assalamualaikum...(^ ^)

pernah tak kawan2 solat express... 

Mas pernah jugak... terutamanya bila dah terlewat atau dah dekat nak habis waktu! paling selalu waktu subuhlah... tapi bila dah habis solat tu rasa macam tak sempurna je kan? rasa macam Mas solat tak ikhlas!

Mas berbicara di sini bukanlah nak tunjuk yang Mas pakar bab agama... cuma kita ni manusia memang mudah alpa dan ambil mudah sesuatu perkara! oleh kerana takut tak sempat buat sesuatu yang kita nak, kita cut masa solat kita... terus buat solat express! 2-3 minit cukup, janji solat...

tapi jika abaikan kesempurnaan solat maka apa yang kita ingin lakukan selepas tu pasti rasa macam kurang best je kan? mesti kita rasa macam tak cukup lengkap je... waktu tu kita renung kembali, sempurnakah solat kita tadi!

itulah kadang2 kita tak sedar yang solat kita tak sempurna kan... jadi kita kena jaga solat kita sebaik-baiknya kerana ia adalah tiang agama! sempurna solat kita maka sempurnalah kehidupan kita...

ingat mengingati amalan mulia terutama untuk diri sendiri!

sumber gambar dari google

jangan ajar anak meminta-minta

Assalamualaikum...(^ ^)

kebiasaannya anak2 akan ikut apa sahaja yang disuruh oleh ibu bapanya... samada ianya baik atau buruk! 

macam anak2 Mas, kalau tidak disuruh buat sesuatu tu pasti mereka tak akan buat... tapi bila kita suruh laju je mereka buat! kadang2 tu sampai kena marah, barulah nak buat apa yang disuruh! tapi kalau apa yang disuruh tu sesuatu  yang baik tak salah kalau kita paksa jugak mereka buat...

cuma janganlah kita ajar atau suruh anak kita buat yang bukan2... terutamanya sikap meminta2! sebagai contoh, musim raya ni... laju je kita suruh anak kita minta duit raya setiap kali pergi beraya! memanglah kita nak mereka dapat duit raya, tapi janganlah sampai ajar mereka meminta2 pula... nanti perkara ni akan jadi kebiasaan!

bila anak tu dah biasa meminta2 apa saja dengan orang perasaan malu tu akan tiada... tanpa segan dan silu anak2 akan minta apa saja yang mereka hendak dari orang lain! kalau tak dapat mungkin mereka akan bertindak lebih agresif untuk dapatkan juga apa yang mereka mahu...

jadi apa saja didikan dan ajaran kita terhadap anak2 semuanya bermula dari rumah... baik didikan kita maka baiklah anak2 kita bila berada di luar rumah... jika salah akan pincanglah segalanya!

ajarlah yang terbaik untuk anak kita... gambar dari google

perkahwinan mewah... berbaloikah?


Assalamualaikum...(^ ^)

mewah betul perkahwinan kau! wang hantaran ratus2 ribu, baju nikah dan baju kahwin cecah puluh2 ribu... tu belum campur sponsor sana sini... memang kelas gitu!

gambar dari google
sudah jadi trend sekarang semuanya nak perkahwinan mewah! berbaloikah semua ini... bukankah ia mengundang kepada rasa riak dan ingin menunjuk2!

masa Mas kahwin dulu, belanja perkahwinan tidaklah semahal sekarang... Mas cuma dapat hantaran yang biasa sahaja seperti kain pasang, jam tangan, kasut, handbag, telekung, set wangian dan barang kemas... tapi sekarang ni iPad pun orang dah buat hantaran kahwin... semuanya mahal2 dan berjenama!

jumlah wang hantaran pun tidak mahal, lebih kurang dalam RM5000 ke RM7000 sahaja... tapi zaman sekarang wang hantaran dah semakin meningkat naik! hingga ada yang cecah hingga puluhan dan ratusan ribu... wajarkah sebanyak itu, rasanya bersederhana lebih baik kan?

jadi pendapat Mas, apa yang penting kita rancanglah dulu perbelanjaan perkahwinan kita... kalau boleh berbincanglah dengan pasangan apa yang perlu dan tak perlu untuk majlis... buatlah majlis ikut kemampuan kita sahaja... tidak perlulah barang hantaran yang mahal2, baju yang cecah harga puluhan ribu... cukuplah apa yang kita termampu... apa yang penting akad nikahnya, yang lain tu cuma syarat sahaja!

Ahad, 25 September 2011

takde penyakit cari penyakit

Assalamualaikum...(^ ^)

nak berkahwin lebih dari satu memanglah boleh kalau berkemampuan dan mampu laksanakan tanggungjawab dengan adil... dan juga tidak menganggu tugas dan tanggungjawab terhadap pekerjaan kita! ini tak, segala masalah peribadi dicampur aduk dengan tugas di pejabat sehingga semuanya jadi tunggang langgang...

Mas ada seorang kenalan... sebelum dia beristeri dua, memang sangat komited dengan kerja! hari2 datang kerja awal dan tepat pada waktunya... tak pernah ponteng kerja pun! tapi sejak ada dua cawangan ni kerja pun dah makin terabai...

dia dah selalu datang lewat, selalu ponteng kerja dan selalu hilang bila waktu kerja... tak pastilah apa masalah dia, samada sibuk dengan kedua2 isterinya atau ada masalah dengan isteri2nya! itu Mas tak pasti sangat... tapi sejak tambah cawangan dia jadi macam tu...

jadi pada kaum2 adam yang ada 2 atau 3 cawangan tu pandai2lah bahagikan masa antara rumahtangga dan tugas di pejabat! jangan jadikan masalah rumahtangga sebagai sebab untuk bermasalah di tempat kerja! pandai buat pandailah tanggung kan? janganlah takde penyakit nak cari penyakit!

gambar sekadar hiasan... sumber dari google

Sabtu, 24 September 2011

hilang rasa hormat

Assalamualaikum...(^ ^)


sudah memang jadi adat dan tradisi kita kena hormat kepada orang yang lebih tua... tapi tak semestinya apa yang orang tua cakap semuanya betul kan?

hari ini Mas memang terasa hati dengan seorang pakcik ni... hilang jugaklah sedikit rasa hormat Mas pada dia! dengan selambanya dia malukan Mas kat depan orang ramai masa Mas kat open house rumah jiran!

pada mulanya Mas anggap kata dia tu sebagai gurauan... jadi Mas cuma diam dan senyum! tapi makin Mas diam makin menjadi pulak dia cakap yang bukan2 kat Mas! bila Mas diam dan buat tak tahu dia terus sindir2 Mas... dia siap cakap macam ni... 'bila orang cakap kau buat diam je kan, buat2 tak tahu pulak!  

apa kes pulak pakcik ni... Mas tak nak jawap apa yang dia cakap sebab Mas masih hormat dia sebagai orang tua! tapi dia masih nak sakitkan hati Mas! sampai tetamu lain pun hairan kenapa dia berperangai sedemikian rupa... Mas pun apa lagi terus hilang rasa hormat dan respek pada dia! Mas terus balik tanpa ucap terima kasih pada tuan rumah... memang sakit hati!

sepatutnya dia sebagai orang tua, tunjukkan contoh yang baik kepada orang yang lebih muda... janganlah nak cakap ikut sesedap mulut je kan? orang lain pun ada harga diri dan maruah! janganlah tau nak aibkan orang...

tak pernah Mas hilang rasa hormat pada orang tua... tapi kali ni Mas memang kecewa!

Jumaat, 23 September 2011

jangan biar anak2 bersendirian

Assalamualaikum...(^ ^)

petang semalam selepas kerja Mas pergi ke Jaya Jusco Sri Kembangan... ada urusan sikit! and then anak Mas yang sulung tu nak pergi ke toilet... Mas pun temankan dia!

masa masuk tu Mas perasaan ada seorang budak perempuan sedang basuh tangan di sinki... Mas tengok dia seorang je dan masa tu memang takde orang lain pun! Mas pun hampiri dia dan bertanya... adik sorang saja ke? mak mana?

rupanya dia memang ke toilet sendirian, mak dan ayah dia ada di kedai makan! umur budak tu baru 6 tahun... terkejut Mas, beraninya mak ayah dia benarkan anak yang baru berusia 6 tahun ke toilet seorang diri! bagaimana kalau dia diekori oleh orang jahat, tak tahulah macam mana nasib dia!

sebagai ibu bapa sepatutnya kita kena ada rasa tanggungjawab terhadap anak2... walaupun melibatkan perkara yang remeh temeh! Mas masih teman anak sulung Mas ke tandas walaupun dia dah berusia 8 tahun... tak berani nak lepaskan dia seorang diri... bahaya ni ada dimana2 kan?

jadi janganlah biarkan anak2 kita bersendirian walaupun ke ke mana saja... jenayah penculikan kanak2 sekarang semakin berleluasa!

alone by enigmawing on deviantArt  (gambar sekadar hiasa)

Khamis, 22 September 2011

kerana mereka...

Assalamualaikum...(^ ^)

pernah ada ketikanya mood berblog hilang entah kemana... serba tak kena dibuatnya! fikirlah 24 jam pun nak update entri apa tapi mood tu tetap ke laut... serulah berapa banyak kali pun! kadang-kadang sampai terfikir nak biarkan je blog ni usang dimamah waktu! tak pun tutup je...

tapi semangat tu tiba-tiba datang tanpa diundang setelah sesi terjah ke blog kawan-kawan... rasa seronok dan terhibur baca entri mereka yang pelbagai cerita dan kisah! masa itulah mood kembali ceria dan idea datang mencurah-curah... maksudnya bernyawa lagilah blog Mas!

bagi Mas, salah satu faktor yang menjadi pendorong untuk terus berblog adalah kawan-kawan blogger... kunjungan mereka tanpa erti jemu ke blog Mas menjadi penguat semangat! jadi buat apalah kita nak ada rasa dengki sesama blogger kan? patutnya kita sedar mereka itulah yang banyak membantu kita untuk terus menulis entri di blog!

ingatlah, tanpa mereka mustahil blog kita boleh dikenali dan terus dikenali... 

kerana mereka Mas terus berblog... terima kasih semua!

kongsi kereta... adakah masih diamalkan?

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari google

masih ingatkah kawan2 dengan kempen kongsi kereta... kalau tak silap masa tu tahun 1990an kan? masa tu kempen tersebut diperkatakan secara meluas baik di media cetak dan media elektronik! tapi bila dah masuk tahun 2000 kempen tersebut seperti tenggelam dek arus alaf baru...

mungkin sekarang ada lagi orang mengamalkan konsep kongsi kereta ni... tapi segelintir je kot? lagipun semua orang dah mampu memiliki kereta sendiri... jadi bagi mereka buat apa nak kongsi2! rugilah mereka beli kereta mahal2 kan?

bagi Mas ada jugak kelebihan kongsi kereta ni... boleh jimatkan minyak dan kurangkan kesesakan lalulintas! lagipun kalau tempat kerja kita sehaluan dengan kawan2 apa salahnya berkongsi kan? 

macam Mas masa menetap di Cyberjaya dulu pernah kongsi kereta dengan kawan... kebetulan dia kerja kat Kementerian Pengajian Tinggi dan laluan kami sama, so dia tumpanglah kereta Mas! bulan2 dia bagilah duit minyak, Mas untung dia pun boleh jimat!

ada tak kawan2 yang tinggal di Salak Tinggi... boleh je nak kongsi kereta dengan Mas!

Rabu, 21 September 2011

wordless wednesday [32]

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas percaya ramai yang suka blog ini... cool kan? blog wajib baca hari2 ni...

uncle pinjam gambar sat ye... 

FREE SEATS are here!

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari web AirAsia
yang dinanti2 telah tiba! bolehlah rancang2 mana destinasi percutian untuk tahun depan... dah lama Mas simpan impian nak pergi Bandung!  boleh shopping sakan... 

Mas dah try check tiket ke Bandung untuk kami 4 beranak cuma RM420 pergi dan balik... sangat berbaloi kan? so far Mas berpuas hati dengan harga tiket dan servis dari AirAsia ni... walaupun luggage dan makan kena bayar tapi biasanya kami tak guna servis tu... Mas lebih suka travel backpack je dan isi perut siap2 sebelum naik flight! jadi Mas dah boleh jimat di situ...

setakat ni Mas dah 4 kali travel dengan AirAsia... semuanya Mas beli tiket sewaktu promotion free seat ni! memanglah susah sikit nak dapat tiket promotion tapi kenalah usaha sikit... hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan?

bagi kawan2 yang dah merancang nak pergi bercuti pada tahun hadapan bolehlah booking tiket mulai hari ini hingga 25 September 2011... waktu travel adalah mulai 3 May 2012 hingga 27 Oktober 2012!

tengah usha2 tarikh nak ke Bandung ni... esok lusa bolehlah booking! heheheheeee

hormat hak privasi orang

Assalamualaikum...(^ ^)

setiap orang ada hak privasi mereka sendiri... dan sudah pastinya kita tak suka hak privasi kita dicerobohi kan? 

cuma ada segelintir orang tidak tahu menghormati hak privasi orang lain... sesuka hati je! kalau minta kebenaran takpelah ini tak, ikut suka hati dia sendiri je... seolah2 buat hak kita tu macam hak dia je!

kalau Mas paling tak suka orang yang suka tengok wallet atau handbag Mas... tengok atau pegang takpelah! ini habis semua dibelek2 dan diselongkarnya... bukannya Mas tak bagi tengok tapi dalam wallet atau handbag biasanya kita simpan barang peribadi kan? takkanlah nak bagi orang tengok sesuka hati...

satu lagi slip gaji dan buku bank... semuanya tu private and confidential kan? semua orang punya hak untuk tidak dedahkan kepada orang lain! jadi janganlah kita terhegeh2 nak tengok berapa gaji dan berapa duit yang orang tu ada dalam bank...

belajarlah hormati hak privasi orang lain pasti hak kita akan dihormati!

janganlah asyik nak tahu privasi orang je! gambar sekadar hiasan... sumber google

Selasa, 20 September 2011

aku susahlah kawan!

Assalamualaikum...(^ ^)

aku susahlah kawan, duit tak cukuplah! nak makan pun takde duit... 

janganlah suka cakap dan mengeluh macam ni... ada duit tapi selalu cakap takde duit! nanti Allah betul2 tarik rezeki kita macam mana? Mas memang tak suka orang macam ni... 

seharusnya kita bersyukur dengan setiap ringgit yang kita ada... walaupun kita tak banyak duit tapi kita masih boleh makan setiap hari, masih punya tempat tinggal dan masih punya pekerjaan... jadi janganlah asyik mengeluh tak cukup duit je! ingatlah, ada lagi orang yang lebih susah dan tidak berduit daripada kita! 

contohnya, rakyat Somalia tu... jangankan nak ada duit, makan pun belum tentu dapat!

jadi bersyukurlah dengan rezeki yang Allah berikan, walaupun sedikit dan tak cukup...

walaupun susah rezeki tu tetap ada... sumber gambar dari sini

kau senanglah dah kahwin...

Assalamualaikum...(^ ^)

kau senanglah dah kahwin, semua suami tanggung!

kau senanglah dah kahwin, nak kemana2 suami bawakan!

kau senanglah dah kahwin, nak itu ini suami belikan!

marriage by Zalitak on deviantArt
janganlah mudah berkata begini pada orang yang dah kahwin... jangan ingat perkahwinan itu satu perkara yang mudah dan senang semuanya! sebenarnya tanggungjawab orang yang dah berkahwin lagi berat... baik suami atau pun isteri!

walaupun bila sudah berkahwin isteri menjadi tanggungan suami tapi tidak semestinya semua terletak di bahu suami... isteri seharusnya sama2 membantu apa yang patut bagi meringankan beban suami! jadi tiada istilah, bila dah kahwin semua keperluan isteri dan rumahtangga suami yang tanggung... sama2 tanggung dan berkongsi, itu kan lebih baik!

nak kemana sahaja suami bawakan... tidak semestinya! isteri zaman sekarang sudah ramai yang pandai berdikari sendiri... tidak 100% mengharap suami jika mahu pergi ke sesuatu tempat! kalau asyik harapkan suami alamatnya duduk terperap kat rumah sajalah... kan lebih bagus kita berdikari kerana sekiranya ada apa2 kecemasan semasa suami tiada, kan senang!

nak itu ini suami belikan... tak jugak!  memanglah suami perlu beri nafkah untuk isteri tapi jangan ingat isteri boleh minta apa saja dengan suami! sekiranya isteri mampu beli sendiri, tak salah dia beli kan? lagipun cara ini boleh ringankan sedikit beban suami...

jadi berkahwin atau tidak sama sahaja... semua ada tanggungjawab masing2 sebagai khalifah di bumi Allah! yang berbeza cuma apa dan bagaimana tanggungjawab tersebut!


Isnin, 19 September 2011

aku boleh tolong kau... tapi

Assalamualaikum...(^ ^)

help me by my-elixir on deviantArt
tolong menolong tu amalan mulia... kalau ada orang lain kesusahan, kita boleh bantu jika termampu! kalau kita dalam kesusahan, boleh juga minta bantuan orang lain jika tidak termampu hadapi sendiri... 

cuma kalau nak tolong tu biarlah ikhlas, jangan harapkan balasan! jika kita tak mampu lakukan, beritahu dengan jujur yang kita tak boleh bantu... ini tidak, pura2 nak membantu sebab ada niat  dan agenda lain yang tersembunyi! bak kata perpatah, ada udang sebalik batu... 

kesian orang yang dibantu tu... dia benar2 mengharap kita dapat tolong dengan seikhlas hati! tapi bila dah tolong kita minta macam2 sebagai balasan... tak baiklah camtu kan? biarlah apa yang kita tolong tu mendapat balasan yang setimpal dari Yang Maha Esa, itu lebih baik!

kalau orang yang dibantu tu beri sesuatu sebagai balasan, kita terima sahaja dengan hati yang terbuka... tapi kalau dia tidak beri apa2, janganlah kita minta dan harapkan balasan! 

tengok iklan produk tu... menarik kan?

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari google
iklan memang memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan sesuatu produk... daripada iklan tersebut kita boleh tahu kebaikan dan keberkesanan produk itu! tapi jangan mudah tertipu ye... bukan semua iklan yang dibuat itu menggambarkan produk yang sebenar!

semasa Mas muda remaja dulu Mas sangat mudah terperdaya dengan iklan produk kecantikan... nampak je iklan produk kecantikan kat TV pasti Mas teruja! terus berminat nak cuba produk tersebut... 100% Mas percaya produk itu berkesan seperti yang dipertontonkan dalam iklan! 

bukanlah Mas kata semua iklan itu hanya gimik bagi melariskan produk ... ada juga iklan yang boleh memberi kesan yang mendalam kepada kita kan? cuma itu semua terpulang pada penerimaan kita dan bagaimana ia mempengaruhi kita... kalau kita benar2 percaya akan keberkesanan produk tu tak salah mencuba dan kita kena berani tanggung risiko!

ingat tujuan sebenar iklan adalah untuk melariskan dan mempromosikan produk... bukannya mereka nak kita terpengaruh! tepuk dada tanya diri sendirilah... 

Ahad, 18 September 2011

review filem Johnny English Reborn... kelakar habis!

Assalamualaikum...(^ ^)

lamanya Mas tak menonton wayang, rasanya hampir 2 bulan kot... banyak jugaklah cerita yang Mas dah ketinggalan... tapi hari ini Mas berkesempatan untuk menonton! apa lagi Mas pun memilih untuk menonton filem yang pastinya menjadi tontonan ramai iaitu Johnny English Reborn... pelakonnya sudah tentu Rowan Atkinson a.k.a Mr Bean!

gambar dari google

filem ini mengisahkan Johnny English seorang Secret Agent yang ditugaskan untuk menyiasat dan menghalang rancangan membunuh Perdana Menteri China... Johnny ditugaskan untuk mencari tiga orang ahli kumpulan Vortex bagi membantunya menyelesaikan misi tersebut! pelbagai dugaan dan cabaran yang Johnny hadapi sehinggalah salah seorang dari ahli agen risikan didapati bersubahat dalam rancangan tersebut... bagaimana Johnny menghadapinya? saksikan di pawagam...

sebelum masuk panggung Mas dah agak pasti filem ni sangat kelakar... mesti gelak dari mula sampai habis punya! memang jangkaan Mas tidak meleset... bila cerita bermula Mas dah ketawa sampai nak pecah perut dibuatnya! semua babak yang dipertontonkan kelakar habis! memang gamatlah panggung wayang dibuatnya... walaupun pada filem kali ini Rowan berlakon agak serius tetapi wataknya itu tetap kelakar!

secara keseluruhan filem ini memang kelakar habis... rugi kalau kawan-kawan tak menontonnya... Mas bagi 10/10 bintang kerana berjaya buat Mas ketawa tak henti-henti!
 

seronok ke cerita hal orang

Assalamualaikum...(^ ^)

semalam Mas ada gotong royong sikit kat balai husband sebab malam ni ada jamuan hari raya... first time Mas pergi sejak husband bertukar ke Balai Bomba Sepang... dapatlah berkenalan dengan isteri2 pegawai yang lain! 

mula2 tu memang rancak kami berbual sambil buat kerja... cerita tentang tugas2 suami, tentang anak2 dan tentang kehidupan seharian... tapi lama kelamaan tu ada pulak yang buka cerita mengaibkan orang lain! memang seronoklah dia canang cerita pasal orang tu...
 
ada sesetengah orang sangat suka bercerita hal orang lain dan aibkan orang lain kan? mungkin itu kepuasan bagi dia agaknya... bukan tidak boleh kita bercerita hal orang tapi biarlah perkara yang baik2! kalau perkara itu mengaibkan atau menghina seseorang rasanya tak perlulah... buat tambah dosa je kan?

sama juga seperti dalam blog, kalau boleh kita kurangkan cerita2 yang membuka aib orang lain... mungkin dia memang buat salah, tapi tak perlulah kita canang seluruh dunia kan? setiap manusia memang tak lari dari buat silap kan? kita pun macam tu jugak...

gambar pinjam google

Sabtu, 17 September 2011

ajar anak hormat orang tua

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas pernah tengok seorang budak memanggil ayahnya dengan panggilan nama sahaja... memang agak kurang sopan dan keterlaluan kan? itu ayahnya, tak sepatutnya dia panggil nama ayahnya macam tu je... tapi Mas tak salahkan budak tu, sebab Mas tengok ayahnya macam tak kisah je! 

sebagai ibu bapa walaupun kita hanya anggap itu perkara biasa ataupun sekadar gurauan tetapi itu akan jadi tabiat nanti! kalau dah bermula dari rumah anak2 hanya memanggil ibu bapa dengan nama sahaja, bagaimana pula dengan orang lain... tentu mereka akan berbuat begitu juga!

semua ini bermula dari rumah... kalau di rumah kita tidak ajar anak2 hormat kepada kita sebagai orang tuanya, tak mustahil mereka akan berbuat begitu juga pada orang tua yang lain! jangan menyesal pula nanti kalau anak2 kita bersikap biadap dan kurang ajar... 

walaupun kita sebagai mak ayah tak kisah... tapi ajarlah anak2 kita hormat orang tua!

melentur buluh biarlah dari rebungnya... jangan dah jadi buluh baru nak lentur kan?

gambar pinjam sini

Jumaat, 16 September 2011

berbanggalah jadi anak MALAYSIA

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia... sempena hari ini seluruh rakyat Malaysia diberi cuti umum! dan yang paling seronoknya tahun ini Hari Malaysia yang ke-48 disambut sekali dengan Hari Kebangsaan... mesti sangat meriah!

jadi dengan adanya sambutan sebegini menunjukkan negara kita sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman makmur dan bersatu padu... jadi sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum seharusnya kita bangga jadi anak Malaysia! kita hidup di bumi yang aman damai tanpa ada peperangan dan pergolakan! 

negara kita juga tidak pernah berdepan dengan bencana alam yang dahsyat2 seperti gempa bumi dan puting beliung... jadi seharusnya kita bersyukur! janganlah terlalu menagung2kan negara barat... peliharalah agama, bangsa dan tanahair kita! semestinya kita tidak mahu negara kita dijajah seperti zaman dulu2 kan?

berbanggalah kita sebagai ANAK MALAYSIA!!

sumber gambar dari sini

Khamis, 15 September 2011

lagi power, lagi best!

Assalamualaikum...(^ ^)

bagi peminat kereta MyVi pasti teruja kan? hari ini MyVi 1.5 telah berada di pasaran... jadi bolehlah ke perodua branch yang berdekatan untuk tengok... manalah tau ada yang dah plan nak tukar kereta baru ke? 

bagi Mas memang nampak smart... tapi kena tengok depan2 baru tau menarik ke tak kan? walaupun kat hati dan pasang angan2 nak tukar MyVi lama Mas tu ke MyVi 1.5 ni tapi husband awal2 lagi dah cakap tak perlulah... dia kata kalau nak beli baru lebih baik beli kereta yang lagi besar! nampaknya hanya mampu tengok dan lihat jelah...

pada kawan2 yang berminat tu cepatlah pergi serbu perodua... terus tempah je!

smart kan? warna kuning diraja gitu...

ambil gambar kat surat khabar je... nak masuk website perodua, under maintainance pulak!

curi wang guna web

Assalamualaikum...(^ ^)

macam nilah orang bangsa asing... dah diberi peluang belajar di negara orang, pastu buat jenayah pulak! kepakaran tu pulak disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik... 

Cyber Crime by funkwood on deviantArt

3 pelajar asing miliki kepakaran IT ceroboh akaun bank, pindah RM250,000
KUALA LUMPUR : Tujuh suspek, termasuk tiga pelajar warga asing dipercayai dalang utama sindiket penipuan perbankan internet ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Millennium Square, Petaling Jaya di sini, awal minggu ini bagi membantu siasatan kes pemindahan wang 12 mangsa secara haram berjumlah RM250,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata ketiga-tiga pelajar warga asing itu dikenalpasti perancang utama sindiket berkenaan, malah seorang daripada mereka berkemahiran menceroboh pangkalan data internet dan dipercayai bergiat sejak awal tahun ini.

Teknik digunakan ialah 'phishing' atau proses mendapatkan maklumat sensitif melalui kios seperti nama pengguna, kata laluan dan maklumat kad kredit dengan menyamar sebagai entiti sah dalam komunikasi elektronik dan menyasarkan kios beberapa bank di Lembah Klang. 
(sumber : Berita Harian)

bahaya kan? jadi kenalah lebih berhati2 bila menggunakan perbankan internet... janganlah mudah2 mendedahkan maklumat akaun kita kepada mana2 pihak! pastu kalau ada dapat panggilan daripada pihak yang mendakwa wakil bank janganlah mudah percaya, siasat dulu betul atau tidak! 

jenayah cyber sekarang semakin berleluasa! 

Rabu, 14 September 2011

saya dan awak [12]

Assalamualaikum...(^ ^)


saya : awak, ada orang cuba mengorat saya tadi!

awak : ngorat?? hurmmm... biarkan dia!

saya : awak tak cemburu ke??

awak : nak cemburu apanya... bukan dia dapat awak pun! sekadar ngorat je...

saya : memanglah tak dapat tapi tak kanlah awak tak cemburu langsung...

awak : saya tak akan cemburu membabi buta... lagipun orang tu sekadar ngorat je, bukannya dia dapat rampas awak dari saya! ngoratlah selagi dia boleh... setahu saya dia tak akan dapat awak sebab saya tahu awak sayang saya seorang je!

saya : heheheheee... betullah awak! yang penting kita saling sayang menyayangi...

**********
dalam perhubungan itu apa yang penting kejujuran... kalau ada orang lain yang cuba menganggu hubungan kita janganlah layan, pasti perkara yang tidak diingini tak akan terjadi kan? yang paling utama saling percaya mempercayai, jangan terlalu cemburu buta!

wordless wednesday [31]

Assalamualaikum...(^ ^)

product of Saari Sinong and Faziah Abd. Rahman... yang sulung jugak paling kecik!

gambar koleksi raya 2011

Selasa, 13 September 2011

jom jalan kaki untuk kesihatan!

Assalamualaikum...(^ ^)


sukanya bila ada program macam ni... sangat teruja nak menyertainya! yelah kan, sejak Mas sertai dua program ni sebelum puasa hari tu (klik sini dan sini), terus dah jatuh hati! pantang ada program jalan2 kaki ni pasti sepantas kilat Mas hantar borang penyertaan!

bagi kawan2 yang sama berminat, bolehlah turut sama menyertai... bukan kena bayar pun, penyertaan PERCUMA dan terbuka kepada orang ramai! siap ada cabutan bertuah dan dapat t-shirt dan goddies bag..

kalau nak dapatkan borang penyertaan bolehlah masuk ke laman web MICCOS ni (link)... tapi kena cepat2 tau, sebab tarikh tutup penyertaan pada 25 September 2011! 

rugi tau kawan2 kalau tak join... ini untuk kesihatan tubuh badan kita jugak! daripada kita duduk kat rumah tak buat apa2, lebih baik kita sertai program kesihatan macam ni... 

saya suka awaklah!

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas sebenarnya paling takut nak approve friend request dekat facebook dari orang yang Mas tak kenali... bukannya apa, takut ngan orang yang macam nilah!

semalam Mas ada approve satu friend request kat FB... biasanya sebelum approve Mas mesti akan tengok mutual friend dia! ada tak kawan2 dia yang Mas kenal... tapi semalam Mas lupa nak tengok, main approve je! pastu selang beberapa jam dia hantar private message kat inbox... "saya suka awaklah Mas, dah lama dah sebenarnya!"

erkkkkk, gila ke apa mamat ni! dah terang2 status perhubungan Mas kat FB tu berkahwin dengan... tak tengok ke? tiba2 pulak nak meluahkan perasaan macam tu... Mas pun apa lagi terus delete massage dia dan sekat dia dari memasuki profil FB Mas... tak pasal2 pulak kena bersoal jawab dengan husband Mas! dahlah Mas rahsiakan perkara ni dari husband... (tapi kalau husband baca entri ni mesti dia tau...huhuhuuu)

bahaya betul FB ni kan? sedangkan kita yang dah berstatus married ni orang boleh nak ngorat sesuka hati inikan pulak anak2 dara yang masih bujang tu! jadi sekarang kita kena lebih berhati2 dengan laman sosial FB ni... janganlah approve orang yang kita tak kenali sesuka hati!

huhuhuuu... SERAM!! gambar pinjam google

tandas rumah dia macam ni jugak kot?

Assalamualaikum...(^ ^)

tak fahamlah dengan sikap segelintir orang yang tak tahu jaga kebersihan ni... hanya tahu guna je tapi buat2 tak tahu nak bersihkan! 

balik kerja semalam singgah kat sebuah stesen minyak... nak guna tandas jap, untuk lepaskan hajat apa yang patut kan? bila melangkah je masuk tandas tu, masyallah... boleh koma sebulan kau! malaslah Mas nak cerita kat sini, nanti ada yang muntah kaler hijau campur pink pulak... 

dalam hati memang dah sumpah seranah... geram betul dengan sikap manusia macam ni! suka2 hati je nak jadikan bendasing dia tu sebagai tontonan umum... memang dasar pengotor tahap gaban betul! sepatutnya perkara ni dah jadi kewajipan dan tanggungjawab dalam diri sendiri kan? guna dan bersihkan... tandas awam tu kan kegunaan umum!

agaknya tandas rumah dia pun macam tu jugak kot? lepas guna tinggalkan camtu je... kalau ahli keluarga lain nak guna lepas tu, mereka yang kena bersihkan... memang dasar manusia pengotor!!

kalau semua tandas awam bersih camni kan bagus... gambar pinjam sini

Isnin, 12 September 2011

perompak durjana

Assalamualaikum...(^ ^)

maaflah kalau tajuk entri kali ni agak keterlaluan...

bukannya apa, Mas dah semakin geram dan sakit hati dengan perompak2 yang bermaharajalela di Salak Tinggi ni! boleh dikatakan hari2 ada saja rumah orang yang kena pecah... tak cukup dengan pecah rumah, getah sekerap orang kampung pun mereka kebas! memang durjana kan?

yang paling Mas geram sangat waktu siang pun mereka berani melakukan kerja2 terkutuk ni... satu hal lagi, mereka ni adalah dari kalangan bangsa kita, bukannya bangsa asing...buat malu jer kan!

kat area rumah Mas ni dah 5 buah rumah yang kena pecah masuk... jadi bila husband Mas pergi kerja dan Mas tinggal dengan anak2 je kat rumah,  memang Mas tak akan buka pintu tingkap pun... tak berani Mas!

jadi untuk memastikan kes pecah rumah ni tak berlaku lagi, penghuni2 di taman Mas ni kenalah berRukun Tetangga... husband Mas pun tak ketinggalanlah! haruslah kan utk memastikan keselamatan anak bini dia... boleh dikatakan 3 atau 4 kali seminggu jugalah husband Mas berjaga sampai pukul 5.30 pagi! 

terima kasih Mas ucapkan kepada semua penghuni Taman Salak Idaman kerana berkerjasama menjaga keamanan dan keselamatan di taman ni...

gambar pinjam google
wahai perompak2 sekalian... ingatlah, sepandai2 tupai melompat akhirnya ke tanah juga... jadi jangan ingat korang akan terlepas!!

hilang yang sukar dikesan!

Assalamualaikum...(^ ^)

tengoklah tu, asyik kosong je!

kawan-kawan selalu blogwalking dari mana? Mas lebih suka blogwalking dari reading list kat dashboard tu... lebih senang dan mudah nak tahu siapa yang update entri! dari bloglist memang wajiblah terjah setiap hari... semua tu blog wajib baca!

tapi dah hampir 2 bulan lebih reading list kat dashboard tu hilang entah kemana... tak pernah muncul walaupun telah diseru dan dimandrem beberapa kali! refresh je jangan cakaplah... sehari dekat berpuluh malah beratus kali refresh, tapi tetap tak keluar jugak! nak kata cuti raya mustahillah, sebab sebelum puasa lagi dia dah cuti...

jadi memang susahlah nak blogwalking... terpaksalah jengah dari bloglist blogger lain! tak pun balas je kunjungan dari blogger yang sudi singgah ke blog Mas!

ada alami macam ni tak? susah kan, tak tahu nak buat apa dah... APA PUN TAK BOLEH!!!

banyaknya open house... jaga-jaga!

Assalamualaikum...(^ ^)

banyak ke kawan2 dapat jemputan open house weekend hari tu... ada tak sampai 10 buah rumah! banyak tu kan, belum campur lagi dengan jemputan kenduri kahwin... 


Mas pun banyak terima undangan open house last weekend... rasanya adalah dalam 5 buah rumah! jemputan kenduri kahwin pun ada! tapi tak tahulah kenapa, samada malas atau nak jaga badan Mas tak pergi pun jemputan open house dan kenduri kahwin pada sebelah siang... hanya terperap je kat rumah sambil ngadap blog! Mas cuma pergi open house pada sebelah malam je, itu pun husband yang paksa...

samada nak jaga badan atau tak, tapi kita kena jaga2 jugak! jangan terlalu taksub nak hadir semua open house sampai abaikan tahap kesihatan... memanglah seronok, dapat makan free dan makanan pun sedap2 belaka! nanti tanpa disedari berat badan makin bertambah dan tahap kolestrol tinggi... tak pasal tiap2 hari kena pergi open house kat hospital pulak!

sepatutnya lagi 2 minggu nak habis Syawal kita dah mula puasa sunat bulan Syawal kan? 

Mas pun tak start puasa enam lagi... minggu depanlah mula! huhuhuhuuuu...

Ahad, 11 September 2011

di sebalik tarikh 11/9/11

Assalamualaikum...(^ ^)

sumber gambar dari google
sudah 10 tahun negara Amerika hampir lumpuh dengan kejadian serangan ke atas bangunan WTC kebanggaan mereka... dakwa mereka kononnya bangunan tersebut diserang pengganas! dan presiden AS pada masa itu melabelkan pengganas tersebut terdiri daripada orang Islam!

mudah sekali mereka membuat kencaman sebegitu kan? tapi walaupun bagaimanapun kita sebagai orang Islam jangan mudah terpedaya... itu hanyalah agenda mereka sahaja untuk membuatkan kepercayaan masyarakat lain terhadap lslam menjadi goyah!

apa pun biarlah kejadian 9/11 itu menjadi pengajaran kepada semua supaya sentiasa melindungi agama dan bangsa kita... janganlah mudah terpengaruh dengan ideologi dan budaya masyarakat barat! kadang2 masyarakat barat ni punya cara mereka sendiri untuk pengaruhi pemikiran kita! 

pertahankan bangsa kita, agama kita dan NEGARA KITA!

merdekakah kita?

Assalamualaikum...(^ ^)

entri berunsur patriotik sikit... asyik entri raya je!

Merdeka Cupcake by Gla-la-lam on deviantArt
 sudah 54 tahun negara kita merdeka... tapi cukupkah sekadar dengan melaungkan merdeka, merdeka setiap kali meraikannya? tapi pada hakikatnya segelintir rakyat kita tidak tahu apa maksud kemerdekaan itu dan adakah kita sudah benar2 merdeka!

merdekakah kita, bila kita masih berada dalam acuan yang sama tapi tidak mahu menerima pendapat dan pandangan orang lain... padahal semua itu boleh memperbaiki diri kita sendiri! kita masih tersekat dalam kotak dan akal pemikiran yang tidak terbuka!

merdekakah kita, jika kita masih membezakan warna kulit, paras rupa dan agama... bukankah kita hidup di dalam satu masyarakat dan negara! jangan fikir kita adalah yang paling hebat dan berkuasa...

merdekakah kita, jika masih terlalu takut menerima perubahan... kita terlalu taksub dan obses dengan cara dan pemikiran kita sendiri sahaja... seolah2 perubahan itu sesuatu yang asing dan menyusahkan! sedarkah kita bahawa segala perubahan itu akan lebih mematangkan dan memerdekakan kita... 

moga kita lebih faham erti kemerdekaan itu dan lebih MERDEKA!

Sabtu, 10 September 2011

tamak sangat... kan dah membazir!

Assalamualaikum...(^ ^)

cerita ni dah basi sikit, tapi nak cerita jugaklah... buat peringatan untuk kita semua, janganlah tamak sangat!

pada hari Khamis lepas Kementerian Mas telah mengadakan sambutan MerdekaRaya sempena Hari Raya Aidilfitri dan bulan kemerdekaan negara kita... jamuan diadakan di PICC! meriah jugaklah, tapi tak semeriah tahun2 sudah... sebab ia terhad kepada beberapa orang staff je! tak semua staff dapat hadir...

makanan yang disediakan memang pelbagai jenis... ada kambing bakar, satay, lemang, ketupat, rendang dan macam2 lagi! tapi disebabkan sikap tamak sesetengah tetamu yang hadir, makanan tak mencukupi... ramai yang Mas tengok ambil makanan macam tak ingat orang belakang... berpinggan2 ambil! 

tapi bila makan je tak habis, banyak saki baki berlebihan... sudahlah orang lain tak dapat makan, makanan yang tak habis tu dibuang begitu saja... kan ke dah membazir! kalau mereka amalkan ambil makanan ikut keperluan je dan ingat pada orang lain, tentu tak jadi macam tu kan?

macam inilah orang kita, selalu bersikap tamak dan pentingkan perut sendiri je bila hadir jamuan sebegini... ambik banyak2 pastu makan tak habis! sedih Mas tengok makanan tu dibuang begitu saja dalam tong sampah...

gambar sekadar hiasan... pinjam sini

Jumaat, 9 September 2011

kerja rilek, makan tidur je!

Assalamualaikum...(^ ^)

pertanyaan dari seseorang... (nama dan identiti terpaksa dirahsiakan)

"husband kau kerja bomba ke Mas? untunglah kan... kerja rilek, makan tidur je!"

gambar dari koleksi peribadi
sedap mulut je dia cakap camtu... mana dia tahu kerja bomba ni rilek! kerja bombalah paling penat dan susah tau tak... nak pulak kalau kena shift 24 jam! sehari kerja sehari off, dari pukul 8 pagi sampailah 8 pagi esoknya...  waktu tidur janganlah harap, kalau nasib baik bolehlah lelap sejam dua... kalau ada kes, alamatnya sampai ke pagi tak tidur!

cuti jangan cakaplah, memang susah! sebulan tu, nak cuti sehari pun susah... bila tiba time raya lagilah! terpaksa korbankan hari raya demi tugas... kalau bernasib baik raya pertama dapatlah cuti, raya kedua dah kena bertugas semula... 

tugas yang mencabar, bila ada kebakaran hutan... kena pulak masa bulan puasa! cubalah bayangkan... dahlah penat berpuasa, terpaksa padamkan api yang marak kat tengah panas... rilek dan makan tido ke camtu? belum lagi kena duduk seharian dalam hutan... 

sebagai isteri seorang pegawai bomba, Mas tau susah senang kerja mereka... demi kerja mereka berkorban apa saja, tapi kadang2 kebajikan pun terabai tau!

bila kau nak buat OPEN HOUSE

Assalamualaikum...(^ ^)

sumber gambar dari google
sudah menjadi sinonim apabila selepas seminggu berhari raya sambil ziarah menziarahi akan ada open house... tujuan open house diadakan bagi menjemput sanak saudara atau sahabat handai yang tidak sempat datang bertandang pada minggu pertama hari raya!

kalau di kawasan perumahan Mas ni boleh dikatakan tiap2 malam ada open house... memang tak berasaplah dapur sepanjang bulan Syawal ni! hari bekerja ada open house sebelah malam, weekend pulak ada open house sebelah siang! 

tapi yang menjadi persoalannya perlukah kita buat open house juga memandangkan semua jiran buat open house... macam di kawasan perumahan Mas ni, jiran2 siap tanya lagi kat husband... bila kau nak buat open house, kitaorang semua dah buat! 

perlukah sampai macam ni? sampai husband Mas dah naik segan bila orang asyik dok tanya... geram jugak Mas dibuatnya! ikut suka kitalah nak buat ke tak kan? kalau kita ada rezeki lebih dan mampu boleh je nak buat... tapi kalau keadaan kewangan tak mengizinkan, nak buat camne kan? 

kalau nak datang beraya tak perlu tunggu open house kan? sepanjang raya ni rumah sentiasa terbuka!

Khamis, 8 September 2011

kita blogger, dia pun blogger!

Assalamualaikum...(^ ^)

masa mula2 berblog dulu, Mas ingat berblog ni cuma update entri hari2... itu saja! tapi bila dah hampir 8 bulan berkecimpung dalam dunia blog ni barulah Mas tau macam2 mengenai blog dan blogger... 

gambar sekadar hiasan... dari google
sekarang ni banyak Mas tengok blogger tak puas hati sesama blogger... apa yang blogger lain buat semuanya tak betul di mata dia! padahal kita kan sama2 blogger, buat apa nak ada perasaan hasad dengki... kita berhak tulis apa yang kita nak dan dia pun berhak jugak! tapi jangan sampai mengaibkan orang lain sudahlah...

kadang2 tu boleh lihat ada blogger yang tak puas hati bila blogger lain tunjuk pendapatan dia dari nuffnang... blogger tu berlagak dan menunjuk katanya! bagi Mas biarlah dia nak buat macam tu, itu hak dia! lagipun itu adalah hasil usaha dan titik peluh dia update entri tiap2 hari... bukan dia pinjam idea dan cerita kita pun kan?

prinsip Mas senang... enjoy je dalam penulisan! biarlah ia memberikan kita kepuasan, orang lain tak puas lantak merekalah... janji kita menulis dengan tulus dan ikhlas!

buat apa nak dengki2 kat orang... kita blogger, dia pun blogger! tiada bezanya...

datang rumah aku dulu, baru aku datang rumah kau!

Assalamualaikum...(^ ^)

cerita raya lagi, janganlah boring pulak ye... raya kan sebulan!

sumber gambar dari google
amalan kunjung mengunjung ketika hari raya sudah menjadi tradisi... tak kiralah masyarakat di kampung atau di kota! waktu inilah kita berkesempatan untuk menziarahi sanak saudara dan sahabat handai... 

tapi perlu ke letakkan syarat macam ni... kau datang rumah aku dulu, baru aku datang rumah kau! inilah jawapan yang Mas terima bila ajak seseorang datang beraya ke rumah Mas... Mas jemput dia datang beraya ke rumah, tapi katanya dia tak akan datang rumah Mas selagi Mas tak datang beraya rumah dia dulu! katanya bimbang Mas tak balas kunjungannya nanti...

orang macam ni pun ada kan? sepatutnya ziarah menziarahi sahabat handai ni kenalah ikhlas... tak perlulah harapkan balasan! kalau tak ikhlas, baik tak payah datang langsung... kan senang cerita!

teringin nak beraya ke rumah kawan2 blogger... siapa yang sudi terima kunjungan Mas?

Rabu, 7 September 2011

wordless wednesday [30]

Assalamualaikum...(^ ^)

kita tengah syahdu2 masa ni... dia boleh senyum2 pulak! heheheheee


wordless wednesday [29]

Assalamualaikum...(^ ^)

senyum terpaksa ni... banyak duit raya terlepas ke genggaman orang lain! 


baru nak upload gambar raya

Assalamualaikum...(^ ^)

hari ni dah 9 Syawal, tapi baru terhegeh-hegeh nak upload gambar pagi raya 1 Syawal... bukannya malas atau takde masa nak upload tapi kamera tertinggal di kampung husband! nasib baiklah kakak ipar baru balik dari kampung semalam, so kirim ngan dia jelah... kalau tak alamatnya raya haji nantilah baru boleh upload! heheheeeee...

jadi layankan jelah gambar2 raya Mas dan adik beradik di kampung... memang happening gila, macam2 pose maut ada! maklumlah, semuanya berangan nak jadi artis... 

family Along
Kak De dan anak-anaknya
Mas with family
4 orang wanita anggun... heheheeee
2 orang adik bujang Mas
kami 6 beradik je... abang takde, beraya di rumah mertua dia
bajet tak nak pandang kamera lah tu...
inilah keluarga Mas... 
blog ini sekadar berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya... semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa! sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis terlebih dahulu dan dikreditkan ke blog ini... terima kasih dari massaari [dot] com!

Pemilik Blog : Mas Saari
Email : mas7977@gmail.com