blog wajib baca

  • Tragedy 'Mama' & 'Papa' - Hi Kanak2 umpama kertas rentang putih. Putih suci dan bermula dari kosong. Since keluar dari perut ibu, mak bapak lah yang wajib pikul tanggungjawab untuk...

entri terbaru dan terkini

Khamis, 3 November 2011

tak jujur

Assalamualaikum...(^ ^)

itulah tak jujur lagi dah malu sendiri je... nak tipu orang bernama Mas, silap besarlah!

tengok... terang2 harga roti ni 90 sen je
kisahnya lunch tadi Mas beli cekodok kat cafe RM2... pastu Mas beli roti sambal bilis! masa beli tu memang Mas tak tengok pun berapa harga roti tu... bila nak bayar pakcik tu cakap semuanya RM3! bila dah bayar barulah Mas check harganya! tengok kat situ terang2 tulis 90 sen... 

terus Mas cakap ngan pakcik tu "pakcik roti ni 90 sen je, kenapa jual kat saya RM1?" terus lain muka pakcik tu, dia macam dah serba salah... dan masa tu jugak dia pulangkan baki lagi 10 sen! tapi Mas tak ambil pun, Mas cuma cakap 'takpelah pakcik, keep the change jelah, saya ikhlas! tapi kalau nak jual barang makanan, biar jujur... jadi pembeli tak akan berkira pun dengan duit 10 sen tu! terdiam terus dia...

bukanlah Mas nak berkira dengan duit 10 sen tu... Mas boleh bayar RM1 tanpa ambil bakinya! tapi pakcik tu tak jujur... kalau dia jujur dan cakap betul2 harga roti tu 90 sen, pembeli akan bayar RM1 dan halalkan baki lagi 10 sen! betul tak kawan2? yang penting dia JUJUR!

bayangkan kalau dia buat camtu dekat 100 orang... berapa dia boleh dapat? buat kira2 sat ye...

10 sen x 100 orang = RM10.00... sehari dia boleh dapat 10 ringgit! kalau seminggu, berapa pulak... kira sendirilah ye kawan2... 

buat pakcik cafe, jujurlah dalam perniagaan... baru berkat!

memilih kerja

Assalamualaikum...(^ ^)

memang kita lulusan universiti... ada segulung diploma ataupun ijazah! 

gambar dari google

impian kita nak dapat kerja yang bagus2 dan gaji yang lumayan... bersesuaian dengan kelulusan yang dipegang! tapi adakah ia semudah yang kita inginkan? 

dalam dunia yang semakin canggih dan maju ni sudah terlalu ramai golongan cerdik pandai... jadi peluang pekerjaan yang ditawarkan sekarang pun dah terlalu demand syaratnya... ada sesetengah lebih mementingkan pengalaman dari kelulusan! jadi jangan ingat segulung ijazah itu mampu menjanjikan pekerjaan yang terbaik untuk kita...

apa kata kita bermula dari bawah... selepas habis belajar kita cari dulu kerja apa pun, kerani pun tak kisah! janji kita boleh kutip pengalaman... dalam masa yang sama kita mohonlah kerja yang bersesuaian dengan kelulusan! manalah tau pengalaman kita sebagai kerani tu mampu memberikan kita pekerjaan yang lebih baik!

macam Mas dulu, habis belajar macam2 kerja Mas cuba... jadi kerani data, kerani marketing, receptionist pun pernah dan jadi cikgu pun pernah! semua kerja tu memberi pengalaman yang berbeza! selepas 2 tahun barulah Mas dapat kerja yang betul2 sesuai dengan kelulusan...

janganlah memilih kerja... yang penting kita enjoy dengan kerja tu dan dapat gaji yang halal!

kalau jodoh tak kemana

Assalamualaikum...(^ ^)

memang benarlah kata pepatah 'kalau jodoh tak kemana'... semuanya telah tertulis di dalam Luh Mahfuz! semuanya telah ditetapkan oleh Allah SWT...

gambar dari google
Mas dulu sebelum berkahwin memang banyak dugaan yang dihadapi... menjalin hubungan cinta selama 6 tahun dan bertunang selama 2 tahun bukanlah masa yang singkat! masa tu terlalu banyak godaan dan dugaan yang menimpa... kalau hati dan perasaan Mas tak kuat memang semuanya boleh hancur! tapi alhamdulillah berkat kesabaran dan kekuatan jodoh kami, akhirnya kami bersatu juga! kekal hingga sekarang dan akan kekal hingga ke akhir hayat...

tengok, betul kan? kalau jodoh tak kemana... selama itu Mas menjalin hubungan cinta dengan pelbagai dugaan tapi akhirnya berkahwin jugak!

jadi ingatlah, kalau kita hadapi masalah dalam hubungan percintaan janganlah cepat putus asa... berusahalah lindungi dan pertahankan hubungan itu... kalau memang itu jodoh kita ia pasti kuat! dugaan dalam perhubungan itu sebenarnya mengajar kita bersabar dan menguji sejauh mana keikhlasan cinta kita pada pasangan!

begitu juga kalau sebalik, kalau dah takde jodoh... kita berjanjilah sehidup semati pun tak berguna... kita paksa macam mana sekali pun tentu tak akan berjaya! sebab itu dah memang bukan jodoh kita... ambil contoh cerita Romeo and Juliet... tak ada jodoh antara mereka! berusaha bagai nak rak akhirnya mati tanpa dapat hidup bersama... 

jodoh itu sudah ketentuanNya... kita cuma perlu berusaha dapatkan jodoh yang terbaik! bukankah jika sudah tiba saatnya, jodoh tak akan lari kemana... kerana sejak roh telah bersatu dengan jasad, siapa jodoh kita telah dituliskan oleh Allah SWT!

Rabu, 2 November 2011

risau mak VS risau ayah

Assalamualaikum...(^ ^)

masa korang kanak2 dulu siapa yang paling risau tentang diri korang... mak atau ayah? 

gambar dari google
macam Mas, abahlah orang yang paling risau tentang anak2nya... kalau apa2 jadi pada Mas dan adik beradik yang lain memang abah tak senang duduk! mak pun risau jugak tapi dia lebih cool... Mas ingat lagi masa nak bersalin anak pertama, masa tu Mas kena operate! abah punya risau memang ketara sangat... selagi Mas tak keluar dari bilik bedah tu, mak cakap memang dia tak senang duduk! ke hulu ke hilir depan bilik bedah tu...

jadi bila dah berkahwin, sifat abah tu ada dalam diri Mas... memang hobi Mas suka risau tak bertempat dengan anak2! misalnya bila anak stay kat rumah pengasuh lepas sekolah... mesti Mas akan suruh husband telefon pengasuh tu tanyakan anak2 dah sampai ke belum! padahal anak Mas yang sulung tu dah sms kata mereka dah sampai... tapi disebabkan hobi risau tu dah sebati dalam diri, nak jugak telefon tanya!

satu lagi bila anak2 Mas dah masuk tidur... biasanya sebelum Mas masuk bilik mesti check dulu keadaan anak2 dalam bilik mereka! nak make sure keadaan bilik tu selamat... pastu bila dah masuk bilik siap pesan lagi dengan husband suruh tengokkan anak2! padahal baru je lepas tengok... itulah Mas, rasa risau tentang anak2 tu memang selalu ada!

berlainan pula dengan husband Mas... dia lebih cool dan rilek! kalau anak jatuh dan luka pun dia masih boleh tersenyum dan cakap 'alah, takde apa2 ni, sikit je!' pastu boleh lagi dia buat lawak dengan anak tu... itulah, nak kata dia tak risau mustahillah kan? mungkin dia sembunyikan kerisauan tu dengan berlagak cool kot... tapi kalau Mas confirm dah risau tahap gaban!

tapi bagaimana pun cara itu ditunjukkan oleh mak atau ayah, sebenarnya rasa risau tu tetap ada... siapa tak sayang anak oooiiii!

butakah cinta atau butakah mata

Assalamualaikum...(^ ^)

Love is blind by ~funchick202 on deviantArt

jika benar cinta itu buta... butakah mataku! berkali terluka masih jua ku merindu..

cinta yang buta atau kita yang buta... 

sebenarnya kita yang buta... buta dalam menilai apakah erti cinta yang sebenar! kalau kita tidak buta pasti kita tahu bagaimana nak kecapi cinta sejati... orang yang buta menilai cinta ni biasanya bercinta hanya kerana nafsu semata-mata! dalam nalurinya tiada langsung rasa cinta yang benar2 tulus terhadap pasangannya... sebab tu baru sebulan bercinta dah boleh lakukan zina!

jika benar cinta itu buta kenapa manusia terlalu mengagungkan cinta... ini kerana cinta adalah pemberian yang besar dari Allah SWT... ia dianugerahkan kepada manusia untuk dijadikan pegangan dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini! apabila ada perasaan cinta manusia akan menjalinkan hubungan kasih dan sayang sesama manusia...

jadi buta atau tidak cinta itu hanya kita yang mampu menilainya... pandanglah dari mata hati barulah kita tahu nilai cinta sebenar! kalau mata kita buta dalam menilai cinta sudah tentu kita rasa cinta itu buta...

biarlah cinta itu buta kekal sebagai istilah sahaja... yang penting kita tak buta dalam mencari cinta dan menikmati cinta! 

tapi hakikatnya ramai yang buta bila bercinta!

wordless wednesday [42]

Assalamualaikum...(^ ^)

akan berada dalam gengaman sedikit masa lagi... tapi masih tak tahu nak pilih warna apa! mana satu lagi smart, black or white?

sumber gambar dari sini

Selasa, 1 November 2011

protes si anak

Assalamualaikum...(^ ^)

ni cara Arfan protes... menangis kuat-kuat!

duummmm... bunyi pintu bilik ditutup dengan agak kuat! 

dalam hati dah membuak2 rasa marah ni... kenapa dia buat macam tu, nak tunjuk protes ke? memang nak kena budak ni, siaplah dia!

macam tulah Mas rasa bila anak2 tunjuk protes sebab tak puas hati dengan apa yang disuruh atau Mas larang mereka buat sesuatu... masa dihempasnya daun pintu tu memang hati dah panas, laju je tangan ni nak pukul! tapi Mas cuba sabar, tanya balik pada diri sendiri kenapa anak aku protes macam tu... adakah aku terlalu memaksa dia?

jadi kalau anak kita protes camtu janganlah cepat melenting ye... cuba jelaskan pada dia tak baik berkelakuan sebegitu... cara itu menunjukkan yang dia tak hormat kita sebagai ibu! kalau tak puas hati cuba cakap elok2, jangan tunjuk protes camtu... bila kita slow talk macam ni, pasti anak kita akan sedar yang caranya salah! 

kemudian barulah kita tanya kenapa dia tak puas hati... adakah apa yang kita suruh itu membebankan dia! dan jelaskan juga kenapa kita suruh atau larang dia buat perkara tersebut! anak2 ni mudah faham kalau kena dengan caranya... tapi kalau kita pun sama nak melenting, takut lain pulak yang jadi!

dengan anak ni kadang2 perlu garang dan kadang2 perlu berlembut... baru seimbang!

cinta terlarang oleh orang tua

Assalamualaikum...(^ ^)

Forbidden Love by ~Maz6277 on deviantArt

cinta terlarang oleh orang tua... tak kisah samada ibu bapa kita tak merestui ataupun ibu bapa pasangan tak suka kita... bagaimana nak hadapi situasi ini? pilih cinta atau pilih orang tua?

Mas pernah hadapi situasi ini masa mula2 bercinta dengan husband... masa tu mak dan kakak sulung dia memang tak suka dengan Mas! pantang Mas telefon husband, mesti mereka akan marah2... tapi Mas tidak cepat melatah, tetap cakap baik dengan mereka... Mas juga minta husband yakinkan mereka bahawa Mas adalah pilihan dia yang terbaik dan dia benar ikhlas cintakan Mas!

setelah hampir 4 tahun kami bercinta sedikit demi sedikit mak dan kakaknya boleh menerima Mas... walaupun belum 100% tapi Mas bersyukur dengan perubahan itu! berkat kesabaran melayan karenah mereka agaknya... apabila baru2 berkahwin pun Mas masih belum dapat memenangi hati mak mertua sepenuhnya... tapi Mas tetap tidak berputus asa! walaupun Mas bukan menantu yang terbaik, tapi Mas tetap cuba jadi yang terbaik di mata mak mertua... 

pelbagai cara Mas lakukan untuk memenangi hatinya dan akhirnya dia tewas... sehingga ada satu perkara yang Mas lakukan pada mak mertua membuatkan dia sangat terharu! mungkin saat itu dia tahu anaknya tidak salah membuat pilihan...

jadi jika kawan2 menghadapi situasi sebegini jangan bertindak terburu2... sentiasa ingat yang ibu bapa cuma nak yang terbaik untuk anak2nya! cuba buat yang terbaik dan yakinkan mereka bahawa kita adalah pilihan terbaik anaknya... jangan sesekali membelakangkan mereka walaupun hubungan kita tidak direstui! berusahalah tanpa jemu untuk memenangi hati mereka! hati orang tua ni cepat lembut walaupun kita hanya lakukan sedikit sahaja perkara yang buat mereka terharu...

semoga hubungan cinta kita mendapat restu ibu bapa!

belajar dari kesusahan

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari sini

pengalaman pernah hidup susah semasa zaman kanak2 sehinggalah Mas berkahwin membuatkan Mas tidak pernah alpa dengan kemewahan... Mas bukanlah dari golongan orang berada! mak dan abah hanya penoreh getah di kebun orang, bukan kebun sendiri... pendapatan masa tu lebih kurang RM300 je sebulan! nak tanggung anak seramai 7 orang...

jadi jangan haraplah nak minta itu ini... belum sempat cakap, abah dah cakap duit tak cukup! jadi pendam sajalah perasaan itu... belanja sekolah jangan haraplah, memang tak pernah ada! pagi sebelum ke sekolah mak dah siapkan sarapan... wajib makan, kalau tak kebulurlah kat sekolah! 

baju sekolah dan kasut sekolah memang tak akan ditukar setiap tahun... paling kurang 2 tahun sekali baru tukar! pergi sekolah pun jalan kaki je... bila mak abah ada duit lebih dibelinya basikal... dapatlah pergi sekolah kayuh basikal, itu pun dah cukup bangga tau! 

bila hujung minggu atau cuti sekolah, jangan mimpilah nak rilek di rumah atau pergi melancong ke... cuti dihabiskan dengan membantu mak dan abah menoreh getah! kutip getah buku yang baunya memang meloyakan... siap sarung tangan dengan plastik lagi, takut tangan busuk! sampaikan mak cakap 'bau getah ni memang busuk, tapi duit dia wangi! dan dari duit itulah kamu dapat sekolah tau... memang menusuk kalbu kata2 mak tu! terus buang plastik dan kutiplah getah sekerap tu dengan air mata mengalir...

dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang Mas hadapi dahulu membuatkan Mas tak mahu ajar anak2 dengan kemewahan! Mas tak akan mudah tunaikan apa saja yang mereka minta... biarlah mereka belajar hidup susah sedikit supaya mereka tidak hanyut dengan kemewahan! 

bukannya nak mereka rasa hidup susah macam Mas dulu... cuma nak mereka tau erti kesusahan! bila mereka sedar betapa susahnya kehidupan kita masa dulu, barulah mereka menghargai setiap wang ringgit yang dimiliki... jadi mereka tidak akan boros!

dari pengalaman inilah Mas harap anak2 jadikan ia sebagai dorongan... jadi mereka akan belajar bersungguh2 sehingga berjaya! dan sehingga mereka memperolehi pekerjaan yang bagus dan hidup senang... pasti mereka tak mahu hidup susah seperti Mas dulu2!

Isnin, 31 Oktober 2011

didik anak... give and take!

Assalamualaikum...(^ ^)


bak kata pepatah 'melentur buluh biar dari rebungnya'... masih lembut dan masih senang untuk dilentur dan dibentuk! kalau dah jadi buluh, sia-sialah nak lentur... dah keras dan dah degil!

begitulah dalam mendidik anak2... bukanlah nak kata, Mas ini ibu mithali abad ini dan anak2 Mas adalah anak yang terbaik abad ini... kadang2 ada kalanya Mas alpa dalam mendidik anak sehingga mereka menjadi nakal dan degil! tapi Mas tetap berusaha dan terus berusaha ke arah kebaikan supaya anak2 Mas jadi anak yang berguna dan hormat pada orang tua! 

pendidikan di rumah dan di sekolah Mas seimbangkan... Mas tak mahu mereka hanya mahu mendengar kata guru di sekolah sahaja... tapi di rumah mereka tak mahu dengar kata dan ingkar perintah Mas! jadi apa yang bermanfaat mereka belajar di sekolah Mas akan suruh pratikkan hari2 di rumah... 

sebagai contoh membaca doa makan... dah jadi rutin mereka di sekolah sebelum makan guru akan suruh baca doa! tapi bila di rumah mamanya ni selalu lupa... terliur sangat dah tengok lauk terhidang sampai lupa baca doa dulu kan lebih afdal... jadi rutin yang anak2 belajar di sekolah tadi mereka pratikkan di rumah! bila mamanya dah tak sabar nak suap nasi ke mulut, mereka akan tegur 'mama, baca doa dulu... nanti baru rezeki kita berkat!' haaaaaaaa... terkedu mama ko! 

jadi sekali sekala kita perlu belajar dari anak2 tentang perkara yang baik... anak2 ni kan hati mereka masih suci, belum dicemari oleh anasir2 yang negatif! jangan sebagai ibu bapa, kita hanya rasa kebaikan itu mereka perlu belajar dari kita sahaja... 

susu bijak

Assalamualaikum...(^ ^)

semalam Mas jalan-jalan di Alamanda... pastu singgah kat Carrefour sebab nak beli blender! masa lalu kat kawasan jual susu tiba2 Arfan tarik tangan Mas... 

Arfan : mama, cuba tengok susu ni... macam susu yang iklan kat TV tu!

mama : hurmmmm... betullah tu, kenapa?

Arfan : mama belilah susu ni... susu ni susu bijak tau! kalau Arfan minum nanti boleh jadi pandai...

mama : itu cuma iklan kat TV je! minum susu apa pun, kalau Arfan rajin belajar mesti pandai...

Arfan : memanglah mama! tapi susu bijak ni lagi buat Arfan pandai dan kuat... mama belilah!

mama : ok, mama beli untuk Arfan dan kakak... lepas ni Arfan kena belajar rajin-rajin ye!

tengoklah, macam mana anak-anak boleh terpengaruh dengan iklan di TV... tapi nasib baiklah anak2 Mas ni mudah terpengaruh dengan iklan makanan je! kalau makanan tu baik untuk kesihatan memang Mas akan belilah... tapi kalau tidak, jangan haraplah mereka nak dapat!

inilah susu bijak tu... 
susu bijak... bak kata Arfan

tips pemakaian contact lens

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari google

memang sudah jadi trend sekarang ramai yang memilih memakai contact lens... dan yang paling popular sekarang adalah contact lens berwarna atau lebih sinonim dipanggil geolens! contact lens ini boleh didapati dengan mudah secara online... bagi orang yang rabun jauh macam Mas ni, diakui memang Mas ada memakai geolens... Mas mula memakainya sejak tahun 2009! sebelum itu Mas hanya memakai contact lens biasa yang dipakai sebulan sekali!

sebelum memakai geolens, Mas ada dengar yang mengenai bahaya memakai contact lens berwarna... ada Mas baca di internet yang mengatakan mata pemakai contact lens berwarna boleh rosak dan buta! bukan Mas tak percaya tentang semua itu tetapi jika kita pandai jaga kebersihan semasa memakai contact lens sudah pasti perkara tersebut boleh dielakkan... 

jadi disini Mas nak kongsi sedikit tips pemakaian contact lens yang Mas amalkan... 

(1)  Mas memakai geolens hanya pada waktu bekerja iaitu dari jam 6 pagi sehingga ke 5 petang... iaitu lebih kurang  11 jam! tetapi Mas tidak memakainya direct 11 jam kerana contact lens tidak elok dipakai lebih dari 8 jam... jadi bermula jam 1 tengahari sehingga jam 4 petang Mas akan buka contact lens tersebut! maknanya Mas rest mata selama 3 jam tanpa memakai contact lens...

(2)  sebelum memakai contact lens Mas akan pastikan tangan dicuci dengan bersih... ini untuk memastikan tahap kebersihan lens tersebut semasa dipakai... perkara ini penting, tak boleh malas!

(3)  simpan contact lens di dalam bekas anti bacteria... ini bagi mengelakkan lens kita tercemar oleh bacteria yang menyebabkan ia tidak selamat lagi untuk dipakai!

(4)  kekalkan penggunaan pencuci lens yang sama... Mas memang tak pernah tukar pencuci contact lens kepada jenama yang berlainan! Mas memang suka memakai jenama SoloCare... ia sangat selesa untuk mata Mas!

(5)  gunakan lens drops semasa kita memakai lens... semasa memakai lens mata kita akan selalu berasa kering... nak pulak bilik berhawa dingin! pemakaian lens drops memang elok untuk mengelakkan mata dari terasa kering dan berlakunya iritasi!

(6)  tukar lens sekurang-kurangnya 3 bulan sekali... memang geolens boleh dipakai selama 1 tahun tetapi untuk mengelakkan berlaku kemudaratan kepada mata kita lebih elok ia ditukar sekerap yang mungkin... bagi Mas biasanya akan tukar 2 atau 3 bulan sekali... kalau Mas dah rasa tak selesa pakai lens tersebut terus Mas beli yang baru!

jika kita amalkan tips-tips ini sudah pasti mata kita akan selamat! 

Ahad, 30 Oktober 2011

review filem The Three Musketeers... menarik!

Assalamualaikum...(^ ^)

barulah dapat menonton filem ini... dah lama nak tengok, tapi hari ini baru ada kesempatan!

sumber gambar dari google

filem ini berdasarkan kisah benar dari sebuah novel The Three Musketeers... cerita bermula apabila Athos, Aramis dan Porthos adalah 3 orang sahabat baik yang digelar Three Musketeers pergi ke kota Italy untuk mencuri pelan membina kapal laut yang boleh terbang di udara... mereka juga dibantu oleh Milady! tetapi apabila pelan itu berjaya diperolehi, Milady telah mengkhianati mereka dengan menyerahkan pelan tersebut kepada Buckingham!

selepas 3 tahun dikhianati oleh Milady mereka hanya berdiam diri dan sehinggalah mereka berjumpa dengan D'Artagnan yang datang ke kota Paris untuk menjadi musketeers... bermula dari situlah mereka bersemangat menjadi muskeeters kembali! dan kemudiannya mereka dipilih menjadi pahlawan istana oleh Raja Paris... cerita berakhir apabila mereka berempat berjaya menyelamatkan nama baik Queen of France!

keseluruhan cerita ini menarik... kecekapan Three Musketeers bermain pedang dan merancang pelbagai strategi dan muslihat menentang pihak lawan memang menakjubkan! sikap bekerjasama mereka sebagai sahabat juga amatlah dikagumi... Mas bagi 7/10 bintang!

makan buah setiap hari

Assalamualaikum...(^ ^)


dulu Mas jarang makan buah... kadang-kadang seminggu 2-3 kali je! kalau teringin nak mengunyah Mas lebih suka ambil makanan ringan... masa tu tak sedar makanan ringan tidak elok untuk kesihatan!

tapi sejak tengok ada yang kena pelbagai jenis penyakit di usia 30an, Mas mula rasa risau! tanam azam pada diri sendiri kena stop ambil makanan ringan... kena gantikan dengan buah-buahan, lagi bagus! ia boleh membekalkan serat yang tinggi dan vitamin yang baik pada tubuh badan...

jadi sekarang Mas amalkan ambil sepotong buah betik setiap pagi dan sebiji buah epal setiap malam... kalau mulut terasa nak mengunyah sesuatu Mas akan ambil sebiji epal! setakat ni Mas berjaya lakukan dengan cukup konsisten... makanan ringan pun dah kurang Mas ambil! 

untuk kekal sihat ni kena rajin dan yakin... pastu jangan sambil lewa, sekejap ambil sekejap tak!

Sabtu, 29 Oktober 2011

tak sangka menang!

Assalamualaikum...(^ ^)

pada 24/102011 yang lepas Mas ada join satu contest anjuran webserver.com... itu pun atas desakan adik Mas! jadi Mas sajalah cuba nasib, manalah tau ada rezeki kan?

masa mula-mula join contest tu tak tau pun dia buat weekly... masa tu dah tau pemenang bakal memenangi Ipad2! jadi bersungguh-sungguhlah Mas lobi sana sini, minta tolong kawan-kawan like gambar tu kat facebook... siap minta tolong kawan-kawan husband lagi!

rupanya penyertaan weekly akan memenangi 2 keping tiket wayang sahaja... Ipad2 itu hanya bakal dimenangi pada final nanti iaitu 30/1/2012... jadi Mas masih berpeluang lagi mencuba nasib untuk memenangi Ipad2 tersebut! 

lihat Mas menang! Ikarfan Mashah tu facebook anak Mas

tapi walau apa pun Mas gembira sangat sebab penyertaan minggu pertama ni Mas menang tempat pertama... jadi Mas nak ucapkan ribuan terima kasih pada kawan-kawan yang sudi like gambar tersebut di facebook... jasa kalian amatlah Mas hargai! 

lepas ni kalau Mas nak cuba nasib lagi, kawan-kawan tolong LIKE ye! heheheee...

mama nak tolong masak!

Assalamualaikum...(^ ^)

kawan2 dah masak lunch untuk hari ini... menu apa ye?


anak2 Mas paling suka kalau mamanya masak di rumah... waktu inilah mereka nak menolong di dapur! kadang2 Mas geram jugak, bukannya nak menolong sangat tapi nak menyibuk je lebih... terutamanya si Arfan! macam kakaknya memang betul2 menolong, maklumlah anak perempuan!

lagipun Mas memang galakkan dia tolong, nanti dah besar takdelah dia malas nak ke dapur kan? mula-mula ni Mas ajar yang basic2 dulu... macam basuhkan sayur, tumbukkan bawang dan kacaukan lauk dalam kuali! alhamdulillah, dia memang rajin... jadi senanglah sikit bila nak memasak, dah ada assistant yang tolong!

bila nampak je mamanya masuk dapur nak memasak, berlari2 mereka mengikut! berebut2 nak tolong itu ini... sejuk hati tengok gelagat mereka... rajin sungguh! harap2 sampai dewasalah mereka macam ni... lagipun sebagai ibu kita kena yakin dengan sikap anak2 kita... kalau kita bimbing dengan betul pasti bila dah dewasa perangai mereka tetap sama! 

inilah air tangan Mas untuk menu lunch hari ini... dibantu jugak oleh anak2 tersayang!

Ayam Masak Lemak Cili Api, Pedal Ayam Goreng Berlada dan Salad Segar

buat sarapan di rumah

Assalamualaikum...(^ ^)

lebih suka sarapan yang bagaimana? beli di kedai atau masak sendiri di rumah...

kalau beli di kedai memang kita akan perolehi pelbagai jenis makanan... ada yang berat dan ada yang ringan! cuma kadang2 tahap kebersihan makanan itu agak meragukan... kita kena betul2 pilih kedai yang lebih bersih! pastu ada sesetengah makanan kurang menepati selera kita kan? 

jadi masak sendiri sarapan di rumah lebih elok... di samping boleh berjimat cermat, kebersihan makanan itu lebih terjamin! kemudian tahap kesedapan makanan itu kita boleh rasa sendiri... sebab air tangan kita sendiri, kita yang masak! 

macam Mas pula tengok keadaan... kalau ada mood nak masak dan terlebih rajin Mas memang akan buat sarapan sendiri di rumah! kalau hari bekerja biasanya Mas masak roti telur je... tapi kalau waktu bercuti dan hujung minggu barulah buat sarapan yang pelbagai! 

tapi anak2 Mas lebih suka mamanya buat sarapan di rumah... lebih sedap katanya!

hari ini Mas masak sarapan Spaghetti Goreng Olala

Jumaat, 28 Oktober 2011

masa untuk training!

Assalamualaikum...(^ ^)

lambatnya Mas update hari ini... Mas bercuti dan sibuk sikitlah sebab ada urusan!


pastu dalam 2 minggu lagi ada bowling tournament antara staff office Mas... memandangkan hari ini Mas bercuti jadi Mas peruntukkan sedikit masa untuk pergi training... biasanya Mas memilih untuk training di Mines SuperBowl!  lebih murah sebab Mas ahli di situ... satu game baru RM3.50!

walaupun dah hampir 1 tahun Mas tak pergi training tapi skill masih belum hilang... cuma tangan dan pinggang terasa sakit-sakit sikit... maklumlah dah lama tak beraksi dan angkat bola bowling! pastu skill nak dapatkan strike pun dah kurang sikit... nampaknya kena training lebih sikit ni!

hari ini Mas dan husband main 3 games je... tak larat nak main banyak games, badan dah rasa sakit! kalau tidak biasanya kami training 5-10 games seorang... 

skill masih maintain walaupun lama tak beraksi
"M" tu score Mas, masih boleh maintain 100 ke atas!

Khamis, 27 Oktober 2011

minum banyak air kosong

Assalamualaikum...(^ ^)

bila umur semakin meningkat, kerisauan terhadap kesihatan sangat tinggi... lagipun sekarang sangat mudah diserang penyakit walaupun badan nampak sihat walafiat! penyakit datang tidak memerlukan penyebab yang besar... kadang-kadang disebabkan benda kecil pun boleh jatuh sakit!

jadi demi menjaga kesihatan Mas dah cuba kuatkan azam untuk tidak minum air manis terlalu kerap... waktu kerja memang say no to milo ais ke, kopi ais kaw ke, teh o ais limau ke... hanya tenguk air kosong from 7 am to 5 pm! kalau terasa nak minum air manis Mas akan beli Nestle Bliss!

bagus minum banyak air kosong ni... badan kurang letih dan sistem penghadaman pun lancar! pastu perut pun kurang meragam! ada orang kata kalau minum banyak air kosong mesti asyik nak buang air... tapi takpe, ia bagus untuk penghadaman perut kita...

setiap hari di pejabat Mas akan minum 5 botol ni untuk air kosong dan sebotol Nestle Bliss... ia mencukupi untuk tubuh badan Mas! kat rumah memang minum air kosong je...


hati-hati dapatkan susu derma

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar pinjam SINI

Mas pernah tulis tentang perkara ini di blog... dan ia juga menjadi isu hangat di akhbar! hari ini Mas terbaca lagi mengenai isu ini di Berita Harian... jadi Mas nak petik beberapa pandangan mengenai perkara ini dari seorang pensyarah perubatan dan seorang ibu!

pandangan dari Dr. Adlina Sulaiman...
"ibu bapa bayi mungkin tidak mengenali secara rapa latar belakang penderma... begitu juga dengna tahap kebersihan ketika proses susu diperah serta teknik penyimpanannya betul atau sebaliknya... sewajarnya pemilik susu itu dikenali rapat oleh ibu bapa bayi yang menerima susu berkenaan kerana apabila cukup tempoh penyusuan itu, akan wujudnya ibu susuan yang mempunyai pertalian istimewa dengan bayi itu hingga mensabitkan soal aurat dan sebagainya!"

Mas sangat bersetuju dengan pandangan Dr. Adlina Sulaiman ini... sebab kita nak berikan susu tu kepada bayi kita, jadi kenalah pastikan tahap kebersihan dan keselamatan susu tersebut! janganlah sebab terdesak nak dapatkan susu untuk bayi, kita terima je susu dari orang yang tidak dikenali... 

pandangan dari seorang ibu pula, Nurnahdatul Salwa...
"secara peribadi, saya berpendapat penawaran susu badan menerusi internet kurang sesuai kerana latar belakang penderma, termasuk kesihatan dan akhlaknya tidak diketahui secara jelas... tambahan pula kalau masalah 'kering susu' hendak dijadikan alasan, masih ada ikhtiar untuk menambahkan jumlah susu ibu, termasuk pengambilan pil penggalak susu... bukan dengan mudah memperolehnya menerusi internet... kalau susu tidak cukup, saya lebih rela mendapatkan daripada saudara mara terdekat berbanding orang yang tidak dikenali!"

memang tepat sekali apa yang dia perkatakan... banyak cara sebenarnya kita nak tambah susu! ambil vitamin atau supplement yang bersesuaian... memang banyak dijual di klinik atau farmasi! janganlah jadikan semua tu alasan untuk kita cari cara yang mudah kan? 

pastu usahalah cari saudara mara yang lebih rapat... jangan mudah2 nak dapatkan menerusi internet dari orang yang kita tidak kenali!

picnic and photoshoot


Assalamualaikum...(^ ^)

kami suka picnic kat sini... best!

semalam cuti Deepavali dan siaran TV banyak cerita Tamil je, jadi Mas ajaklah husband pergi picnic... tapi bukan picnic kat tepi pantai atau air terjun, kat Taman Tasik Shah Alam je! sambil tu nak buat outdoor photoshoot! saja nak tambah koleksi gambar keluarga... 

Mas masak siap-siap kat rumah dan gerak keluar pun dah dekat pukul 3 petang... masa keluar rumah cuaca memang elok, mendung gitu tapi takde tanda nak hujan... tapi sampai kat tempat picnic hujan pun turun membasah bumi! jadi terpaksalah kami picnic di dalam kereta saja... untung jugaklah pakai MyVi, sebab seat belakang boleh buka!

terpaksalah picnic dalam kereta... syok jugak!

habis makan, alhamdulillah hujan pun berhenti... terus kami siap-siap nak photoshoot! tema baju merah gitu... niat di hati memang nak photoshoot sampai lebam... tapi baru sempat ambil 6 keping gambar, hujan kembali turun mencurah-curah dengan lebatnya!

tapi disebabkan tak puas bergambar, Mas minta husband tunggu sekejap... mana tau tiba-tiba hujan berhenti semula! tunggu punya tunggu dalam 1/2 jam gitu, hujan tetap tak berhenti... makin lebat adalah! so kami buat keputusan pergi ke Putrajaya... alhamdulillah sampai sana, langit cerah tiada tanda nak hujan... sambung photoshoot kat sana!

ini sajalah yang sempat... hujan!

lagi gambar photoshot kami boleh klik sini...

Rabu, 26 Oktober 2011

kuatnya cakap!

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari google

betul kan? wanita ni selalu jadi perhatian kalau buat sesuatu yang tak elok... samada dari segi cara pemakaian atau percakapan! jadi semuanya harus kita jaga agar nampak elok dipandang... 

apa yang Mas nak sentuh disini, dari segi percakapan seorang wanita... tak perlulah kita cakap kuat2 di khalayak ramai, terutamanya bila bercakap di telefon! Mas pernah jumpa wanita macam ni, cakap telefon di dalam lif... sudahlah cakapnya kuat, ketawa berdekah2 pulak tu! semua orang dalam lif tu memang tengok dengan pandangan yang menjengkelkan... dia pulak macam tak kisah! 

sepatutnya kawallah sikit nada suara tu... awak tu wanita! kenalah ada rasa malu dan segan sikit... perlu ke semua orang dalam lif tu dengar dan tahu apa yang diperbualkan... tak kan? jadi kenalah jaga sensitiviti orang lain dan privacy kita! 

dan yang paling penting respek orang lain... 

wordless wednesday [41]

Assalamualaikum...(^ ^)

siakap goreng Vanakam, tauhu sambal ala Deepavali dan timun air Diwali... nama tak menahan tu, ala-ala Deepavali gitu! heheheee...

apasal letak dalam bekas ni... kami nak pergi picnic!

rajuk si anak

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari google

jangan ingat kita je yang tahu merajuk dengan suami... anak2 pun ada rajuk dia juga dengan kita! malah kadang2 rajuknya itu lebih susah dipujuk... jadi kita kenalah bijak nak pujuk mereka! 

anak2 Mas memang kuat merajuk... kalah rajuk mamanya pada babahnya! si kakak kalau merajuk mesti buat muka sedih, pastu kurung diri dalam bilik... si adik pula mesti menangis dan baling2 barang! adoi, memang letih mama nak pujuk...

tapi rajuk mereka tak lama, gimik je lebih... memang senang nak pujuk! bila mereka merajuk, Mas akan biarkan dulu... pastu masa mereka tengah layan rajuk tu, Mas cakaplah 'ada orang aiskrim, mama nak beli banyak2 lah'... sepantas kilat orang yang merajuk tu jerit 'nak jugak'!

senang je kan? kenalah pandai guna psikologi sikit! pujuk mereka dengan benda atau perkara yang mereka suka... sebab rajuk anak ni tak lama, mereka cuma nak lebih perhatian kita je!

kalau mamanya merajuk, babahnya suka buat lawak bodoh! memang terbatal rajuk tu... ^_*

Selasa, 25 Oktober 2011

kosong ke, biasa ke... sama je!

Assalamualaikum...(^ ^)

bakal dapat bonus dan bakal naik gaji, jadi kena hadapi kenyataan harga barang semua naik... 

gambar sekadar hiasan (sumber dari google)

terjadi masa membeli laksam di pasar tani tadi... satu laksam kosong dan satu laksam biasa! harga laksam tu sepeket RM3... bila nak bayar, pemilik gerai cakap RM6! maknanya kosong ke, biasa ke, harga tetap sama... tiada perbezaan walau sepuluh sen pun! 

sebagai pembeli mesti kita expect ada sedikit perbezaan harga kan? tak kisahlah walau hanya sepuluh sen pun... kalau macam ni, lebih baik Mas beli dua laksam biasa je tadi! nampaknya peniaga lebih gembira kot dengan pemberian bonus dan kenaikan gaji ni... boleh jual mahal sikit!

bukan nak mengeluh, cuma sedikit terkilan je dengan peniaga macam ni...

tapi Mas bayar je... dah itu rezeki dia! 

minta maaf pada anak

Assalamualaikum...(^ ^)

I am sorry by *rob-i on deviantArt

manusia tidak sempurna dalam semua perkara... ada masa dan ketika kita akan buat silap! sama ada kesilapan itu disengajakan atau tidak, jangan malu untuk akui atau minta maaf... dengan meminta maaf akan merendahkan tahap keegoaan kita dan membuatkan kita lebih dihormati...

apa yang Mas nak sentuh disini dalam konteks kita dengan anak2 ... kadang2 kita tak sedar termarah anak tanpa sebab... puas anak kita nafikan tapi kemarahan kita masih belum reda! si anak rasa kecewa dan pernahkah fikir balik yang kita marah dia tanpa usul periksa... 

dan jika dah sedar itu salah kita, jangan ego nak minta maaf dengan anak2... kalau kita ajar anak untuk minta maaf jika buat salah, kenapa kita tidak? tidak hilang pun gelaran kita sebagai ibu bapa kalau sekali kita ucapkan kata maaf tu! anak akan rasa lebih disayangi dan dihargai...

cara ini mengajar anak kita memaafkan segala kesalahan... mereka akan minta maaf dengan kita bila buat salah! sebab, dia dah set dalam mind "kalau mama silap, dia minta maaf dengan saya... jadi jika saya silap, saya mesti minta maaf jugak! lihat... anak kita dah memahami kan?

tidak susah sebenarnya... cuma kita kena buang sikit rasa ego tu!

impian si anak

Assalamualaikum...(^ ^)


masa mengandung anak pertama instict Mas kuat mengatakan anak dikandung itu adalah anak perempuan... memang Mas nak anak sulung perempuan, nanti dia boleh jaga dan ajar adiknya! 

sekarang dia dah semakin dewasa dan boleh diharap jaga adiknya yang sorang tu... dah pandai bebel dan marah adiknya, macam Mas marahkan mereka! dia juga tegas dengan adiknya... rajin tunjuk ajar adiknya dalam pelajaran! jadi Mas percaya dia boleh jaga adiknya dengan baik...

tapi dalam sibuk jaga adiknya, dia ada impiannya sendiri! katanya nak jadi macam mama... terharu Mas! setiap kali keluar jalan-jalan nak cantik, jadi kenalah calitkan sikit make-up kat dia! beli baju pun mesti nak pilih sendiri, kalau Mas pilih mesti tak berkenan!

bila berborak dengan dia pun macam-macam impian yang dia inginkan... nak belajar sampai masuk universiti! pastu nak dapat kerja yang bagus dan kumpul banyak duit! katanya nanti boleh bagi duit tu dekat mama dan babahnya!

itulah impian si anak... Mas harap sangat ia jadi kenyataan! Mas sentiasa doakan dia membesar sebagai anak solehah... suapaya bila dewasa dan berjaya nanti dia tak lupakan orang tuanya...

ahli baru

Assalamualaikum...(^ ^)

nampak tak ahli baru kat blog picisan ni... kalau tak nampak tengok pakai kanta ye!


inilah dia ahli baru tu... nampak kan? 

memang dah lama Mas nak buat header baru yang lebih simple but cantik dipandang... mulanya bercadang tak nak dah tayang muka tak cantik tu... ingat nak letak gambar laptop je! tapi memandangkan pembuat header ni kata tak cantik, maka letak jugaklah muka kurang comel tu...

pilihan warna merah dan ungu mesti ada... itu kan warna kegilaan Mas! tagline pulak Mas pilih yang baru iaitu menulis bukan kejar glamour! heheheee... kelakar ke tagline tu? Mas pilih tagline camtu sebab Mas nak menulis dari jiwa dan hati yang ikhlas... menulis dari apa yang Mas rasa dan percaya! bukan semata-mata nak kejar glamour je! tapi kalau tiba-tiba jadi glamour Mas terima dengan redha...

itu sajalah, apa lagi kawan-kawan, bagilah komen sikit! cantik, menarik, tertarik tak header ni...

Isnin, 24 Oktober 2011

kegilaan main games

Assalamualaikum...(^ ^)

suka main games di facebook tak? farmville, cityville, cafeworld dan frontierville...

dulu inilah games kegilaan Mas...  (gambar dari google)

sebelum ada blog dulu Mas memang gila main games... semua games di facebook Mas main! memang banyak masa dihabiskan dengan mengadap laptop je... sampai sanggup berjaga hingga ke larut malam! kadang2 sampai berebut laptop ngan husband sebab dua2 gila main games kat FB...

kegilaan main games di FB ni ada kebaikan dan keburukan... tapi kebaikannya mungkin tidak banyak! antaranya mungkin bagaimana cara kita menyusun strategi untuk maju ke level seterusnya! jika strategi kita bagus, dengan cepat kita akan maju dan berjaya ke level yang lebih tinggi...

tapi walau ada kebaikan, keburukan games adalah lebih banyak... ia akan membuatkan kita leka dan lalai! terlalu banyak masa dihabiskan mengadap games akan buat kita lupa pada tugas dan tanggungjawab... kita juga akan suka bertangguh2 nak lakukan sesuatu perkara! maklumlah sayang nak tinggalkan games yang semakin menyeronokkan itu...

jadi daripada kita makin ketagih dan ketagih, lebih baiklah berhenti! bagi Mas tak mendatangkan faedah pun... tapi kalau kita hanya layan sekali sekala dan pandai bahagikan masa takpe kot...

rindu pulak nak berkebun di Farmville dan majukan bandar di Cityville... heheheeee

cantik tradisional atau moden

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari google

semua orang nak cantik... bagaimana caranya terpulang pada individu itu sendiri! ada yang lebih suka cara tradisional dan tak kurang jugak yang suka cara moden... 

memilih cara tradisional sebenarnya adalah yang terbaik... memanglah kesan sampingannya agak lambat tapi jika kita rajin dan konsisten, hasilnya pasti berkesan! kalau buat sekali dua je pastu nak harapkan kesan yang cepat memang tak bolehlah... hari-hari kena buat tanpa rasa jemu! 

tapi ada segelintir yang nak kekal cantik dengan cara mudah... hanya guna kaedah perubatan yang moden! ambil suntikan atau makan pil-pil kecantikan sahaja... pasti akan nampak hasilnya dengan cepat dan pantas! cuma kena berhati-hati, kadang-kadang ia mendatangkan kesan sampingan yang memudaratkan... jadi sebelum cuba fikir dulu, sanggupkah tanggung risiko!

cara mana yang kita pilih tidak salah sebenarnya... cuma kita kena percaya dan yakin! kalau nak cantik secara semulajadi pilihlah cara tradisional... lebih selamat dan sah tiada yang memudaratkan! 

suka cara tradisional dan cantik yang semulajadi! 

Ahad, 23 Oktober 2011

tak sangka dapat jugak!

Assalamualaikum...(^ ^)

pada 1 Syawal yang lepas merupakan ulangtahun perkahwinan Mas yang ke 9 tahun... memandangkan masa tu sibuk menyambut hari raya, maka Mas dan husband memang tak sempat nak meraikannya... nak beli hadiah pun tak sempat! 

lepas raya tu Mas sibuk jugalah nak carikan hadiah untuk husband, tapi dia tak mahu! katanya cukuplah kasih sayang Mas sebagai hadiah.... waaaaaa, terharunya! jadi Mas pun tak mahulah terhegeh-hegeh minta hadiah dengan dia...

tapi tak sangka pulak dia masih ingat nak belikan hadiah untuk Mas... semalam masa kami ke Alamanda nak menonton filem, husband ajak pergi ke kedai handbag! kebetulan lalu kat Primavera, Mas terus terpandang handbag yang menawan hati... terus cakap ngan husband nak yang itu! 

masuk Primavera terus capai handbag tu dan beli tanpa banyak cakap... tapi sebelum beli sempat jugak ambil gambar sekeping! terima kasih abang atas hadiah ini...

merah menyala juga jadi pujaan hati
love red very much... cantik tak?

reviem filem Real Steel... superb!

Assalamualaikum...(^ ^)

dapat jugak akhirnya menonton filem ini... filem yang terbaik selain Transformers!


rasanya tak perlu Mas tulis panjang lebar sinopsis filem ni... semua orang tahu ia mengenai pertarungan antara robot besi yang dicipta oleh manusia... ia mengisahkan perhubungan antara ayah dan anak yang terpisah sejak kecil... Max yang kematian ibunya dibenarkan berjumpa dengan ayahnya Charlie yang pernah menjadi peninju ternama! ayah Max juga sangat taksub dengan dunia tinju robot sehingga mencipta robot sendiri...  tetapi minat yang mendalam itu tidak pernah membuahkan hasil apabila robotnya sering kalah dalam pertarungan! sehinggalah pada suatu malam semasa mahu mencuri bahagian robot, Max menemui robot bernama Atom... apa yang terjadi selepas penemuan itu? adakah Atom berjaya menjadi robot terunggul dan memenangi pertarungan... itu kenalah saksikan sendiri di pawagam!

yang menariknya cerita ini penuh dengan elemen kepercayaan dan kasih sayang... terutama kepercayaan seorang anak kepada ayahnya semasa pertarungan robot mereka! si anak percaya yang ayahnya boleh lakukan yang terbaik untuk robot mereka menang! kasih sayang antara mereka juga jelas terpancar walaupun si ayah terpisah dengan anaknya sejak lahir lagi... selain itu ada juga diselitkan eleman kelakar yang boleh membuatkan penonton tertawa... 

pastinya Mas memang teruja menonton filem ini... terutama semasa aksi pertarungan robot yang bernama Atom! setiap kali robot itu berjaya mengalahkan lawannya Mas akan tepuk tangan! ini kerana aksi pertarungan itu sangat mendebarkan... 10/10 bintang untuk Real Steel!

Sabtu, 22 Oktober 2011

dapat apa yang dihajati

Assalamualaikum...(^ ^)

balik rumah terus melaram dan suruh ambil gambar

tengoklah tu, senyum simpul je masing-masing! dah dapat apa yang dihajati... 

macam inilah anak-anak Mas, kalau dah berjanji nak belikan sesuatu untuk mereka mesti kena tunaikan... kalau tidak hari-hari mesti tanya bila mama nak beli! kadang-kadang Mas saja je belikan lambat, saja nak buat mereka lupa... tapi jangan haraplah, mereka ingat sampai bila-bila!

sebenarnya sejak permainan Angry Bird ni berleluasa mereka terus suruh Mas beli baju ni... sibuk tanya dekat mana nak beli, ada jual ke tak? jadi kebetulan semalam ada orang jual kat area ofis Mas... jadi belilah terus untuk mereka! murah je, sehelai RM10... kainnya pun berkualiti!

Mas jenis tak kisah kalau beli baju untuk anak-anak... biarlah murah, janji kualitinya elok!

comel pulak baju ni... nak beli untuk diri sendiri dan husband pulaklah!

Jumaat, 21 Oktober 2011

cinta mukabuku

Assalamualaikum...(^ ^)

sumber gambar dari google

untung orang zaman sekarang, nak cari pasangan hidup pun dah senang! berkawan je dengan ramai orang di facebook... kalau ada rezeki dan jodoh pasti salah seorang akan memikat hati! 

tak sama zaman Mas bercinta dulu... nak cari pasangan terpaksalah usha mana lelaki/wanita yang berkenan di hati... bila dah berkenan barulah susun strategi camne nak berkenalan! bila dah kenal hati budi masing2 barulah tetapkan tarikh nak keluar for the first date... 

cuma cinta facebook ni kenalah berhati2... sebelum berkenalan dengan lebih rapat dan jalinkan hubungan cinta, siasat dulu betul2 latarbelakang dia! manalah tau terpikat kat suami atau isteri orang... tak pun dengan kaki penipu yang dah memperdayakan ramai orang! 

pastu kenal dulu hati budi masing2... janganlah baru sehari dua kenal, dah boleh tukar gambar! dan bila dah bersedia dan rasa dia seorang yang baik, barulah boleh jumpa... dapatkan restu ibu bapa, pasti bahagia dan kekal ke jinjang pelamin... itulah yang dinamakan jodoh!

zaman cinta Mas, mana ada facebook... jadi Mas yang ngorat husband Mas dulu...hehehee!

jangan tunjuk kebodohan diri

Assalamualaikum...(^ ^)

sumber gambar dari sini

mesti ramai dah tengok video pergaduhan 2 orang wanita di kedai kasut tu... satu perkataan je Mas boleh cakap iaitu BODOH! demi berebutkan seorang lelaki sanggup tunjukkan kebodohan diri bergaduh di depan orang ramai!

tak sedar ke yang lelaki tu bersorak kegembiraan bila lihat video tu... pasti dia tersenyum bangga sebab ada juga perempuan sanggup bergaduh untuk dia! padahal waktu tu dia dah bersukaria dengan perempuan lain... engkau yang bergaduh ni dapat apa? dapat malu sebab video dah tersebar merata-rata!

ingatlah wahai wanita, janganlah tunjukkan kebodohan diri disebabkan perkara sebegini... apa yang kita dapat? cubalah berfikir secara rasional dan cari jalan penyelesaian terbaik! bukannya dengan malukan diri sendiri dan tunjukkan seolah2 martabat kaum wanita ni rendah... 

dan sudah pastinya perkara macam ni akan menjadi tarikan orang untuk aibkan kita... jangan ingat orang lain akan tengok je bila kau gaduh camtu... zaman canggih sekarang, confirm mereka yang tengok tu akan rakam aksi gaduh korang tu! walaupun orang itu kawan sendiri... 

tak pasal2 dapat malu besar... dahlah bergaduh depan khalayak ramai, pastu video pergaduhan itu tersebar sana sini! salah siapa? itulah, lain kali jangan tunjuk kebodohan diri tu...

blog ini sekadar berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya... semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa! sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis terlebih dahulu dan dikreditkan ke blog ini... terima kasih dari massaari [dot] com!

Pemilik Blog : Mas Saari
Email : mas7977@gmail.com