mrs secretary

Rabu, 30 November 2011

dah siap!

Assalamualaikum...(^ ^)

akhirnya yang dinanti telah siap... tak sangka secepat ini! Mas buat pembayaran pada hari Jumaat, hari ini gambar dah siap... terima kasih pada Encik Halim kerana siapkan tempahan Mas begitu cepat sekali! memang perkhidmatan yang diberikan begitu memuaskan!

bagi kawan-kawan yang berminat nak tempah 3D Canvas dengan Encik Halim bolehlah email gambar yang nak dikanvaskan... gambar yang diemail mestilah gambar bersaiz 16 x 24 supaya bila dikanvaskan gambar tidak pecah! sebelum tempah boleh tengok contoh gambar di blog atau facebook Encik Halim... ini Mas sertakan name card dia sekali!


so far Mas sangat berpuashati dengan harga yang ditawarkan dan kualiti gambar yang dikanvaskan... sangat cantik! gambar yang Mas kanvaskan bersaiz 20" x 30" dengan harga RM110... boleh pilih samada nak collect sendiri atau diposkan ke rumah! Mas pun tak sabar nak tempah lagi ni, nak kanvaskan gambar raya pulak...

jadi dipersembahkan gambar 3D Canvas yang telah siap...

like 20 kali... sangat cantik!

bila dah siap digantung, setiap minit asyik nak tengok je!

kena pandai survey!

Assalamualaikum...(^ ^)

semalam handphone pulak rosak... tetiba je ada problem, sound tak bunyi! 

terpaksa malam tu ajak husband bergegas ke Alamanda lagi sekali... malas nak pergi jauh2 sebab dan malam! dan dengan harapan handphone dapat dibaiki... sampai kat kedai handphone terus terangkan kat taukeh kedai apa masalahnya! tapi tanpa buka apa2 pun, hanya tengok depan dan belakang handphone tu terus dia cakap software dah rosak! kena format balik dan install software baru... charge yang dikenakan RM150! mak aihhhh, mahalnya...   

Mas pun tanyalah taukeh tu... " betul ke software yang rosak... takut nanti taukeh dah format dan i dah bayar tapi tak ok jugak! camne tu? " boleh pulak dia jawap... " itu i tak surelah... tapi bila i dah install software baru u tetap kena bayar maaa! "

terus tak jadi buat, camtu pulak kan? tak pasal2 duit Mas melayang tapi handphone tak ok jugak... jadi kena pergi jugak ke Mines... lagipun Mas beli dulu pun kat situ! sampai kat Mines terus menuju ke kedai yang Mas beli handphone ni dulu... tapi tengok taukehnya orang lain! husband cakap takpe, kita try tanya dulu... taukeh ni pun sama, belek punya belek terus cakap software jugak yang rosak! tapi murah sikitlah chargenya, dalam RM80 sahaja...

tapi husband Mas tetap tak puas hati... dia ajak survey kat tempat lain pulak! tiba2 masa kami lalu kat sebuah kedai yang repair Iphone ternampaklah taukeh kedai yang kami beli handphone ni... terus jumpa dia dan ternyata dia masih ingat muka kami! 

setelah ditengok, dia kata kemungkinan software yang rosak atau komponen sound yang rosak... tapi dia akan cuba install software baru dulu dan kalau tak elok jugak baru dia akan tukar komponen sound tu! bila Mas tanya install software baru kena charge tak... katanya tak perlu! hanya tukar komponen tu je kena charge RM150! dan bila dah install software baru masih tak elok jugak... rupanya memang komponen sound tu yang rosak! jadi terpaksalah tukar dan kenalah bayar RM150...

tapi Mas berpuashati sebab taukeh tu sanggup install software baru tanpa kenakan sebarang charge... komponen tu wajiblah dia charge kan sebab barang original! pastu siap backup kan contact number dan gambar, installkan games baru dan installkan GPS... semuanya free! 

sangat berbaloi kan? jadi kalau handphone rosak kena pandai survey tempat yang betul2 boleh dipercayai dan kenakan charge yang berpatutan! 

komponen dalam bulatan tu yang diganti... gambar dari sini

Wordless Wednesday [45]

Assalamualaikum...(^ ^)

Filem camni pun ada, macam² pengarah sekarang kan? Ada ke orang nak menonton, kalau ada pun mungkin yang 'ghairah' nak jadi datin je kot!


Selasa, 29 November 2011

untuk pengetahuan pakcik...

Assalamualaikum...(^ ^)

balik dari kerja tadi Mas singgah Alamanda kejap, nak beli barang dapur sikit... dah selesai beli apa yang patut terus beratur nak bayar parking... masa beratur jam menunjukkan pukul 4.50 petang! dan kebetulan masa beratur tu ada seorang pakcik ni beratur di belakang Mas... tiba2 pakcik ni tegur! 


" awak ni kerja Kerajaan ke? "

" ya pakcik, kenapa? "

tiba2 pakcik ni membebel sambil matanya menjeling pada pas pekerja yang Mas pakai..
" macam nilah sikap pekerja Kerajaan, belum habis waktu bekerja pukul 5 dah sibuk beratur di Alamanda! " ini ke cara nak tunjuk contoh pada orang ramai "

mak aihhhh pakcik ni, cakap ikut sedap mulut je... memang sentap dah masa tu, nasib baik dia orang tua jadi Mas tetap hormat! terus Mas jawap dengan bersopan santun...
" untuk pengetahuan pakcik, orang Kerajaan ni ada tiga waktu bekerja... kalau masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang, kalau masuk pukul 8 pagi, baliknya pukul 5 petang dan kalau masuk pukul 8.30 pulak, balik pukul 5.30 petang... saya ni masuk kerja pukul 7.30 pagi jadi tak salahlah kalau belum pukul 5 saya dah beratur di Alamanda ni... sebab saya habis kerja pukul 4.30 petang! "

terus pakcik tu senyap je, tak cakap apa2 dah... nak minta maaf pun tak! 

sebenarnya Mas tak kisah sangat kalau betul pakcik tu tak tahu waktu bekerja orang Kerajaan ni camne... tapi tak patutlah dia cakap sikap pekerja Kerajaan semuanya camtu... dah tentulah Mas sentap kan? nampak sangat seolah2 imej pekerja Kerajaan ni tak elok!

sebab tulah orang kata... cakap siang pandang2, cakap malam dengar2 ye pakcik!

kami tertipu lagi

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari google

masa pindah rumah baru tahun lepas Mas belilah sofa baru... bentuk L shape! beli pun bukan sebab prinsip rumah baru kena sofa baru... beli sebab nak jimat ruang, rumah bukanlah luas sangat! 

masa nak beli tu banyak tempat jugaklah Mas survey... kalau boleh nak cari harga yang berpatutan dan kualiti yang bagus! survey punya survey, sofa di Cavenzi yang jadi pilihan kami... masa beli tu bukan main beli je, Mas tanya dulu kualiti sofa tu... 100% leather atau tidak! 

bila pihak Cavenzi cakap sofa tu memang 100% leather, jadi terus Mas setuju nak beli... Mas pun percayalah dengan cakap mereka! takkanlah mereka nak tipu pulak sebab Cavenzi pun syarikat perabot yang ternama! tapi yang mengecewakan baru setahun guna sofa tu, dah ada problem... kulit sofa semuanya terkopak! Mas sangat terkejut, takkanlah sofa 100% leather mudah rosak macam ni... lagipun pihak Cavenzi cakap sofa tu terjamin kualitinya dalam tempoh 5 tahun!

rasa tertipu sangat dengan pihak Cavenzi Mas terus minta diaorang ambil balik sofa tu dan tukarkan dengan kulit yang baru... make sure 100% leather! bila Mas tanya mereka kenapa tipu kami kata sofa tu memang 100% leather, terus tergagap2 nak jawap... terus tabur janji lagi kata yang mereka akan gantikan kulit baru tanpa ambil charge 1 sen pun... baru puas hati Mas!

tapi kalau mereka tipu lagi kali ni memang Mas akan jaja kisah penipuan mereka ni di dada akhbar... baru kau tau kuasa pembeli kan?

bagus cara ni!

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar sekadar hiasan... pinjam sini

hari ini ada taklimat kepada ibu bapa mengenai kemasukan ke pra sekolah untuk murid berumur 6 tahun.. alhamdulillah, Arfan dapat tawaran tersebut! masih bersekolah di SK Cyberjaya..

Mas tak dapat hadirkan diri sebab bekerja.. terpaksalah husband je pergi! ralat jugak sebenarnya sebab hal membabitkan persekolahan anak² ni memang Mas akan hadir.. jaranglah Mas tak pergi! tapi nak buat camne, kena kerja kan?

setakat ni Mas memang takde masalah dengan SK Cyberjaya ni.. bagi Mas ini memang sekolah terbaik! Mas suka cara sekolah menggalakkan ibu bapa hadir jika ada taklimat mengenai persekolahan anak².. misalnya tentang kemasukan pra sekolah 6 tahun untuk tahun 2012.. di dalam surat pihak sekolah nyatakan supaya ibu bapa wajib hadir taklimat tersebut.. jika tidak berjaya hadirkan diri bermakna mereka menolak tawaran!

bagus cara macam ni.. at least ibu bapa lebih peka! takdelah bila dah berjaya dapat mereka buat tak tahu je.. janji anak dapat bersekolah! taklimat tak perlu hadir, bukan ada apa yang penting pun.. 

bila sekolah buat cara sebegini, baru ibu bapa ambil berat... berusaha untuk hadirkan diri, kalau tak anak tak dapat sekolah! kalau ikut pengalaman Mas, memang berapa kerat je ibu bapa yang hadir taklimat sebelum sekolah letakkan syarat sebegini... 

hal persekolahan anak² ni kita kena peka.. jangan serah 100% pada guru dan sekolah!

Isnin, 28 November 2011

bila tak tahu

Assalamualaikum...(^ ^)

gendang gendut tali kecapi..
kenyang perut suka hati..

selesai sudah lunch bersama menu yang simple.. tapi cukup mengenyangkan perut!

memasak ni ikut mood dan apa yang terfikir nak dimasak.. kalau dah takde mood dan tak tahu nak masak apa, teruslah masak apa yang sempat je! janji sedap dimakan dan perut kenyang.. anak² pun makan bertambah 2 kali! 

tapi Mas memang macam ni.. kalau tak tahu nak masak apa pastu bahan mentah pun takde, memang masak je apa yang ada di rumah.. walaupun hanya telur dan ikan bilis! sekali sekala, bukan selalu.. husband pulak kerja, tak perlu masak hebat sangat.. simple but nice dahlah!

hahahaaa... apa yang Mas merepek ni! tak tahu nak update apa sebenarnya.. layan jelah menu ni!

sambal sardin, telur goreng dan kicap... baru ummpphhh!

menang dipuji, kalah dikeji

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari mymetro

fenomena biasa dalam setiap pertandingan yang melibatkan negara... tak kiralah bolasepak ke, badminton ke atau perlawanan lain sekalipun! 

tapi perlukah sampai kita kutuk membabi buta? sehingga ada yang sanggup cakap skuad negara kita bodoh dan malukan negara... bila dah menang pingat emas di Sukan Sea terus berlagak! sepatutnya semua kutukan ini tidak sepatutnya dilemparkan kepada mereka...

mereka dah lakukan yang terbaik, sudah bermain mati-matian demi negara... mungkin semasa perlawanan semalam sedikit kealpaan telah berlaku! dua gol yang dijaringkan tidak dapat dipertahankan sehingga ke wisel penamat... tapi Mas boleh lihat kesungguhan mereka bermain, cuma perlu usaha lebih keras lagi!

memang kita marah dan kecewa... Mas pun turut sama kecewa bila mereka kalah semalam! tapi tidaklah sampai nak kutuk dan keji... cuma berharap skuad kita berusaha lebih gigih lagi dan mantapkan strategi ketika menghadapi perlawanan! Mas tahu mereka boleh lakukan yang terbaik demi maruah negara...

sekadar luahan pendapat... nak kata fanatik bola sangat tu takdelah! tapi rasa kecewa juga bila baca macam2 status di facebook yang mengutuk dan mencaci skuad negara kita bila kalah semalam... agaknya dah jadi adat... menang dipuji, kalah dikeji!

moga Harimau Muda bangkit dan jadikan kekalahan ini satu pengajaran... mereka pasti boleh!!

Ahad, 27 November 2011

berkelah di Sungai Lepoh

Assalamualaikum...(^ ^)

bestnya berkelah... bukan setakat berkelah je, siap mandi hujan lagi! syok wooooo...


kami sampai di Sungai Lepoh lebih kurang jam 2 petang setelah sesat jugaklah nak cari sungai tu... maklumlah first time pergi sini! ketibaan kami disambut dengan hujan yang agak lebat... terpaksalah lepak dalam kereta dulu sementara tunggu hujan berhenti! 

hampir setengah jam jugaklah kami menunggu... alhamdulillah, hujan berhenti! pastu terus langit cerah dan matahari pun muncul... apa lagi, terus keluarkan bekal yang bawa dari rumah tadi... makan dan terus mandi manda sehinggalah hujan turun sekali lagi! 

sungai kat sini bestlah jugak... airnya sangat jernih dan kawasan di sekeliling sungai pun bersih! tenang sangat rasanya bila lihat permandangan yang cantik... dan yang paling best bila dapat celupkan kaki kat dalam sungai tu... sejuk dan segar je! 

next time boleh datang berkelah lagi... jom layan gambar pulak!

ramai jugak orang datang berkelah
sebelum mandi isi perut dulu
merekalah yang paling syok mandi
tengoklah abahnya... dia yang paling excited!
syoknya mereka mandi... Mas tak mandi, biasalah masalah wanita!

Mas tak upload banyak gambar kat sini, ada banyak gambar di blog kedua Mas!

yeayyyy... nak berkelah!

Assalamualaikum...(^ ^)

saat entri ini dipublish Mas dalam perjalanan ke Hulu Langat... nak pergi berkelah di Sungai Lepoh! hari ini husband Mas off, jadi bolehlah bawa anak-anak bersukaria... walaupun hanya sehari tapi janji mereka gembira!

sebenarnya first time Mas pergi ke sini... bila search kat internet terjumpa pulak blog D'Sungai Lepoh Chalet! tengok kat blog tu menarik juga tempat ni, jadi tak salah Mas cuba pergi... bukan apa cuma nak rehatkan badan dan tenangkan fikiran! jadi tempat macam nilah paling sesuai...

sebelum pergi Mas masak siap-siap kat rumah... senang sikit! tak perlu nak beli makanan kat luar... syok sikit berkelah bersama keluarga sambil makan lauk yang dimasak sendiri... Mas masak simple je! ada tauhu masak sambal, ikan goreng dan gulai lemak jantung pisang... memang terangkatlah makan kat tepi sungai nanti!

oklah, nak enjoy mandi sungai ni... nanti Mas update perkelahan Mas disana! 

inilah sungainya... gambar dari blog D'Sungai Lepoh Chalet 

Sabtu, 26 November 2011

1433 Hijrah

Assalamualaikum...(^ ^)

selesai sudah doa akhir tahun dan doa awal tahun dibaca... esok bermula tahun hijrah yang baru! 

gambar dari koleksi peribadi
1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

penuh makna yang mendalam lirik lagu ni... banyak erti penghijrahan yang berlaku dalam hidup setiap manusia! ada yang berhijrah dari anak dara ke isteri orang... ada juga yang berhijrah dari seorang isteri kepada seorang ibu... semua hijrah ini adalah yang terbaik untuk diri kita! 

apa pun hijrah yang kita lakukan biarlah diiringi oleh niat yang betul... jangan hanya berhijrah sebab nak dapatkan pahala je... tapi niat dan nawaitu tak betul, tidak ikhlas kerana Allah SWT!

Salam Maal Hijrah untuk semua... 

moga hijrah kita adalah hijrah yang terbaik!

ini sajalah aktivitinya

Assalamualaikum...(^ ^)

buka blog, update blog..

buka facebook, tengok status kawan² yang macam².. status sendiri malas nak post!

dah bosan, tengok TV! layan jelah cerita kat Astro walaupun dah ulang banyak kali..

ini sajalah aktiviti yang dibuat hari ini.. 

pastu bila anak² dah jerit "mama, kami lapar!" barulah huru-harakan dapur... teruskan misi memasak menu yang dah planning dari semalam.. maklumlah time cuti je nak sibukkan diri di dapur..  kalau time kerja memang tak berasap pun dapur! nasib baik ada anak² membantu..

ini sajalah yang mampu dimasak hari ini untuk kenyangkan perut husband dan anak².. ketam masak lemak cili api, pedal goreng bercili dan kacang buncis goreng taucu!



dan tak lupa juga siapkan bekal untuk husband.. walaupun dia bekerja Mas tetap suruh dia balik sekejap ambil bekal yang Mas dah siapkan! biar perut dia kenyang dengan masakan air tangan isterinya sendiri.. heheheeee


inilah kesukaan dia

Assalamualaikum...(^ ^)


tengoklah tu... 

berbekalkan sebuah buku dan sebatang pensel... lagak seperti seorang businesswoman!

dengan duit tipu-tipunya yang dibuat dari kertas serta sebuah kalkulator,  khusyuk je dia buat kira-kira... ralit pulak Mas tengok!  

memang dia minat main benda-benda camni... buat kira-kira, tulis-tulis macam orang business berniaga je! pernah sekali tu kat sebuah kedai, atas meja tu ada kertas, pen dan kalkulator... dia pun apa lagi terus ambil tulis nombor-nombor pastu kira kat kalkulator... cina taukeh kedai tu asyik je tengok dia... 

siap cakap lagi kat Mas...
" anak you ni bakal jadi businesswoman nanti... dari kecil dia dah minat buat kira-kira dan nombor ni! kalau ikut kepercayaan orang cina dia memang boleh berjaya nanti... you percayalah! "

Mas pun takdelah nak percaya sangat cakap cina tu, tapi memang dia suka benda camni... Mas cuma harap dia betul-betul jadi businesswoman yang berjaya dan disegani! semoga minatnya yang hanya main-main ni akan kekal hingga ke dewasa... sebagai ibu Mas doakan yang terbaik untuk dia!

Jumaat, 25 November 2011

redha dengan tugas suami

Assalamualaikum...(^ ^)

ramai kawan2 bertanya...
" Mas, cuti 3 hari ko pergi mana? " 

jawapannya...
" tak pergi mana2 pun, dok kat rumah je... husband kerja! "

sedihkan jawapan tu... cakaplah sedih kawan2! 

tugas sebegini yang menghalang husband untuk bercuti...

tapi nak buat camne kan, sedih pun kena redha... dah itu tuntutan tugas husband Mas! bila masuk je hujung tahun memang cuti dia dibekukan... nak pulak sekarang musim banjir, lagilah khidmat mereka diperlukan! jadi jangan mimpilah hujung tahun nak bercuti...

anak2 pun asyik bertanya je, bila nak pergi jalan2... cuti sekolah kan mama! nak buat camne anak2, abah korang kerja... jalan2 time dia off bolehlah!

memang dah plan cuti 3 hari ni nak pi jalan2 keluar dari negeri Selangor... tapi terkubur jelah harapan tu! esok dia kerja, ahad off dan isnin kerja lagi... mana ada masa! cuma hari ahad jelah boleh nak pergi bersukaria... itu pun area dekat2 je! 

jadi redha sajalah dengan tugas husband sendiri kan?

siapa yang punya suami kerja bomba tu pasti memahami!

tajuk gempak jadi perhatian

Assalamualaikum...(^ ^)


Mas Saari berskandal dengan Rosyam Nor!

gempak tak tajuk ni? rasanya kalau entri kita bertajuk macam ni pasti laju je pembaca klik kan... tak sabar nak baca certi selanjutnya! cuba kalau tajuk sebegini pulak...

Solat itu tiang agama...

agaknya ramai tak laju2 nak klik entri tu dah baca sehingga habis... mungkin segelintir saja yang akan berbuat begitu kan? sesetengahnya hanya baca tajuk pastu komen tanpa membaca isinya... tak pun baca tajuk pastu terus tekan tanda pangkah!

tapi dah jadi kebiasaan kan, entri yang bertajuk gempak ni biasanya jadi tumpuan... nak pulak entri yang tajuknya tentang gosip2 panas... kalau entri yang bertajuk biasa2 ni jarang orang nak baca! kalau baca pun hanya baca yang hujung2 je... 

memanglah tajuk memainkan peranan penting bagi setiap entri... tapi janganlah kita hanya menilai entri itu dari tajuknya sahaja... kadang2 tajuknya saja tak berapa menarik tapi isinya banyak mesej berguna yang disampaikan! jadi apa salahnya kita baca sampai habis dulu barulah buat penilaian...

tapi ada sesetengah penulis blog ni pandai... mereka buat tajuk gempak2 pasal skandal ke, gosip ke, tapi isi entri tersebut sebenarnya mengenai perkara lain... bagi Mas tak eloklah buat camni, biarlah kita tulis tajuk yang betul2 berkaitan dengan isi... takdelah pembaca rasa tertipu! 

dan satu lagi sebagai pembaca janganlah kita hanya tengok tajuk sahaja... tajuk gempak terus kita nak baca! sebaliknya kita baca dulu, manalah tau isinya lagi gempak dari tajuk... 

Khamis, 24 November 2011

hari ni gaji... hari ni habis

Assalamualaikum...(^ ^)

hari ini bagi yang kerja kerajaan pasti dah senyum lebar sampai ke telinga... dah gaji kan?

gambar dari google

panjang 2 km lah orang beratur kat mesin ATM tu nak keluarkan setiap sen yang ada... nak pulak Year End Sales dah bermula, lagilah tak sabar nak ambil duit tu... terus jerit, lambatnya orang depan ni keluarkan duit... cepatlah sikit! heheheee

memang syok dapat gaji ni, nak pulak dompet memang dah tinggal duit seringgit ngan syiling je... sekali korek kat bank terus nak keluarkan semua... barulah tebal sikit dompet yang dah nipis tu! pantang nampak benda yang berkenan di hati semuanya nak beli... lupa dah hutang yang dok keliling kat pinggang tu!

seeloknya sebelum ligat bershopping tu, selesaikan dulu hutang2 dan bil2 yang ada tu... pastu simpanlah sikit untuk kegunaan waktu kecemasan... kalau ada lebih barulah laburkan sedikit untuk shopping! kalau takde tu, tak perlulah buat2 ada... 

takdelah nanti tengah bulan poket dah kering... pastu mulalah dok rapat2 ngan kawan! 
" aku dah kering ni, pinjam fulus sikit... gaji aku bayarlah! "

pastu tiba2 pulak rajin puasa... ingatkan rajin puasa sebab ikhlas memang nak puasa, rupanya sebab duit dah tak berapa nak ada... kalau puasa boleh jimat belanja sikit! boleh pulak camtu?

tulah, masa dapat gaji tak ingat... kalau boleh hari ini gaji, hari ini jugak nak habiskan duit tu!

...Mas dah selesaikan semua bil dan hutang... ada balance sikit gaji ni ingat nak bawa anak2 pergi jalan2... maklumlah cuti sekolah! dah simpan jugak untuk belanja sehingga gaji bulan depan...

yang tidak perlu ditulis

Assalamualaikum...(^ ^)

blog adalah tempat untuk kita menulis... meluahkan rasa dan percaya!

gambar dari google

apa yang kita tulis seharusnya sampai ke hati pembaca... ada manfaat dan mesej yang boleh disampaikan! ada ilmu dan pengetahuan yang boleh dikongsi untuk dijadikan panduan... ada cerita yang bisa membuat pembaca tersenyum sendirian... dan ada kisah yang bisa membuat mereka berfikir sejenak!

bermacam2 cerita boleh ditulis di blog... samada ianya berkisar hal peribadi atau perkara umum yang berlaku di sekeliling kita... semuanya boleh dijadikan penulisan yang seronok dibaca! tapi harus diingat, dalam keseronokan menulis itu ada sesetengah perkara yang tidak sepatutnya kita tulis di blog... kalau dikongsi juga mungkin akan mengaibkan diri sendiri atau orang lain!

jadi janganlah sesekali kita menulis cerita sebegini...

entri yang mengaibkan orang lain
dek kerana dendam dan geram dekat seseorang kita tulis dan luahkan semuanya di blog... kutuk kaw-kaw punya! cerita semua keburukan orang itu sehingga pembaca pun turut rasa benci... niat asal hanya nak lepas geram je tapi tak pasal2 kita dan aibkan dia! kalau dia baca, camne??

entri gaduh dengan suami / kekasih
" i benci u... u memang jantan tak guna! i menyesal bercinta dengan u..." bergaduh dan berperang besar dengan suami / kekasih pun nak cerita kat blog... nak semua orang tau yang pasangan awak tu tak berguna! perlu kah?? bukankah perkara sebegini boleh diselesaikan dengan cara baik... ini tak, gaduh sikit luah kat blog... biar semua orang baca! akhirnya diri sendiri yang malu...

entri mengutuk parti politik
memanglah kita berhak menyuarakan pendapat berunsur politik... tapi berpada2lah kan? biarlah apa yang kita suarakan itu ada mesej yang berguna! janganlah kerana kita menyokong Parti A, kita kutuk dan cemuh Parti B... tulis kelemahan dan keburukan parti tu! 

menulis biarlah dari hati, barulah tiada caci dan maki!

Rabu, 23 November 2011

Wordless Wednesday [44]

Assalamualaikum...(^ ^)

Khas untuk kaki pancing yang gila memancing, hadiah yang menanti sangat lumayan! Husband Mas pun sertai, Mas jadi peneman je. Kalau dia menang, duit kongsi sama². Hehehee!

untuk maklumat lanjut boleh baca di SINI

ragam si anak

Assalamualaikum...(^ ^)

bila dah meningkat dewasa ni makin pandai punya keinginan sendiri... itulah ragam anak kan?

sejak dari dia kecil Mas memang tak suka Arfan berambut panjang... setiap kali rambut dia panjang mesti akan potong ala botak gitu! rimas bila tengok dia berambut panjang... 

tapi dia dah semakin besar ni, dah pandai demand! tak mahu dah rambut ala botak gitu... tak hensem katanya! siap pesan lagi, kalau rambut Arfan dah panjang babah jangan potong... Arfan nak rambut panjang, nanti boleh buat rambut pacak katanya!

jadi sekarang ni hari-hari nak rambut pacak... dan yang paling tak menahan banyak jenis pulak rambut pacak tu! ada ala beckham, ala ultraman max, ala ultraman tiga dan ala durian... adoi, macam-macamlah! Mas dengan husband lah yang jadi mangsa nak gayakan rambut dia tu!

kami layan kan je... siap beli lagi gel rambut brylcreem tu! 

ini rambut pacak ala-ala ultraman tiga... huhuhuuu

Selasa, 22 November 2011

sekolah tidak bertanggungjawab

Assalamualaikum...(^ ^)

wang bantuan persekolahan RM100 telah diagih-agihkan kepada ibu bapa di seluruh Malaysia...

sumber gambar dari berita harian

tetapi amat mengecewakan apabila sesetengah sekolah tidak bertanggungjawab memotong bantuan tersebut untuk bayaran yuran PIBG dan yuran komputer... sepatutnya perkara begini tidak terjadi kerana wang itu adalah bantuan kepada pelajar, bukannya untuk bayar yuran lain!

Mas sangat kecewa apabila membaca berita yang terjadi di sebuah sekolah di Kuching, Sarawak... pihak sekolah menjemput 500 ibu bapa untuk hadir ke sekolah bagi mengambil wang... tetapi bukan wang yang mereka dapat sebaliknya diarah menandatangani borang potongan yuran komputer berjumlah RM100!

lagi mengecewakan apabila ibu bapa membuat aduan ke Pejabat Pelajaran Daerah, mereka telah ditempelak oleh kakitangan PPD tersebut... dia memaklumkan potongan yuran berkenaan adalah wajar! kesian kepada ibu bapa yang datang dari jauh semata2 nak dapatkan duit bantuan tu...

memang sangat tidak bertanggungjawab! sudahlah ibu bapa ditipu untuk datang kononnya bagi mengambil bantuan RM100 itu... pastu paksa mereka tandatangan persetujuan pemotongan bantuan tersebut! sepatutnya pihak sekolah berusaha membantu pelajar dan ibu bapa meringankan beban mereka... ini tidak, lagi ditindas adalah!

harap pihak Kerajaan ambil tindakan yang berat ke atas sekolah yang tidak bertanggungjawab ini!

EMAS dalam genggaman!

Assalamualaikum...(^ ^)

MALAYSIA BOLEH!!

Harimau Muda Boleh!!

rasanya belum terlambat lagi untuk Mas ucapkan tahniah kepada skuad Harimau Muda di atas kejayaan mereka mempertahankan pingat emas untuk Negara! mereka memang bermain mati-matian semalam... sangat mendebarkan! Mas yang menonton ni rasa macam nak kena sakit jantung... 

semalam Mas ambil kesempatan menonton di luar... lokasi yang menjadi pilihan adalah di sebuah kedai mamak di Nilai! memang meriah dan gamat gila suasana di sana... semuanya memberi sokongan padu kepada skuad negara! laungan Malaysia Boleh memang kedengaran setiap masa...

masa Indonesia mendahului dengan jaringan gol seawal 5 minit permainan, suasana senyap seketika... semuanya macam dah hampa! Mas pun sama, rasa nak balik rumah terus... tapi bila skuad negara dapat menjaringkan gol, barulah lebih bersemangat nak menonton hingga habis... 

yang paling seronok bila habis penyampaian pingat tu, semua yang berada di kedai mamak tu sama-sama berdiri menyanyikan lagu Negaraku dengan kuat sekali... memang bangga sangat!

tahniah Malaysia!

suasana gamat semasa sepakan penalti terakhir tu!

Isnin, 21 November 2011

tunjuk muka di blog

Assalamualaikum...(^ ^)

ada kawan Mas, baru je buat blog... 

jadi dia tanya pada Mas... " perlu ke tunjuk muka kita di blog? "

Mas jawap pada dia... " ikut keselesaan masing2, nak tunjuk boleh... tak tunjuk pun boleh! "


bagi pendapat Mas perkara ni simple je... bukan kita nak kira muka cantik mesti tunjuk, muka tak cantik tak perlu tunjuk! itu semua hak kita... kalau rasa selesa nak tunjuk wajah sendiri, letak gambar kat header blog tu... jadi pembaca boleh kenal pemilik blog tu! dan kalau rasa kurang selesa, tak perlu tunjuk... ada sesetengah pembaca tak kisah pun, janji entri di blog best!

ramai je Mas tengok blogger yang tak tunjukkan muka mereka di blog... tapi entri mereka tetap best dan ada pengisian dan pengajaran bila dibaca! kadang2 melalui entri pun kita dah boleh dapat gambaran sikit2 macam mana rupa penulis blog tu... 

tapi janganlah kita pertikaikan camni pulak pada mereka yang suka tunjuk muka di blog... 

' mentang2lah muka kau cantik, penuh kau tunjuk gambar kat blog... bajet cantiklah tu! pastu bajet orang ramai puji bila tengok muka kau yang kau perasan ala2 erra fazira tu! '

biarlah... itu hak dia! janji dia tak tunjukkan gambar yang menjolok mata dan mendedahkan aurat sudahlah... dia pun tahu sendiri batas2nya kan?

yang penting ikut keselesaan masing-masing ye!

minta izin

Assalamualaikum...(^ ^)

anak2 Mas ni, apa saja yang mereka nak buat mesti minta izin... walaupun sekadar nak minum air!


mungkin sedari kecil mereka dah diajar begitu, nak apa2 minta dengan mama... jadi perkara tu dah jadi terbiasa! agaknya kalau tak minta izin, mereka berfikir yang Mas tak benarkan mereka ambil atau buat perkara tu... padahal nak apa yang nak diambil dan dibuat tu tak perlu minta izin pun!

memang mereka dah terbiasa... jadi Mas dah lali dan tak kisah! nak tengok tv minta izin, nak ambil makanan minta izin, nak main minta izin dan sampaikan nak minum air pun minta izin... jadi Mas cakap 'boleh'! kalau Mas rasa mereka tak perlu buat benda tu, baru Mas cakap 'tak boleh'! 

mungkin sesetengah akan rasa ianya menjengkelkan... bosan nak layan!

" apalah korang ni, nak itu ini semua nak minta dengan mama... buat dan ambil jelah! "

jangan sesekali cakap macam ni... takut ni mereka buat perkara yang bukan2 dan ambil benda yang merbahaya, macam mana? tak pasal2 nanti kita rasa bersalah sebab marah bila anak2 nak minta izin... kalau mereka minta izin at least kita tau apa yang mereka nak!

anak2 ni minta izin sebenarnya mereka nak dapat kebenaran untuk ambil dan buat sesuatu... takut nanti kalau tak minta kebenaran, mereka yang kena marah! jadi biarlah mereka minta izin walaupun perkara tu remeh temeh je...

kena percaya juga yang tradisional

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari google

di zaman yang serba canggih ni memang orang pentingkan rawatan perubatan moden... batuk sikit jumpa doktor, demam sikit jumpa doktor, anak menangis malam jumpa doktor... dengan harapan doktor boleh membantu selesaikan masalah!

tapi ada sesetengah penyakit yang masih memerlukan rawatan tradisional... jadi sebolehnya kita kena percaya juga dengan cara tradisional ni... bukannya yang melibatkan bomoh atau pawang yang bukan2 tu... tapi rawatan yang menggunakan jampi dari ayat2 Al-Quran! 

tak salah kita mencuba kan? kerana Allah nak kita berikhtiar... kalau dah cuba rawatan moden tapi masih tak berkesan, cubalah rawatan tradisional pulak... mana tau berkesan! sebab ada sesetengah doktor menyarankan kita cuba cara tradisional kalau dia tak boleh ubatkan penyakit tu... 

bagi Mas pula, lebih suka cuba kedua2nya... semasa anak Mas kena chicken pox dulu, Mas bawa dia pergi jumpa doktor tapi dalam masa yang sama Mas bawa jugak dia berubat cara tradisional! jadi bila dah cuba kedua2 cara baru Mas tahu keberkesanannya... 

satu lagi kalau melibatkan anak2... misalnya anak kena sawan tangis! percayalah memang ada cara tradisional yang boleh rawat sakit ni... kalau bawa jumpa doktor pun dia tak tahu nak ubat camne, ada ke ubat yang boleh hentikan budak menangis... jadi percayalah pada rawatan tradisional, insyallah boleh membantu!

moden dan tradisional tu kalau digabungkan boleh memjadi rawatan yang mujarab!

Ahad, 20 November 2011

World Walking Day 2011

Assalamualaikaum...(^ ^)

berjaya berjalan 5000 langkah hari ni... terbakar sudah 230 kalori dalam badan ni! 

cantik baju dia... hijau!

program World Walking Day anjuran Nestle ini diadakan sempena kempen berjalan kaki seluruh dunia... kita hanya perlu berjalan kaki sebanyak 5000 langkah... walaupun hanya berjalan secara santai tapi tetap berpeluh dan badan pun rasa sihat dan segar! 

Mas sampai di Pusat Sukan Air Putrajaya seawal jam 7 pagi... setelah buat pendaftaran dan dapatkan t-shirt percuma, ambil peluang bergambar dulu! acara jalan kaki dimulakan pada jam 8 pagi... setelah penat berjalan 5000 langkah semua peserta boleh dapatkan sarapan percuma seperti bijiran, maggi, air milo dan nesvita! 

pastu acara cabutan bertuah yang dinantikan... tapi Mas agak kecewa sikitlah, penyertaan peserta seramai 5000 orang... tapi cabutan bertuah yang diberikan hanya 22 hadiah sahaja! tak berbaloilah, kalau 50 atau 100 hadiah tu mungkin ada peluang nak dapat kan? mungkin pihak penganjur perlu lebih peka bila adakan lagi acara ini pada masa akan datang!

tapi takpelah walau tak bertuah badan sihat kan? itu lagi penting... heheheeee

layan gambarlah pulak ye!

comel kan kami... sejuk mata memandang!
jom mula berjalan!
2000, 3000 dan 4000 langkah... pastu 5000!
berjaya ke garisan penamat!
dah penat jalan, kita makan maggi pulak
banyak lagi gambar di sini

kereta baru atau second hand

Assalamualaikum...(^ ^)

memang Mas ada berniat nak beli kereta baru... tapi bukan dalam masa terdekat ni! nak survey dulu, nak cari mana yang berkenan di hati... lagipun nak tunggu habis bayar myVi tu dulu! kalau tak sangat membebankan nak bayar dua buah kereta!

niat di hati nak ambil MPV... besar sikit! Mas minat Mitsubishi Grandis, tapi harganya memang tak mampulah nak beli! kalau nak pun kena bayar down payment tinggi, baru mampu bayar bulan2!

kalau ikut husband Mas, dia suruh ambil yang second hand je... murah sikit katanya! tapi kalau ikut prinsip Mas, memang tak suka kereta second hand... bukannya nak demand, tapi takut hadapi masalah pulak! nanti tak pasal2 kena keluarkan modal lain pulak untuk repair... kalau nak beli jugak, kena cari kereta yang betul2 terbaik dan dijamin tak hadapi masalah kerosakan pulak nanti!

kalau kereta baru ni dah memang terjamin kualitinya... pakai sampai habis bayar pun belum tentu rosak kan? tapi kena rajin servis lah! kalau rajin pakai je, servis pun setahun sekali... memang senanglah rosak! 

tapi sebenarnya, baru atau second hand pun tak kisah... janji kereta kan! kalau ada rezeki lebih, belilah yang baru... terjamin sikit kualitinya! kalau tidak berkemampuan, belilah yang second hand... tapi make sure cari yang betul2 elok keadaannya! 

jatuh cintalah kat Wolkswagen Polo ni... cantik dan elegen!

jom jalan kaki lagi!

Assalamualaikum...(^ ^)

saat entri ini dipublish Mas dah berada di Pusat Sukan Air Putrajaya...

hari ini Mas sertai program jalan kaki lagi... seronoknya, sebab dapat lagi join aktiviti sebegini! kalau ikutkan dah kali ke-5 Mas sertai program jalan kaki ni... 

program kali ini dianjurkan oleh Nestle... Mas dapat maklumat mengenai program ini pun melalui laman web mereka! jadi terus ambil peluang pergi mendaftar di Subang Jaya untuk dapatkan kupon penyertaan... macam biasalah akan dapat t-shirt percuma dan goddies bag... dan yang paling best ada cabutan bertuah! mesti hadiah lumayan, maklumlah Nestle kan syarikat besar... harap bertuahlah hari ni!

kalau kawan2 berminat nak join aktiviti camni kena rajin search kat internet... tak rugi tau join aktiviti ni! di samping badan kita sihat, dapat join cabutan bertuah pulak tu! daripada kita terperap kat rumah dan asyik tidur je, boleh jugak keluarkan peluh kan?

nanti Mas update bila program dah habis ye... tengok Mas bertuah ke tak? heheheeee

kupon t-shirt dan cabutan bertuah

Sabtu, 19 November 2011

moga EMAS dalam genggaman

Assalamualaikum...(^ ^)

tahniah Malaysia! 

tahniah Harimau Muda!

akhirnya berjaya juga mara ke peringkat akhir setelah berhempas pulas selama 90 minit di atas padang... tahniah kepada Fakri kerana berjaya menjaringkan gol kemenangan Malaysia!

memang stress gila menunggu gol kemenangan tu... rasa macam kena sakit jantung je! peluang demi peluang dibiarkan begitu sahaja... masa tu Mas rasa macam dah takde harapan untuk kita memburu pingat emas! tapi berkat semangat bermain habis-habisan oleh pasukan Harimau Muda dan sokongan padu dari rakyat Malaysia, impian kita jadi kenyataan!

diharap pasukan Harimau Muda dapat bermain dengan lebih baik lagi dalam perlawanan akhir nanti... samada kita akan bertemu Vietnam atau Indonesia itu belum pasti lagi... kalau bertemu sang garuda sekali lagi, semoga pasukan kita jangan gentar! patahkan sayap mereka seperti permainan sebelum ini... kalau bertemu Vietnam pula janganlah terlalu over confident... kita tak tahu lagi kekuatan mereka!

semoga emas berada dalam genggaman Harimau Muda!


3D Canvas Photo

Assalamualaikum...(^ ^)

selamat hujung minggu kawan-kawan... apa aktiviti hari ni? 

pernah buat canvas photo tak? Mas pernah tengok kat blog seorang kawan dia buat canvas photo... sangat cantik dan menarik! jadi Mas pun teringinlah nak cuba buat... lagipun dah banyak ambil gambar tapi tak pernah cuci pun gambar-gambar tu... semuanya disimpan je dalam laptop!

jadi Mas cubalah drafkan sendiri gambar yang nak dikanvaskan tu... Mas buat guna photoscape je! draf pun ikut kesukaan sendiri je, janji nampak cantik bila dikanvaskan nanti! 

nak tempah pun senang je, hanya emailkan saja contoh gambar yang nak dikanvaskan tu... nanti dia bagi harga mengikut saiz yang kita nak! dan yang pastinya harga yang diberikan sangat berpatutan... cara nak dapatkan canvas yang telah siap pun kita boleh pilih, samada nak dipos ke rumah atau kita collect sendiri...

inilah gambar yang bakal dikanvaskan... cantik tak? tak sabar nak tunggu gambar ni siap!


Jumaat, 18 November 2011

mentaliti masyarakat kita

Assalamualaikum...(^ ^)

beginilah mentaliti masyarakat kita... 

dimana2 sahaja dijadikan tong sampah! tiada kesedaran sivik langsung...


Mas pun terkejut bila lihat terlalu banyak sampah disini... jalan ni memang hari2 Mas lalu untuk balik ke rumah... sebelum ni memang tak pernah nampak pun sampah di sini... mungkin sebab rumputnya panjang! jadi selepas rumput tu dipotong, barulah jelas nampak sampah sarapnya!

orang yang buang ni memang tak sukakan kebersihan agaknya... mungkin kat kawasan rumah dia pun bersepah dengan sampah sarap! sebab itulah dia tak kisah nak buang dan campak di mana sahaja sampah tersebut... janji ada kesempatan!

sebab itulah Mas sediakan bakul sampah di dalam kereta... bukannya apa, Mas bimbang akan bersikap sebegini juga! maklumlah kadang2 kita ni ikut sempat je kan? jadi bila nampak tong sampah dalam kereta tu automatik kita tak akan buang sampah keluar dari kereta...

moga kita sama2 jaga kebersihan di sekitar kita... cuba bayangkan kalau kawasan rumah kita seperti gambar di atas, pasti sakit mata memandang kan! 

RM100 itu sangat bermakna

Assalamualaikum...(^ ^)

pukul 11.00 tadi Mas pergi ke sekolah anak untuk ambil wang bantuan persekolahan RM100 tu... 


syukur alhamdulilah... bagi Mas yang berpendapatan sederhana ni, wang RM100 amat bermakna sekali! lepaslah nak beli tulis dan buku latihan anak... harga buku tersebut pun dah mencecah RM80++ untuk satu tahun... jadi duit tu memang dilaburkan ke situ je! 

sebelum ni Mas ada baca di facebook, ada sesetengah orang cakap buat apalah nak kecoh sangat dengan wang RM100 tu... Mas tak faham kenapa dia nak cakap camtu! setiap orang ada kepentingan dan keperluan dia sendiri terhadap wang RM100 tu... misalnya ibu bapa yang hanya bekerja sebagai nelayan dan mempunyai anak yang bersekolah seramai 10 orang... bukankah bantuan yang diperolehi oleh 10 orang anaknya itu sedikit sebanyak meringankan beban dia!

mungkin orang yang bercakap tu dari golongan yang berada kot? kalau dia rasa duit tu tak penting, tak perlulah ambil kan... Kerajaan pun dah bagi pilihan samada nak ambil atau tidak! 

bagi Mas apa pun rezeki yang kita dapat tu, bersyukurlah! tak kiralah kita dari golongan berada atau sederhana... gunakan wang tersebut ke arah yang betul! itu untuk persekolahan anak2 kita jugak...

jom BLISS setiap hari

Assalamualaikum...(^ ^)

dari dulu lagi Mas suka minum Nestle Bliss ni... tapi tidaklah setiap hari! 

tapi sejak Mas dah stop minum air manis ni, Bliss telah menjadi minuman wajib setiap hari... cubaan minum Nestle Bliss sebotol sehari ternyata memberikan kesan yang sangat bagus untuk sistem penghadaman! perut rasa sangat selesa setiap hari... 

Mas akan minum sebotol pada setiap pagi... ini untuk memboleh perut berasa selesa sebelum mengambil apa-apa makanan sebagai breakfast! rasanya yang sangat sedap, memang tak cukup sebotol... Mas dah cuba semua 11 perisa, tetapi perisa yang paling Mas suka ialah Mango, Tropical Mixed Fruits, Apple Kiwi, Passion Fruit Orange, Peach Mango dan Guava... 

kawan-kawan mesti cuba... semuanya sedap dan lazat!

kemana sahaja ditemani Bliss

jom Bliss setiap hari!

Khamis, 17 November 2011

mama... kalau tak tutup aurat?

Assalamualaikum...(^ ^)

perbualan dengan anak sewaktu lunch tadi...

Atikah : mama, kenapa bila dah besar tak boleh pakai skirt dan seluar pendek?

Mama : tak sesuailah! lagipun pakaian tu tak menutup aurat... bila dah besar ni kenalah belajar tutup aurat!

Atikah : habis tu kenapa ada kawan kakak yang pakai skirt pendek?

Mama : mungkin mak dan ayah dia tak beritahu kot yang pakaian tu tak menutup aurat...

Atikah : kalau tak tutup aurat ni berdosa tak?

Mama : berdosalah bagi orang yang dah akil baligh... jadi sebab itulah kakak kena belajar tutup aurat dari sekarang! 

susah kan nak terangkan pada anak pasal aurat ni... sebab Mas sendiri pun masih tak sempurna cara penutupan auratnya! kadang-kadang terpakai baju lengan pendeklah... sedang cuba berubah ke arah yang lebih baik dan sempurna!

tapi walau apa pun, Mas tetap ajar anak-anak untuk pakai pakaian yang menutup aurat... alhamdulillah, sejak umur 8 tahun ni Atikah dah mula bertudung dan tak mahu pakai skirt atau seluar pendek! Mas tak pernah paksa, cuma Mas ajar perlahan-lahan sehingga dia faham kenapa perlu menutup aurat!

semoga yang diajar kepada anak tu memberi perubahan kepada dia dan diri sendiri...

kalau kita tunjuk teladan yang baik anak pasti ikut kan? yang penting nawaitu...

pinjam dari google

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com