Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 26 Januari 2012

Apa salahnya beralah

Assalamualaikum...(^ ^)

Kebiasaannya dengan orang yang lebih tua kita mesti selalu beralah kan? Tak kiralah dalam apa jua keadaan pun. Tapi bagaimana pulak dengan kes orang yang bodoh sombong. Dalam hal yang remeh temeh pun dia tak mahu beralah, walaupun dengan orang yang lebih tua.


Kejadian berlaku di sebuah bank semalam. Masa Mas tengah beratur kat mesin cash deposit tiba² ada seorang pakcik ni terus potong barisan orang di depan Mas. Tak tahulah kenapa pakcik tu buat camtu, mungkin dia tak perasan ada orang beratur di belakang atau dia nak cepat. 

Tapi situasi yang tak seronok ditengok bila budak ni marah², padahal pakcik tu dah minta maaf. Budak ni pulak masih tak boleh terima siap suruh pakcik ni beratur di belakang, pakcik tu terus pergi di belakang Mas. Tak sampai  hati pulak tengok, terus suruh dia beratur di depan Mas.

Rasanya dalam situasi camni tak perlu kita nak marah². Dia orang tua, jadi tak perlulah berkira sangat. Kalau orang muda lainlah, Mas pun marah jugak. Lagi pun pakcik tu setakat potong barisan, bukannya dia buat apa² pun. Memang rasa nak marah kat budak semalam, tapi kenangkan ramai orang je. Pastu malas nak buat kecoh. 

Ingatlah kawan² kalau ada orang tua terpotong barisan kita ke, janganlah cepat nak melenting. Orang tua biasalah, kadang² dia tak sedar apa yang dilakukan. Tak salah kalau kita beralah, dapat pahala lagi. Suatu hari nanti kita pun akan tua jugak kan?

17 ulasan:

  1. grrrrrrr apelahhh budak tu.. takde adabnyee...

    BalasPadam
  2. tau takpe. kadang2 walaupun org tua tu rude ke apa ke..kita beralah ats dasar hormat dia sbgai org tua jelah kan. :)

    BalasPadam
  3. mmm... budak2 ni tak baik berkasar dgn org tua. kadang depa tak tau situasi, sering terlupa.

    BalasPadam
  4. cheqna sangat pantang kalau orang2 muda marah orang2 tua ni depan cheqna tak kira la kalau orang tua salah sekali pun..nak cakap..cakap elok2..jangan nak tengking2...tak suker..

    BalasPadam
  5. adk setuju ng akak. baru semalam adik sembang ng sahabat mengenai cerita beralah ni . ;)

    BalasPadam
  6. mgkin budak tu dah lupa pada ayat nie "yang tua dihormati, yang muda dikasihi"


    Pssst: apa punya perangai la....

    BalasPadam
  7. tak perlu marah2..kita cakap baik2 pun pakcik tu boleh paham..

    BalasPadam
  8. btol tu kak.nt kita pon akan tua.takpe kak.Allah ada,dye mesti kena cm tu jugak bila dye tua nt.

    BalasPadam
  9. sy pun kalau org potong Q memang hangin jugak.. tp tgk keadaan la. kalau org tua dgn keadaan yg kita nampak dia tak tahu, tak perasan @ dia x berapa paham.. tak smpai hati nk rasa marah apatah lagi nak marah.

    BalasPadam
  10. assalamualaikum mas...x patut betul apalah budak tu berperangai mcm org tak berpelajaran kesilapan kecil mcm tu pun nak marah tolong pakcik tua tu apalah salahnyakan...

    cuba kalau kena mcm tu pd bapa atau org yg rapat ngan nyer pasti marah jugakan org buat bapa kita mcm tu....:)

    BalasPadam
  11. tak suka orang cepat melenting....

    (kamu update dalam kereta ke? hehe)

    BalasPadam
  12. salam..
    org tua kan..mata dah kabur.. apa lah sngt pun kan kalau beralah skit..

    org muda, darah panas..perkara kecik pun nk melenting... :(

    BalasPadam
  13. mmg la mrh klu org main potong barisan.tp klu dh tgk pakcik tua, takkan nak marah2 kot.tak kesian ker.ckp jelah kt pakcik tuh, pakcik,pakcik dh ptg brisan,sila beratur di belakang..(klu dah tak nk bg can gak kt pakcik tuh potong barisan)..eeeiii kalau saya la jumpa budak mrh2 org tuan cmni,saya peduli apa sound tepek je kat muka budak tu.takde adab langsung.cuba org buat cmtu kat bapak kita,marah tak?mrh kan..

    BalasPadam
  14. tetiba teringatkan ayah di kampung yg selalu tak perasan & kurang awas...

    BalasPadam
  15. assalamualaikum mas...mama dtg tag mas yer...:)

    http://maszull.blogspot.com/2012/01/mama-kena-tag-oleh-cikgu-kancil.html

    BalasPadam
  16. betul.kena beralah.dapat tlg org, dpt pahala. =)

    BalasPadam
  17. kalau aku kat situ memang dah kena pelangkung dah budak tu, tak reti bertimbang rasa sikit ngan orang tua.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com