Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 30 Januari 2012

Batuk berpanjangan

Assalamualaikum...(^ ^)

Ya Allah memang Mas tak tahan sangat, dah nak genap sebulan batuk. Mula dari 1/1/12 sampailah ke hari ni, masih tak baik batuknya. Rasanya ubat batuk dah 2-3 botol habis dimakan, tapi tetap camtu. Nak kata makan tak pantang takdelah sangat. Air manis atau ais batu memang Mas tak sentuh pun, hari² dok teguk air kosong je.

Mungkin sekarang musim batuk selsema, sebab kat pejabat Mas ramai jugak yang batuk. Biasalah cuaca tak menentu, hujan panas setiap hari. Sebab itulah kita kena minum air kosong banyak², pastu elakkan duduk dalam aircond terlalu lama. Tapi kalau kat pejabat memang Mas tak dapat nak elakkan, memang lebih kurang 8 jam dok dalam aircond.

Pastu ditambah dengan aircond kereta rosak, cooling coil bocor. Jadi gas aircond lepas bebas dalam kereta, dan taukeh kedai aircond cakap memang gas bocor boleh sebabkan batuk teruk. Nasib baik kami dapat kesan lebih awal, kalau tidak makin teruk batuknya. Boleh jadi batuk kering nanti. Taukeh tu pun cakap, gas aircond memang bahaya. Alhamdulillah nasib tak kena pada anak².

Setakat ni batuk Mas belum baik lagi, paling teruk batuknya bila waktu pagi dan malam. Memang senak dada dibuatnya. Nampaknya lepas ni kena cuba cara tradisional yang arwah mak ajar dulu, minum air rendaman buah kembang semangkuk.

Memang mujarab! Mas pernah cuba, tapi baru hari ni teringat pasal cara ni.


14 ulasan:

  1. cbe mas try beli ubt batuk tamsolo..dekat farmasi ade jual..dlu oshin batuk sebulan gak,kne plak tym posa...dekat nk raya alhamdulillah baek...try la yer =)

    BalasPadam
  2. seksa giler bila batuk
    tak selesa

    BalasPadam
  3. hye sis... ada jugak kata hisap bunga cengkih.. minum kicap 1 sudu n perah limau sikit... pernah cuba.. alhamdulillah berkesan...

    BalasPadam
  4. betul tu mas..
    ayu doakan kamu cepat baik ya

    ayu pun kalau minumair kembang semangkuk time musim panas, atau ayu ada batuk2

    BalasPadam
  5. macam kurma plak tengok.
    get well soon kak.

    BalasPadam
  6. assalamualaikum mas...moga cepat2 la baik dr batuk tu n air kembang semangkuk tu mmg best...:)

    BalasPadam
  7. pernah dgr gak petua psl buah ni..tp kn mana nk cr eh buah ni??heee~

    BalasPadam
  8. tak pernah tengok buah tiu..nampak cam kurma pun ada..anyway..moga cepat sembuh

    BalasPadam
  9. salam kak mas, saya doakan semoga kak cepat sembuh. tapi apa kata akak cuba madu asli sesudu(gunakan sudu plastik) sebelum tidur, InsyaAllah.....akan sembuh

    BalasPadam
  10. batuk lagi menyeksakan dari selsema.batuk sampai sakit dada saya pernah jadi ..
    mungkin sebab lama sangt batuk nye..
    dekat 2,3 minggu jugak..
    tapi saya minum ubat batuk biasa je yang ada kat kedai2 tu..dan tak makan makanan yang ada minyak.

    BalasPadam
  11. cm sdp je mende ni

    mkn ubt kak

    BalasPadam
  12. huh, betul2 kembang tuh. first time saya dengar petua ni. txs kak :)

    BalasPadam
  13. sy batok dah dekat 7 bulan.. x tahu apa sebabnya.. siksa rasanya dada ni.. huuhuu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com